Airmata Keinsafan (PSIS)

Monday, November 30, 2009


Assalammualaikum w.b.t

Bersempena dengan Peperiksaan Akhir Semester Sesi Julai 2009 bakal tiba tidak lama lagi, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dengan usahasama Rakan Pusat Islam (RPI) menjemput seluruh warga Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam bagi menghadiri dan menyertai Program Solat Hajat & Qiammulaill pada:

Tarikh:
3 & 4 Disember 2009

Tempat:
Pusat Islam, PSIS

Tema:
Airmata Keinsafan

Penceramah Jemputan:
Ustaz Sabri bin Abdul Rani

Penglibatan:
Wajib kepada pelajar asrama semester 1 dan dialu-alukan pada pelajar asrama semester 2 keatas serta warga PSIS


Berikut adalah tentatif program tersebut:

3 Disember 2009 (Khamis)

6.30 petang - Ketibaan pelajar dan pengambilan kehadiran pelajar semester 1
7.05 malam - Solat Maghrib secara berjemaah
7.30 malam - Ceramah Perdana disampaikan oleh Ustaz Sabri bin Abdul Rani
9.30 malam - Solat Isyak secara berjemaah
9.50 malam - Bersurai


4 Disember 2009 (Jumaat)

2.30 pagi - Ketibaan pelajar dan pengambilan kehadiran pelajar semester 1
3.00 pagi - Solat sunat Tahajjud, Solat sunat Tasbih, Solat sunat Taubat, Solat sunat Hajat
5.45 pagi - Solat Subuh secara berjemaah
6.00 pagi - Kuliah Subuh
7.00 pagi - Bersurai

* sebarang perubahan akan dimaklumkan secepat mungkin
Read more

Isu pemakaian Niqab (Purdah)

Thursday, November 26, 2009

Disini aku bukanlah hendak tunjuk alim, warak, ataupun sama waktu dengannya namun apa yang hendak berkongsi dengan anda adalah ada kaitannya di tempat institusi pengajian tinggi. Isu berkaitan dengan pemakaian Niqab atau lebih dikenali dengan Purdah (sekiranya tidak tahu apa itu Niqab). Isu ini sebenarnya sudah lama kedengaran tetapi pada masa itu tidak sepopular yang anda sangkakan. Tetapi kali ini, isu ini makin rancak didengar dicorong-corong telinga radio pelajar.

Bagi pandangan aku la kan, tidak salah sebenarnya pemakaian niqab ini dilaksanakan. Terdapat banyak fadhilat-fadhilat atau senang cerita sebab-sebab mengapa niqab ini wujud. Namun persoalannya disini, mengapakah niqab ini tidak perlu dipakai disini?? Aku tidak tahu apa yang bermain difikiran manusia yang terlalu berfikrahkan tentang politik tetapi tidak pada Islamik. Apa yang aku dapat dengar-dengar adalah antaranya:

  • mengelakkan dari menjadi penyamar seperti menyamar sebagai pengebom, penjenayah yang dikehendaki, dan sebagainya.
  • Mengelakkan dari simpan nota-nota (orang sini kata bawa toyol) disebalik niqab
dan banyak lagi lah... Tetapi, cuba kita fikirkan semula. Mengapa niqab perlu dihadkan penggunaanya sedangkan pemakaian tudung @ jenis tudung @ pemakaian pelajar perempuan dianggap remeh?? Baru sekarang terkejar-kejar meeting sana meeting sini. Kalau pasal mengetatkan lagi undang-undang pemakaian, baguslah. Tetapi, jalan penyelesaian yang bagaimana hendak diberi impak yang maksimum bagi pelajar-pelajar ini akur dengan peraturan Allah yang telah disyariatkan berlandaskan al-Quran dan As-Sunnah? Kini di pengakhiran zaman, kita perlu ambil berat tentang hal-hal ini. Bukannya diambil sambil lewa sahaja.. Aku beri pandangan ini bukanlah niat untuk memburukkan nama tetapi kita sebagai umat Islam saling bertegur dan beringat. Apa yang buruk itu datang dari aku sendiri yang menjadi insan yang senantiasa dengan kekhilafan, dan yang baik itu datang dari Allah. Sama-sama kita memperjuangkan dan membangkitkan kembali Islam dijalannya. Percaya atau tidak, Islam akan bangkit semula bermulanya di Asia Tenggara tapi tidak tahu bila dan dimana ia bermula. Adakah negara Jepun? China? Malaysia? Indonesia?
Read more

Kajian Pelajar PSIS Obses terhadap pakaian masa kini

Thursday, November 12, 2009

Mengikut hasil kajian pemerhatian aku dari semester ke semester, sebanyak 80% pelajar terpengaruh dengan mengikuti perkembangan fesyen dari semasa ke semasa. 10% pelajar hanya terpengaruh dengan rakan-rakan, 5% lagi pelajar hanya mengekalkan fesyen yang biasa-biasa manakala 5% lagi tidak mengikuti perkembangan fesyen terkini. Mengapa baru sekarang aku hendak paparkan artikel ini sedangkan perkara ini sudah berlarutan dan menjadi-jadi?

Yang sebenarnya, aku dan beberapa rakan aku yang lain sedang membuat beberapa kajian mengenai pemakaian pelajar di tempat pengajian aku baik lelaki (siswa) mahupun perempuan (siswi). Aku bukanlah hendak menjatuhkan maruah sebenarnya, cuma kita sama-sama lihat dan cuba memikirkan beberapa faktor yang rasional berkenaan fesyen zaman sekarang. Bila dibicarakan tentang soal pemakaian, terdapat beberapa suara-suara sumbang kedengaran contohnya:

“Ala. Kita kena ikut trend sekarang. Mana ada orang guna trend yang dulu ni.”

Macam-macam style ada. Ada yang ikut gaya artis, ada yang ikut gaya pengacara TV, dan banyak lagi lah. Sedangkan tidak sedar akan perhiasan diri (maruah) dipra-tonton pada tontonan umum yang lain terutama sekali lelaki. Dari situ sudah create zina mata. Subhanallah. Aku bukanlah hendak tunjuk alim, tetapi sedih sebenarnya melihat beberapa kaum Hawa yang terjerumus dalam kancah permasalahan sebegini. Sukar hendak ditafsirkan keperibadian seseorang tetapi dengan pakaian mahupun fesyen, kita sudah boleh kenal keperibadian seseorang itu yang bagaimana. Minta maaf kerana bahasa agak menyinggungkan tetapi inilah hakikatnya apa yang aku perhatikan selama ini.

Untuk makluman, kita sebenarnya termakan hasutan orang-orang barat. Mereka berjaya menawan kita dengan hanya mempromosikan pakaian yang selama ini kita terlepas pandang akan garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam. Kita terpengaruh dengan budaya barat yang kini lupa akan budaya ketimuran. Aku pernah tegur dikalangan muslimat (perempuan) berkenaan dengan pakaian. Lebih-lebih lagi apabila kita hendak pergi ke Pusat Islam. Pada mulanya, ramai yang berpakaian yang menutupi tetapi dalam keadaan singkat, sendat, dan ketat. Aku tegur buat diri aku, dan aku sampaikan apa yang perlu sampaikan. Termasuk sekali apabila kita hendak pergi kemana sahaja tidak kira didalam tempat pengajian mahupun diluar tempat pengajian. Ada yang tergelak, ada yang “ALA…”, dan macam-macam lagi. Terpulang pada anda, anda mahukan pahala ataupun dosa. Fikir-fikirkanlah buat kebaikan dan keselamatan diri anda dan juga orang lain.



Pakaian itu ada hubungannya dengan ibadat seperti ibadat dalam sembahyang di mana diwajibkan menutup aurat. Sebenarnya pakaian itu sendiri adalah ibadat kerana ia termasuk dalam suruhan agama yang ada nilai pahala dan dosa, kerana itu orang Islam yang menutup auratnya ianya telah mematuhi dan mentaati tuntutan dan suruhan agamanya. Menutup aurat itu ada had dan ketentuan dalam sembahyang dan di luar sembahyang.

Pakaian itu sebenarnya gambaran zahir keperibadian seseorang. Pengaruh pakaian dapat dilihat seperti, ahli perniagaan untuk mereka dapat mengaut keuntungan ialah dengan mempermodelkan atau menunjukkan fesyen pakaian yang akan diharapkan dapat menjadi tarikan atau pengaruh untuk dibeli oleh pengguna-pengguna.

Pengaruh pakaian ini amatlah jelas. Sebab itu pereka fesyen pakaian akan sentiasa merubah corak-corak fesyen pakaian itu dari masa ke semasa, khususnya pakaian perempuan. Tetapi sayang, fesyen pakaian perempuan hari ini banyak yang tidak memenuhi kehendak Islam.

Jika pakaian yang dipakai oleh perempuan-perempuan Islam itu tidak memenuhi kehendak-kehendak Islam, maka ia menggambarkan sejauh mana kekukuhan aqidahnya. Pakaian itu mempunyai hubungkait dengan ketaqwaan. Firman Allah yang bermaksud “Dan pakaian taqwa adalah yang lebih baik.”(Surah Al-A‘râf: 26)

Pakaian mempunyai hubungan dengan ibadat, malah menjadi gambaran bagi aqidah dan akhlak pemakainya. Jika demikian halnya, pakaian perempuan Islam tidak boleh diabaikan. Dan tiada satu mazhab pun yang tidak mewajibkan menutup aurat atau mengharuskan pendedahannya, termasuk rambut, leher tengkok, dada dan betis sehingga ke tapak kaki perempuan di hadapan lelaki asing yang bukan mahramnya. Hukumnya jelas melalui sumber al-Qur’an dan hadis sebagaimana akan datang keterangannya. Di bawah ini disebutkan panduan atau garis pandu mengenai pakaian-pakaian perempuan Islam:


  • Hendaklah pakaian itu menutup seluruh badan termasuk kepala, rambut, leher, dada, lengan, dan betis dari anggota perempuan itu. Bahkan wajib menutup tapak kakinya melainkan di dalam keadaan darurat seperti banjir, atau keadaan lecak atau berlumpur atau seumpamanya. Tidak wajib ditutup muka dan dua tapak tangan dari hadapan belakang sehingga dua pergelanggan tangan sahaja yang boleh nampak. Ini adalah dalam keadaan biasa. Adapun dalam keadaan yang boleh mendatangkan fitnah atau keadaan keganasan, maka wajib ditutup seluruh anggota tubuh badannya. Tidak menutup anggota badan adalah dilaknat oleh Allah Ta‘ala dan dosa besar yang wajib dielakkan.
  • Hendaklah pakaian itu tebal yang menutup seluruh tubuh badan perempuan supaya tiadak nampak warna kulit dari celah-celah sulaman benang pakaian itu.
  • Hendaklah pakaian perempuan itu luas, lebar tidak sempit dan tidak ketat yang boleh menampakkan segi-segi susuk badan perempuan. Pakaian yang ketat itu ialah seperti menampakkan susuk buah dada dan punggung dan lain-lain segi anggota yang mendatangkan fitnah atau keinginan syahwat.
  • Jangan pakaian itu menyerupai atau seakan-akan pakaian lelaki, kerana adalah haram dan dosa besar perempuan memakai pakaian yang serupa dan seakan-akan dengan lelaki.
  • Jangan pakaian itu wangi atau harum, kerana wangi atau harum itu membawa fitnah dan kerosakan yang boleh membangkitkan nafsu dan perhatian orang dan kejahatan yang wajib dihindarkan oleh perempuan-perempuan. Memakai pakaian yang berwangi atau harum itu adalah dosa besar sekalipun dibenarkan oleh suami.
  • Jangan pakaian itu berhias, kerana pakaian yang berhias itu menarik pandangan orang dan membawa fitnah dan kerosakan kepada perempuan dan kepada yang memandang itu. Orang-orang Bani Isra’il Yahudi telah dilaknat oleh Allah Ta‘ala kerana mereka membiarkan perempuan-perempuan mereka keluar rumah, ke masjid, ke pasar dan ke kedai-kedai dengan berhias dan bergaya.
  • Jangan pakaian itu bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk kerana itu perbuatan takabbur dan ‘ujub yakni merasa tinggi diri, Ia adalah dosa besar.

Firman Allah Ta‘ala:

Maksudnya: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

(Surah Al-Nûr: 31)

Oleh itu, aku nasihatkan buat diri aku sendiri dan juga anda yang membacanya, marilah kita bersama-sama muhasabah akan diri kita moga-moga Allah memberi petunjuk pada diri kita untuk dunia dan akhirat. Sekiranya kita telah melihat sesuatu kemungkaran dihadapan mata kita, maka kita perlu mengubahnya dengan tangan. Sekiranya tidak mampu, maka kita lakukan dengan cara lisan. Sekiranya tidak mampu juga, maka dengan hatilah caranya dan yang demikian adalah selemah-lemah iman.

Waallahu'alam..
Read more

Asrama dan Kenderaan

Wednesday, November 11, 2009

Saiz kertas A3 telah ditampal, saiz font yang jelas dibaca oleh pelajar-pelajar kamsis namun berapa ramai yang membaca rasanya tidak pasti jumlahnya. Dianggarkan hanya 60% yang peka dengan notis-notis dipapan kenyataan, 40% lagi mungkin terlepas pandang. Dengan jelas sekali notis dikeluarkan untuk peringatan pada semester hadapan. Semester hadapan?? Ya, semester hadapan bagi sesi Januari 2010. Ada apa dengan 2010? Ada kaitan ke dengan notis ke?

Begini ceritanya. Untuk makluman pelajar-pelajar termasuklah diri aku, notis tersebut menyatakan disini bahawa mulai Sesi Januari 2010 dimana pelajar-pelajar yang ditawarkan asrama maka tidak dibenarkan untuk membawa kenderaan ke tempat pengajian, jika tidak dikehendaki keluar dari asrama. Disini aku dapat beberapa kebarangkalian mengapa pelajar yang ditawarkan asrama tidak dibenarkan membawa kenderaan pada semester hadapan. Mengikut pemerhatian selama satu semester sesi Julai pada tahun ini adalah diantaranya:

  • Pelajar ingkar dengan arahan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan asrama.
  • Segelintir pelajar masih lagi tidak mendaftarkan kenderaan di pihak pentadbiran.
  • Terdapat segelintir pelajar lelaki yang pulang ke kampung halaman masing-masing semasa solat Jumaat.
  • Terdapat segelintir pelajar lelaki yang membawa dan menghantar pelajar perempuan (terutamanya motosikal) terus ke kawasan asrama.

Dan beberapa lagi yang mungkin bagi aku terdapat banyak lagi masalah-masalah yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar itu sendiri. Aku ingat sekiranya aku ditawarkan asrama semester hadapan hendak juga membawa kenderaan ke tempat pengajian. Namun peraturan sudah dikeluarkan. Bagaimana ni? Aku hendak bawa kenderaan ada sebabnya, tidaklah perlu aku nyatakan disini. Namun, bergantung pada rezeki masing-masing.

Aku maklumkan awal-awal kepada anda semua (yang sama tempat pengajian dengan aku), maka tidaklah ternanti-nanti menunggu kemaskini dari web pengajian. Itu sahaja setakat ini, kalau ada info yang lebih fresh lagi akan dipaparkan dari semasa ke semasa. InsyaAllah.

Waallahu’alam.
Read more

Peperiksaan oh Peperiksaan

Monday, November 9, 2009



“Oh Tidak!! Final exam sudah dekat. Macam mana ni?? Aku tidak ready lagi la..”

“Habislah. Final exam baru beberapa peratus sahaja aku dapat ulangkaji.”

“Sempat ke ni aku buat revision???”

Luahan hati dan alunan bibir yang terucap seringkali didengari oleh pelajar-pelajar apabila menjelangnya peperiksaan atau bahasa Inggerisnya EXAM. Apabila menjelang peperiksaan, jantung berdegup dengan kelajuan amat tidak disangka. Jadi, hati-hati dengan serangan jantung. Huhuhu..

Tahap kerisauan mulai meningkat. Pemikiran kita pun entah kemana, mulalah hendak memikirkan sesuatu perkara yang lebih menjurus kepada negatif. Pemikiran yang kita fikir itu kemudiannya akan ditafsirkan oleh sel-sel otak dan diubah kepada bentuk gambaran yang tidak tentu halatuju.

Aku yang juga merupakan salah seorang penuntut PSIS amat memahami keadaan yang digambarkan di atas dan juga aku pernah melaluinya.

Peperiksaan adalah lumrah kehidupan. Kita sememangnya tidak dapat melarikan diri. Walau apapun jua cara sekalipun, jika kita masih lagi memegang “title” sebagai seorang pelajar, peperiksaan itu memang tidak dapat dielakkan.

Memang benar kita tidak dapat melarikan diri darinya, tetapi tidak mustahil kita tidak dapat mencuba untuk menghadapinya dengan sebaik-baik kemampuan yang kita ada. Peperiksaan bukanlah suatu bebanan.

Peperiksaan merupakan kayu ukur untuk mengukur sejauh mana tahap pemahaman kita akan sesuatu perkara yang sudah dipelajari.



“Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran” ( surah Al-Asr: 1-3)

Masa itu ibarat pedang, sekiranya kita tidak mencatasnya, ia pula akan memotong kita. Masa ibarat senjata tajam yang bernilai apabila dimanfaatkan dengan sebaiknya, tetapi sebaliknya akan berlaku sekiranya masa dibazirkan begitu sahaja.

Menurut teori as-Syahid Imam Hasan Al-Banna, masa merupakan kehidupan. Sesiapa yang mengisikan masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah, maka dia telah membuang kehidupannya. Hidupnya seperti tiada erti dan nilai.

Masa kian suntuk. Peperiksaan semakin hampir. Bagaimana kita hendak menghadapinya? Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk kita mencuba melakukan yang terbaik dalam peperiksaan adalah dengan menggunakan masa yang singkat itu untuk melakukan ulang kaji pantas.

Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Semak bahagian yang sukar. Fahami dan kuasai topik tersebut. Buat latihan yang berkaitan dengan subjek tersebut dan semak jawapannya. Lihat dan fahami rangka jawapan yang diberi

2. Bagi topik yang mudah, bukanlah perlulah diabaikan. Tetapi, buat banyak latihan dengan pantas. Ini dapat menambahkan keyakinan pada hari peperiksaan itu nanti

3. Ulang kaji kembali nota-nota ringkas yang dibuat sebelum ini. Jangan baca nota yang panjang lebar. Ini dapat mengelakkan perasaan panik apabila melihat isi kandungan yang banyak yang perlu dibaca

4. Jangan terlalu bimbang atau resah. Teruskan mengulangkaji dengan kaedah yang betul. Selain mengulangkaji pelajaran, masa yang masih lagi ada itu, haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyiapkan diri dari segi fizikal,emosi, mental dan rohani.

Persiapan fizikal termasuklah dengan mengambil makanan yang seimbang dan mengikut waktu makan yang betul. Hal ini dapat menjaga kesihatan dan turut memberi tenaga dan stamina kepada badan untuk terus mengulangkaji pelajaran. Aktiviti-aktiviti riadah juga tidak patut diabaikan.

Dari segi mental pula, fikirkan yang positif dan yakin pada diri. Percaya bahawa kita telah berusaha dan kita yakin untuk menghadapinya. Fokuskan diri pada apa yang diinginkan dan buang perasaan risau dan resah. Elakkan daripada memikirkan perkara negatif yang dapat terjadi.

Emosi turut juga terganggu apabila menjelang peperiksaan. Maka emosi kita turut juga perlu disiap sediakan untuk bertempur di medan peperiksaan nanti. Kawallah emosi dan cuba elakkan daripada melibatkan diri dengan konflik-konflik yang dapat menjejaskan “mood” belajar kita.

Muhasabahlah diri selalu dan fikirkan setiap kejadian ada hikmahnya. Dekatkan diri kepada-Nya dengan amalan-amalan solat-solat sunat, dan membaca Al-Quran.

Sesungguhnya Allah mengatakan hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang. Dari segi rohani adalah dengan memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Maha Pencipta.

Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Maka berhubunglah dengan-Nya dan panjatkanlah doa kepada-Nya dengan seikhlas-ikhlas hati dan serendah-rendah diri ini sebagai hambanya. Berdoalah agar dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

Seelok-eloknya, sebelum mula ulangkaji, maka lakukanlah ibadat solat taubat dan hajat, pinta moga mudah memahami dan mengingati pelajaran tersebut. Selain itu, pohonlah restu dari ibubapa dan guru.

Jangan melukai hati mereka. Percayalah wahai pejuang di medan pertempuran peperiksaan, kerja yang dilakukan hari ini akan menyelamatkan kita hari esok. Tiada yang dilakukan di dunia ini sia-sia kecuali perkara yang sia-sia itu sendiri.

Maka gunalah masa yang suntuk ini dengan sebaik-baiknya. Jadilah seorang penuntut ilmu yang cekal hatinya, yang teguh pendirian dan azamnya, yang tidak mudah dipatahkan dengan cabaran yang menimpa. Jadilah seoarng penuntut ilmu yang patuh dan tunduk kepada Yang Maha Pencipta, yang mempercayai dengan sebulat keyakinan akan kekuasaan Azza Wa Jalla yang menentukan segala-galanya.

Usahlah resah dan gelisah, tetapi bangkitlah, wahai mujahidin, mujahidah. Janganlah gentar dalam berjihad menuntut ilmu dalam mencari keredhaan-Nya. Study itu jihad. Selamat berjaya dalam peperiksaan.

Read more

Presentation Proposal Final projek pending?

Thursday, November 5, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger dan juga pengunjung blog aku. Aku rasa selepas ini panggilan "aku" didalam blog ini lebih sesuai dari menggunakan nama "Fid". Bukan tidak suka, tetapi bagi aku, penggunaan perkataan "aku" lebih menjurus kepada kesesuaian diri aku sebenarnya. Memang aku tahu penggunaan nama "Fid" agak skema, tetapi itulah aku. Maka, terpulang kepada anda samaada penggunaan kata "aku" adalah mencerminkan sifat kurang ajar atau sebaliknya.

Semester ini aku dibantu dengan kawan-kawan aku dalam satu kumpulan kecil memikirkan satu tajuk bagi final projek semester hadapan. Untuk semester ini, kami ditugaskan untuk membuat proposal. Bagi aku, memang bagus kerana satu semester proposal semester hadapan dah boleh fokus pada penghasilan projek. Projek akhir bertajuk "Car Warning Alarm" bertemakan "Human Asssist Tool". Tema tersebut membawa maksud apa perkara/projek yang boleh membantu manusia. Itulah yang dimaksudkannya. Awal semester cari beberapa maklumat untuk dibentangkan dalam persembahan proposal pertama.

Semasa persembahan proposal yang pertama, pelbagai komen dilontarkan dari ahli panel. Tajuk dahulunya tidak silap aku "Parking Warning Alarm", menjurus kepada tempat parking sahaja. Ahli panel menyuruh menukar tajuk projek, tetapi mereka setuju untuk projek itu dilaksanakan. Maka, teruskan proses membuat proposal seterusnya mengikut bab-bab yang ditetapkan.

Hampir satu semester mencari maklumat berkenaan penggunaan IC, litar-litar, dan sebagainya. Apabila tiba masa untuk pembentangan kali kedua, kena pending sebabnya mungkin silap aku juga kerana report tidak hantar dahulu pada panel. Terus-terus present. Lepas itu, panel blur kot tidak dapat gambaran walaupun aku terangkan gambaran bagaimana projek ini berfungsi. Agak terkilan la apabila ditanya soalan yang bagi aku tidak logik sebenarnya. Tidak perlulah aku terangkan pada anda apa soalan dan situasi pada masa itu. Maka, minggu depan sekali lagi bentangkan pada panel dengan ayat yang baru kot (padahal edit je slide sikit-sikit).

Sepanjang bulan November ini memang mengalami tekanan, al maklumlah dah nak dekat final exam la katakan. Semua perkara nak settle dengan cepat. Tiap-tiap minggu aku ada program. Setakat itu sahaja kot apa yang aku hendak luahkan. Ikuti perkembangan info yang aku mampu sampaikan pada anda.

Waallahu'alam
Read more

Muhasabah sebagai "Charger" Kehidupan

Wednesday, November 4, 2009



Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah yang dhaif. Walaupun manusia dianggap sebagai sebaik-baik ciptaan, ia tidak dicipta sempurna dalam segenap sudut. Dalam kedhaifan itu, Allah menghantar Rasul sebagai pembawa kebenaran dan membekalkan al-Quran sebagai panduan.

Kehidupan di dunia ini penuh pancaroba dan cubaan. Adakala manusia berjaya mengharunginya dan adakalanya manusia tewas. Ramai orang tertipu dengan kehidupan dunia yang sementara ini. Bagi seorang pejuang, hidup di dunia ini hanyalah sementara dan ia akan ditinggalkan untuk beralih ke alam yang kekal abadi.

Dalam menyelusuri kehidupan seorang pejuang, sudah pasti lebih banyak dugaan yang dihadapi. Lebih banyak daripada manusia yang biasa. Di samping tugas dan bebanan yang sememangnya agak berat untuk ditanggungi, pejuang merupakan ikon agama kepada orang kebanyakan. Sudah pasti perkara ini agak mencabar kemampuan pejuang. Islam yang diperjuangkan dan al-Quran yang ingin didaulatkan memerlukan roh perjuangan yang kuat dan stabil.

Suatu perkara yang wajar dilakukan oleh seorang pejuang ialah sentiasa menilai dan memuhasabah diri sebagai charger kehidupan. Ini selaras dengan kata-kata Saidina Umar :

Hisablah (muhasabahlah) diri kamu sebelum kamu dihisab dan timbanglah amalan kamu sebelum ia ditimbang”

Kita tidak lepas daripada alpa dan lalai. Lantas amatlah wajar kita sentiasa menilai diri kita sejauh mana kesungguhan kita dalam mentaati Allah. Apakah kita masih layak digelar hamba Allah sedangkan kita pun tidak tahu siapa Allah di hati kita? Apakah kita layak untuk mengaku sebagai ummat Nabi Muhammad sedangkan amalan sunnahnya diambil begitu enteng oleh kita? Apakah kita masih layak untuk menganggap kita sebagai pejuang di jalan Allah sedangkan perangai dan akhlak sama sahaja seperti orang yang merempat tiada tarbiah? Adakah amalan kita dah mencukupi sebagai tanda syukur dan terima kasih kita kepada Allah yang memberi nikmat kepada kita? Seandainya kita masih belum melepasi soalan-soalan asas itu, kita sendiri boleh menilai berapa ‘bintang’ yang boleh diberi kepada kita.

Muhasabah dan menilai mampu membangkitkan semangat dalam diri kita untuk terus berubah dan menjadi yang lebih baik dalam kehidupan. Muhasabahlah yang akan menjadikan diri kita terlalu kerdil di sisi Allah dan tidak ego apabila berdamping sesama manusia. Amalan muhasabah ini sekiranya ditinggalkan, mungkin akan menyebabkan kita lalai lalu gagal dalam mendepani cabaran hidup. Ramai antara orang yang menganggap diri mereka sebagai pejuang sering melupakan muhasabah. Maka tidak hairanlah banyak orang bercakaran sesama sendiri walaupun mereka semua pada asalnya ‘ingin memperjuangkan Islam’. Ego dan sombong akan menguasai diri dan tawadhu’dan rendah diri akan hilang.

Muhasabah sebagai charger kehidupan adalah bertujuan supaya kita sentiasa merendah diri, berkasih sayang sesama kita dan menjauhi sifat ego. Ia juga akan menjadi penyuntik semangat kepada kita supaya terus menguatkan dan memperbaiki diri serta amalan ruhiyyah yang mungkin pada pendapat sebahagian orang ia adalah enteng. Semoga dengan amalan muhasabah ini akan sentiasa mengecas bateri kehidupan kita yang seringkali ‘kong’ apabila banyak digunakan.

Sumber :
http://ilmuanmuda.wordpress.com
Read more

2012 (part 3)

Tuesday, November 3, 2009



* sambungan dari artikel 2012 (part 2)

Apakah itu Zon Foton?

Zon Foton adalah daerah yang terdiri dari partikel cahaya foton. Cahaya foton adalah akibat dari perlanggaran anti elektron dengan elektron. Perlanggaran itu menyebabkan kedua partikel itu saling menghancurkan yang kemudian menimbulkan tenaga foton atau partikel cahaya. Kelak kemudian hari foton akan menjadi sumber tenaga utama untuk memenuhi keperluan tenaga, selain tenaga nuklear tentunya.

Sebenarnya ada suatu rahsia alam semesta yang selama ini mungkin belum diketahui oleh banyak orang.

Seperti yang kita ketahui,bahwa setiap sistem galaksi dan sistem suria tentu mempunyai suatu pusat,misalnya Galaksi Bima Sakti kita (The Milky Ways) yang berpusat pada Matahari.
Tapi tahukah anda, bahwa selain berputar mengelilingi matahari, dikatakan Bumi juga mengitari suatu matahari pusat alam semesta (Central Sun) yang berada pada gugus bintang Pleiades.
Semua bintang dan planet di alam semesta, tak terkecuali Matahari juga berputar mengitari Central Sun.Para astronomi menamai Central Sun ini ALCIONE.

Galaksi kita (The Milky Ways) berikut planet-planetnya termasuk bumi memerlukan waktu 25.860 tahun untuk mengitari ALCIONE itu, maka tiap 12.500 tahun sistem suria kita berlanggar dengan Zon Foton. Untuk melintasi Zon Foton diperlukan 1000-2000 tahun.

Sejak 1961 sistem suria kita sudah mulai memasuki Zon Foton. Dan akan berada di pusatnya pada tahun 2011-2012. Masuknya sistem suria kita ke dalam Zona Foton akan memberikan peningkatan frekuensi getaran bumi dan peningkatan kesedaran manusia, yang selanjutnya memacu perubahan besar dalam kehidupan di planet bumi.

Lalu apakah yang terjadi pada Bumi di saat masa-masa transisi tersebut?

Di tepi Zon Foton terdapat suatu dinding pembatas yang disebut Zon Nil. Di Zon Nil tersebut terjadi pemampatan tenaga yang sangat dahsyat, di mana medan magnetik sangat padat sehingga segala sesuatu yang melintasi Zon tersebut pasti mengalami perubahan.
Bererti juga medan magnetik bumi dan matahari akan berubah mengalami jenis magnetik yang baru., yakni magnetik antaradimensi yang mengakibatkan perubahan drastik pada medan elektrik magnetik dan graviti bumi. Dapat dibayangkan pengaruhnya pada semua alat elektrik yang kita kenali sekarang, semua tak akan berfungsi, kenderaan dan pesawat tidak berfungsi, pendingin ruangan akan mati total, lampu-lampu elektrik tak lagi menyala.

Selain itu, kesan peningkatan frekuensi getaran alam akibat tenaga foton akan meningkatkan aktiviti gelombang laut, gunung berapi, gempa bumi, perubahan cuaca/ilklim, pemanasan global dan terciptanya lobang-lobang ozon.



Diperkirakan penghuni bumi menghadapi suatu kehidupan dan kegelapan yang tak dapat difahami diantara akhir Zon Foton nanti (2011-2012).

Hari 1-2: Matahari tidak bersinar dan bumi menjadi gelap gelita dan dingin yang dahsyat.

Hari 3-4: Tampak cahaya muncul, bagai fajar, bintang-bintang mulai muncul di langit

Hari 5-6. Menghadapi hari yang bercahaya benderang selama 24 jam terus menerus. Seluruh mahluk bangkit dengan semangat baru.Menerima tenaga baru. Kemampuan supernatural muncul suatu era zaman baru.

Tanda-tanda transisi mudah kita lihat dengan berbagai rentetan peristiwa yang ditayangkan media massa maupun media elektronik.
Hidup yang semakin sulit dan banyak tentangan dan masalah, masa depan yang suram, kehidupan sosial politik dan ekonomi yang hiruk pikuk dan heboh. Banyak orang yang gelisah dan dirundung kecemasan, dan tekanan jiwa, gelisah, kekalutan mental, tindakan kekerasan, kekejaman, atau pemberontakan untuk mencapai kebebasan dan reformasi (Zaman Edan telah mencapai puncaknya)

Zon Foton dikenal juga dengan sebutan Nebula Emas. Di mana manusia akan menikmati zaman keemasan. Manusia-manusia yang dapat tetap hidup dan lolos dari tahap aKhir Galactic Synchronization nanti akan memiliki tingkat kesedaran yang tinggi. Mungkin inilah saatnya yang dinyatakan dalam Al-Qur'an maupun Bible bahwa manusia akan berubah dalam sekejap mata.

Kemampuan-kemampuan spiritual seperti telekenesis, clairvoyance, clairaudience dan kemampuan-kemampuan spiritual yang hanya dimiliki orang-orang tertentu akan menjadi milik setiap orang. Penghuni bumi akan menjadi makhluk 'superbeing', atau 'superman' (atau lebih tepat seakan-akan cerita X-Men).

Apa yang ditulis di atas adalah andaian pengkaji sahaja untuk menggali seberapa banyak kemungkinan dari misteri ini. Bukanlah dibuktikan tepat 100%. Fikir, renung dan pertimbangkanlah.

Badan jasmani manusia yang berhasil melampaui masa transisi dan tetap hidup, akan mengalami perubahan. Keperluan jasmani juga berkurang, tidak seperti manusia zaman sekarang yang terlalu banyak menuntut gaya hidupnya. Kehidupan di Zaman Baru akan memberikan kekuasaan manusia berkesempatan dan berkemampuan untuk meremajakan diri jasmaninya dan hidup tanpa batas waktu.

Bangsa Manusia Baru akan mempunyai pemimpin yang memiliki kesadaran multidimensional, memimpin manusia menuju kehidupan yang damai, sejahtera, dan bahagia sesuai dengan rencana Tuhan.

Sekali lagi ini adalah andaian dari kajian para saintis. Kemungkinan perubahan itu berkaitan dengan tanda-tanda akhir zaman atau kronologi hari akhirat seperti yang kita pelajari dari kitab-kitab dan ulamak-ulamak kita contohnya kebangkitan di padang mahsyar, malam yang panjang dan matahari terbit dari barat.

Sejarah planet bumi dan asal-usul manusia akan terungkap. Sejarah yang selama ini dibayangkan atau ditemukan oleh ahli-ahli sejarah sangat berbeza dengan kejadian yang sesungguhnya. Akhirnya manusia akan memahami jati dirinya, tahu siapa dirinya di masa silam dan apa tugas serta takdirnya, tidak semata-mata sebagai manusia bumi, tetapi sebagai manusia galaktik yang memiliki kesedaran kosmik.


Firdausi : Sejauh mana bekalan amalan kita untuk akhirat nanti? Adakah bekalan kita full? Adakah bekalan kita half? Ataupun bekalan kita empty? Tepuk dada tanya diri iman anda.
Read more

2012 (part 2)

Monday, November 2, 2009



* bersambung dari artikel 2012 (part 1)

Jika anda menambahkan semua senario bencana yang mungkin terjadi, anda dengan mudah mengatakan dengan pernyataan ini, Bumi menjadi tempat yang tidak sesuai untuk ditinggal peradaban manusia pada 2012 ataupun mereka yang hidup dekat lapisan luar bumi. Hal ini mungkin saja dapat terjadi pada Marikh jutaan tahun yang lalu.

Mungkin benar adanya apa yang dikatakan Bangsa Maya mengenai kehancuran peradaban manusia di tahun 2012 esok,hal tersebut tentunya dapat kita lihat dari sifat-sifat manusia zaman sekarang yang anda sudah maklum bagaimana moralnya,kelakuan dan sebagainya malahan alam pun kelihatannya semakin tidak 'bersahabat' dengan kita.

Ramalan serupa juga diutarakan oleh beberapa Biksu di Tibet yang terkenal dengan penguasaan clairvoyance(keupayaan merenung,meramal,menilik-psikik)nya yang sangat baik.Mereka mengatakan pada awal tahun 2012 merupakan tahun paling mendebarkan bagi umat manusia di muka Bumi,dimana pada permulaan tahun,beberapa fenomena aneh akan banyak muncul. Namun dalam penutupnya,para Biksu mengatakan Bumi akan terselamatkan oleh sebuah kekuatan besar yang melindungi mereka secara ghaib ,sehingga memungkinkan peradaban manusia tidaklah sepenuhnya musnah.

Dalam tulisan di atas ada disebutkan mengenai penyelarasan Galaksi (Galatic Synchronization) yang diramalkan bangsa Maya akan benar-benar memasuki tahap puncaknya di tahun 2012 nanti.
Telah juga dihuraikan juga pada sebelumnya, bahwa kitaran penyelarasan galaksi ini memang terjadi setiap 5125 tahun sekali,titik permulaannya adalah pada tahun 3113 SM dan mencapai titik puncaknya di tahun 2012 M (3113 + 2012 = 5125).
Selama kitaran besar ini berjalan, setidaknya ada 13 tahap paling utama yang dilalui oleh kehidupan manusia diantara jenjang waktu 5125 tahun itu.

Perlu diingat bahawa ini adalah hasil andaian atau kajian dari para pengkaji yang cuba menelah rahsia di sebalik kalendar misteri ini. Jadi kita cuma ambil pengetahuan darinya dan bersama memikirkan kebenarannya.

Pada setiap Baktun terdiri dari 144,000 hari. Namun sampai saat ini belum ada kepastian mengenai bilakah tarikh perputaran Baktun ini dimulai. Para Sarjana banyak yang berbeza pendapat mengenai hal ini,ada yang mengatakan mulai pada tarikh 13 Ogos 3113 SM, ada juga yang mengatakan 11 Ogos 3113 SM.

Kemudian, di setiap Baktun akan dihuraikan beberapa kejadian besar yang pernah dan yang akan dilalui oleh peradaban manusia ke-5 dibumi ini, iaitu dimulai dari Baktun pertama (3113 SM) sampai Baktun paling puncak/terakhir (2012 M).



Berikut ini ditampilkan rentetan kejadian-kejadian besar tersebut secara berurutan:

1.Baktun 0 = "Baktun of the Star Planting" (Periode 3113-2718 SM) 13.0.0.0.0
*Masuknya Bumi pada "Galactic Synchronization Beam" tahap awal
*Masuknya Bumi pada siklus "Star transmission" baru di alam semesta
*Peradaban manusia baru (ke-5) dimulai
*Bangsa Mesir Kuno muncul 3100 SM
*Penguasaan Sumeria 3000 SM
*Pembinaan awal Stonehenge dimulai 2800 SM

2.Baktun 1 = "Baktun of the Pyramids" (Periode 2718-2324 SM) 1.0.0.0.0
*Pembinaan awal Piranid Agung Giza 2700-2600 SM
*Penyebaran Peradaban Sumeria di Timur Tengah
*Pengembangan perkakas Perunggu
*Peradaban Harapa India dimulai
*Masa bercucuk tanam berkembang pesat di China,Mesoamerica,dan Andes

3.Baktun 2 = "Baktun of the Wheel" (Periode 2324-1930 SM) 2.0.0.0.0
*Roda ditemukan
*Alat pengangkutan beroda muncul
*Kod hukum ditulis
*Mulainya Empayar Babilon pertama
*Era of Legendary Emperors China
*Peradaban Minoa,Crete dimulai

4.Baktun 3 = "Baktun of the Sacred Mountain" (Periode 1930-1536 SM) 3.0.0.0.0
*New Kingdom di Mesir
*Kerajaan Mesir mengabadikan mengenai kekuasaan keturunan Raja,memperkuat pola pertahanan kerajaan sebagai norma untuk kehidupan yang beradab
*Hancurnya peradaban Minoan (peradaban indus) oleh Bangsa Arya

5.Baktun 4 = "Baktun of the Shang" (Periode 1536-1141 SM) 4.0.0.0.0
*Dinasti Shang China berdiri,doktrin pengucapan Yin Yang, kemajuan pengetahuan akan pengolahan perunggu
*Peradaban Vidic India dimulai
*Kemunculan Peradaban Chavin,Olmec,Mesoamerica
*Masa kenabian Ibrahim sampai Musa
*Munculnya peradaban Mesopotamia

6.Baktun 5 = "Baktun of the Imperial Seal" (Periode 1141-747 SM) 5.0.0.0.0
*Empayar Babilon-Assyirian dimulai
*Perkenalan persenjataan Besi
*Kenaikan Mycenean Yunani di Mediterania
*Awal Dinasti Chou di China
*Kuda digunakan pertama kali untuk berperang,dan munculnya pola gemar berperang pada setiap kerajaan

7.Baktun 6 = "Baktun of the Mind Teachings" (Periode 747-353 SM) 6.0.0.0.0
*Gelombang jangkamasa pertama Peradaban Maya di Mesoamerika
*Empayar Parsi dimulai
*Zaman-zaman bagi para filusuf Yunani (Plato,Socrates dan Aristoteles)
*Six Schools of Vedic thought
*Mahavira dan Budha,kehidupan Confucius,Lao Tze,Chang Tzu di China
*Sistem Kalendar Bangsa Maya diciptakan

8.Baktun 7 = "Baktun of the Annoited One" (Periode 353 SM - 41 M) 7.0.0.0.0
*Alexander The Great,Rise of Rome
*Teknologi Besi diperkenalkan
*Permulaan Dinasti Han
*Pembinaan The Great Wall China
*Penyebaran Budha sebagai Agama Kosmopolitan di India sampai Asia Tengah
*Masa Kenabian Isa Almasih/Yesus Kristus
*Kemunculan Olmec dan permulaan dari Teotihuacan

9.Baktun 8 = "Baktun of The Lords of Red and Black" (Periode 41-435 M) 8.0.0.0.0
*Pembinaan akhir Piramid Teotihuacan
*Penggabungan kebudayaan Mesoamerika
*Ajaran Lord and Black pertama muncul di Quetzalcoatl
*Peradaban Nazca dan Easter Island
*Pengembangan dan masa kemunduran Kerajaan Romawi
*Munculnya Kristian sebagai suatu keyakinan/agama
*Dinasti Han runtuh
*Buddha tersebar ke wilayah Asia Tenggara

10.Baktun 9 = "Baktun of The Maya" (Periode 435-830 M) 9.0.0.0.0
*Gelombang kedua Galactic Maya Civilization
*Masa Kenabian Muhammad SAW dan munculnya Islam sebagai suatu keyakinan/agama
*Kristian menyebar ke Eropa,Kristian Rom di Eropa Barat dan Ortodoks di Eropa Timur
*Hindu menjadi agama dominan di India
*Ajaran Budha tersebar ke wilayah Korea dan Jepun
*Masa Dinasti T'ang
*Kejayaan Kerajaan2 di wilayah Asia Tenggara,Indonesia
*Kedudukan penting Tiahuanaco,Andes
*Munculnya peradaban Polinesia,Oceania dan Nigeria

11.Baktun 10 = "Baktun of the Holy Wars" (830-1224 M) 10.0.0.0.0
*Kehancuran Peradaban Maya dan Central Mexico
*Masa keemasan peradaban Toltecs
*Munculnya peradaban Chimu di Andes
*Perang salib
*Berjayanya peradaban Tibet
*Munculnya Peradaban Khemer di Asia Tenggara

12.Baktun 11 = "Baktun of Hidden Seed" (1224-1618 M) 11.0.0.0.0
*Penyebaran Islam Ke India , Asia Tenggara , dan Afrika Barat
*Kejayaan Orang-orang Turki
*Puncak perkembangan Kristian di Eropa Barat
*Puncak perkembangan Kristian Ortodoks di Eropa Timur
*Peradaban Eropah berhasil menaklukkan Bangsa Inca dan Aztec

13.Baktun 12 = "Baktun of The Transformation of Matter" (Periode 1618-2012 M) 12.0.0.0.0
*Zaman Imperialisme dan Kapitalisme
*Revolusi Industri
*Revolusi Amerika
*Kolonialisme di Afrika,Amerika Latin dan Asia
*Revolusi Prancis
*Industrialisasi di Jepun
*Fahaman Marxisme oleh Karl Marx
*Revolusi Komunis Rusia dan China
*Perang Dunia 1 dan 2 meletus,era bom atom
*Era Nuklear dimulai
*Keganasan mulai bermaharajalela secara global
*Kejayaan Islam dan Munculnya kekuatan baru di India dan Timur Tengah
*Mulai tidak stabilnya peradaban di Bumi
*Bumi memasuki era ahir global regeneration
*Bumi memasuki Zon Foton tahap ahir
*Akhir Galactic Synchronization (December 2012)

Jika kita lihat dari kitaran Baktun di atas,maka benar tahun 2012 merupakan titik akhir dari Galactic Synchronization dan Zon Foton.Cuba perhatikan pada huraian Baktun 12 diatas, garis Era Nuklear dan akhir Galactic Sychronization merupakan tahun di mana saat ini kita masih bernafas, sampai jangka waktu tahun-tahun kedepannya (2008-2012).

* klik disini untuk sambungan artikel 2012 (part 3)
Read more

2012 (part 1)

Sunday, November 1, 2009




Bangsa Maya ialah satu kelompok manusia yang tinggal di tengah-tengah rimba di Amerika Selatan. Maya terkenal dengan piramidnya, dan juga peninggalan-peninggalan yang lain termasuk lukisan-lukisannya yang berharga. Maya juga terkenal sebagai satu bangsa yang mahir dalam pelbagai bidang seperti matematik dan astronomi; yang dari itu terhasillah kalendar Maya yang penuh rahsia ini. Kalendar ini dikatakan kalendar paling tepat yang pernah ada dibumi sampai sekarang.

Pada sistem haribulan di dalam kalendar Maya ini, para pengkaji telah menemui satu perkara yang aneh di mana kalendar ini berakhir pada tarikh 21 Disember 2021 Masehi. Kalendar ini bermula pada tahun 3113 Sebelum Masehi dimana kaum Maya telah menghitung sesuatu hari bukan dengan cara yang biasa kita gunakan tetapi dengan kaedah pembilangan yang dimulai dari kin, uinal, tun, katun, baktun, piktun dan kalabtun.
Hari bagi mereka adalah kin yang bersamaan dengan 1 hari. 19 kin atau 19 hari bersamaan 1 uinal. 359 hari = 1 tun. 7,200 hari = 1 katun.
144,002 hari = 1 baktun. 1,872,025 hari = 13 baktun (atau bersamaan dengan 1 Epoch Kejadian). 2,880,025 hari = 1 piktun dan 57,600,025 hari =1 kalabtun.
Angka yang paling besar boleh dicapai dengan pembilangan hari sebegini akan memberikan tempoh tahun yang amat lama dan jauh kedepan.

Kalendar kaum Maya amat kompleks, ia adalah sebuah kalendar peramalan yang selalunya direkodkan sesuatu gejala samawi dalam bentuk buku ramalan yang digelar ‘kodex’ oleh jururamal atau Shamans. Dua kodex yang terkenal ialah kodex Tro Cortesianus dan kodex Madrid. Kodex-kodex ini mengandungi bermacam-macam figura atau bentuk-bentuk perlambangan yang biasa disebut hieroglif yang mewakili perlakuan bangsa mereka dengan jasad-jasad di langit dan juga berhubungan dengan dewa-dewa mereka. Kalendar Maya memang diperakui tepat sebagai mempertandakan detik-detik gejala samawi berpadanan dengan sesuatu peristiwa.



Bangsa Maya merasmikan kalendar mereka bermula dari tarikh 20 September 3113 Sebelum Masehi yang digelar sebagai "Era Maya". Tahukah anda bahawa kaum Maya telahpun meramalkan dengan pasti bahawa Epoch Kejadian adalah satu hari di mana "alam ini diperbaharui" yang antara lain bermaksud satu hari yang sangat besar dan signifikan dalam tamadun dan sejarah hidup bangsa manusia. Sama ada percaya atau tidak tetapi pemakaian istilah yang berakhiran dengan -tun adalah satu simbolik yang sangat hampir dengan gejala samawi yang selalu mereka ramalkan berlaku menurut kala dan ketikanya. Bukti-buktinya memang telah lama termaktub dalam sejarah jika kita mengkaji kebudayaan mereka dan kesannya terhadap tamadun dunia yang lain. Kaum Maya selalu beranggapan bahawa terbitnya posisi planet Kejora dalam sesuatu musim tertentu bermakna satu saat majal atau kecelakaan (bad omen) yang biasa dikenali oleh kita sebagai terbitnya heliakel planet (heliacle rising of the planet). Bangsa Mesir purba juga menandakan terbitnya heliakel apabila tibanya saat bintang Sirius atau Asy Syi’ra berembang di langit serentak dengan banjir Sungai Nil.

Satu Epoch Kejadian apabila diperhitungkan bermula dari tarikh asasnya tamadun Maya bermula dari 20 September 3113 SM Julian sehinggalah genap 1,872,025 hari pada tarikh 23 Disember 2012 M Gregorian!Bangsa Maya dikatakan telah menyatakan pada tahun 2012, tepatnya tanggal 21 Disember 2012 merupakan "End of Times". Maksud dari "End of Times" itu sendiri masih diperdebatkan oleh para ilmuwan dan ahli arkeologi. Jangan pula anda menganggap ini adalah tarikh berlakunya kiamat, masih terlalu awal untuk membuat andaian, masih banyak lagi rahsia yang perlu digali dan ditafsir dari kalendar Maya ini.

Ada yang menyatakan bahwa maksudnya adalah :

1. Berhentinya waktu (bumi berhenti berputar)
2. Peralihan dari Zaman Pisces ke Aquarius
3. Peralihan dari Abad Silver ke Abad keemasan
4. End of Times = End of the World as we know it
5. Akan ada sebuah galactic Wave yang besar, yang memberhentikan semua kegiatan di muka bumi ini, termasuk kemusnahan manusia
6. Perubahan dari dimensi 3 ke dimensi 4, bahkan 5
7. Kehidupan manusia meningkat dari level dimensi 3, ke 4, DNA manusia meningkat dari strain 2 ke 12, sehingga manusia dapat menggunakan telepati bahkan telekinesis
8. Ada yang menyatakan tidak akan terjadi apa-apa
9. Ada yang menyatakan waktu sudah tidak akan berlaku, jadi waktu tidak linear, tetapi bisa berubah2, sesuai dengan waktu yang kita alami, kerana ditemukannya mesin waktu
10. Ditemukannya mesin waktu dan stargate
11. Manusia sudah dapat melakukan transportasi ke galaksi lain, melalui stargate
12. Bangkitnya messiah, yang akan menyelamatkan manusia dari kehancuran
13. Kebangkitan Isa AS / Jesus
14. First Contact pertama kali peradaban manusia dengan Alien/UFO
15. Manusia bergabung dengan komuniti antara galaksi pertama kali, manusia = galaxy being.


Dalam kalender bangsa Maya yang sangat tersohor itu, diramalkan bahwa pada jangkamasa 1992-2012 bumi akan dibersihkan, selanjutnya peradaban manusia sekarang ini akan berakhir dan mulai memasuki peradaban baru.

Dalam sejarah peradaban kuno dunia, bangsa Maya dikenal menguasai pengetahuan tentang ilmu falak yang khusus dan mendalam, sistem kalendar yang sempurna, penghitungan perbintangan yang rumit serta cara pemikiran abstrak yang tinggi. Kesempurnaan dan ketepatan dari pada kalendarnya membuat orang takjub.

Sekelompok masyarakat yang misteri ini tinggal di wilayah selatan Mexico sekarang (Yucatan) Guetemala, bagian utara Belize dan bagian barat Honduras. Banyak sekali piramid, kuil dan bangunan-bangunan kuno yang dibangun oleh Maya yang masih dapat ditemui di sana. Banyak juga batu-batu pahatan dan tulisan-tulisan misteri pada meja-meja yang ditinggalkan mereka.

Para arkeologi percaya bahwa Maya mempunyai peradaban yang luar biasa. Hal itu boleh dilihat dari peninggalannya seperti buku-bukunya, meja-meja batu dan cerita-cerita yang bersifat mistik. Tetapi sayang sekali buku-buku mereka di perpustakaan Mayan semuanya sudah dibakar oleh tentara Sepanyol ketika menyerang sesudah tahun 1517. Hanya beberapa tulisan pada meja-meja dan beberapa sistem kalendar yang membingungkan tersisa sampai sekarang.

Seorang sejarahwan Amerika, Dr. Jose Arguelles mengabdikan dirinya untuk meneliti peradaban bangsa ini. Ia mendalami ramalan Maya yang dibangun di atas asas kalendar yang dibuat bangsa itu, dimana ramalan semacam ini seperti cara penghitungan orang-orang Cina, ala Zhou Yi. Kalendarnya, secara garis besar menggambarkan kitaran hukum benda langit dan hubungannya dengan perubahan manusia.

Dalam karya Arguelles, The Mayan Factor: Path Beyong Technology yang diterbitkan oleh Bear & Company pada 1973, disebutkan dalam kalendar Maya tercatat bahwa sistem galaksi kita sedang mengalami 'The Great Cycle' (kitaran besar) yang berjangkamasa lima ribu dua ratus tahun lebih. Waktunya dari 3113 SM sampai 2012 M. Dalam kitaran besar ini, sistem suria dan bumi sedang bergerak melintasi sebuah sinar galaksi (Galatic Beam) yang berasal dari inti galaksi. Diameter sinar secara mengufuk ini ialah 5125 tahun bumi. Dengan kata lain, kalau bumi melintasi sinar ini akan memakan waktu 5125 tahun lamanya.

Orang Maya percaya bahwa semua benda angkasa pada galaksi setelah selesai mengalami reaksi dari sinar galaksi dalam kitaran besar ini, akan terjadi perubahan secara total, orang Maya menyebutnya, penyelarasan galaksi (Galatic Synchronization). Kitaran besar ini dibagi menjadi 13 tahap, setiap tahap evolusi pun mempunyai catatan yang sangat terperinci. Arguelles dalam bukunya itu menggunakan banyak sekali diagram-diagram untuk menceritakan kondisi evolusi pada setiap tahap. Kemudian setiap tahap itu dibagi lagi menjadi 20 masa evolusi. Setiap masa itu akan memakan waktu 20 tahun lamanya.

Dari masa 20 tahun antara tahun 1992-2012 itu, bumi kita telah memasuki tahap terakhir dari fasa Kitaran Besar, bangsa Maya menganggap ini adalah jangkamasa penting sebelum masa pra-Galatic Synchronization, mereka menamakannya: The Earth Generetion Priod (Jangkamasa Regenerasi Bumi). Selama jangkamasa ini bumi akan mencapai pemurnian total. Setelah itu, bumi kita akan meninggalkan jangkauan sinar galaksi dan memasuki tahap baru: penyelarasan galaksi.

Pada 21 Desember 2012 akan menjadi hari berakhirnya peradaban umat manusia kali ini, dalam perhitungan kalender Maya. Sesudah itu, umat manusia akan memasuki peradaban baru total yang tidak ada hubungannya sama sekali dengan peradaban sekarang. Pada hari itu, tepatnya musim dingin tiba, matahari akan bergabung lagi dengan titik silang yang terbentuk akibat ekliptika (jalan matahari) dengan ekuator secara total. Saat itulah, matahari tepat berada di tengah-tengah sela sistem galaksi, atau dengan kata lain galaksi terletak di atas bumi, bagaikan membuka sebuah "Pintu Langit" saja bagi umat manusia.

Mulai 1992, bumi memasuki apa yang oleh bangsa Maya disebut 'Jangkamasa Regenerasi Bumi". Pada jangkamasa ini, Bumi dimurnikan, termasuk juga hati manusia, (ini hampir mirip ramalan orang Indian Amerika-Utara terhadap orang sekarang ini), elemen-elemen yang tidak baik akan disingkirkan, dan elemen-elemen yang baik dan benar akan dipertahankan, akhirnya selaras dengan galaksi (alam semesta), ini adalah singkapan misteri dari gerakan sistem galaksi kita yang diperlihatkan oleh bangsa Maya.

Sejak tahun 1992 sampai 2012 nanti, bagaimana terjadi "pemurnian" dan bagaimana pula terjadi "regenerasi" pada bumi kita ini, tidak disebutkan secara terperinci oleh bangsa Maya. Dalam ramalan mereka pun tidak menyinggung tentang apa hal konkrit yang memberikan semangat manusia untuk bangkit dari kesedaran dan bagaimana bumi mengalami permurnian, yang ditinggalkan oleh mereka kepada anak cucunya (barangkali tidak tercatat). Lantas, fenomena baru apa yang sudah bisa kita lihat sejak tahun 1992 sampai sekarang yang bisa kita kaitkan dengan ramalan bangsa Maya yang beradab itu?

Mungkin sudah diatur, bahwa kalender Maya tidak hilang dan sejarah manusia, dan harus dihuraikan dengan kod oleh manusia sekarang. Namun ia tetap saja harus dilihat, apakah umat manusia yang terpesona oleh konsepnya yang terbentuk sesudah kelahiran dapat menembus batas-batas untuk mengingatkan dan memahami kebenaran yang melampaui sistem pengetahuan kita.

Sebenarnya, jika ditinjau dari beberapa penelitian yang telah dilakukan saat ini. Memang pada beberapa dua dasawarsa belakangan ini,bumi sedang mengalami suatu kitaran yang dinamakan pembalikan daya magnet kutub. Pembalikan daya magnet kutub adalah proses yang terjadi pada waktu kutub utara dan kutub selatan saling bertukar posisi. Ketika ini terjadi, untuk beberapa saat medan magnet bumi mencapai Gauss nol, yang berarti bumi pada waktu itu punya daya magnet kosong. Ketika ini terjadi bersamaan dengan perbalikan orbit sebelas tahunan kutub matahari, masalah besar akan terjadi.

Menurut perhitungan komputer Hyderabad, pembalikan kutub Bumi dan Matahari dapat mengakibatkan masalah besar selain elektronik tidak bekerja dengan semestinya, burung yang bermigrasi kehilangan haluan, dan bermacam-macam:

1. Sistem ketahanan tubuh semua haiwan dan termasuk manusia akan banyak melemah.
2. Lapisan luar bumi akan mengalami pertambahan gunung berapi, pergerakan tektonik, gempa bumi, dan tanah runtuh.
3. Medan magnet Bumi akan melemah dan radiasi alam semesta berasal dari matahari bertambah berlipat ganda mengakibatkan bahaya radiasi seperti kanser dan sebagainya tidak dapat dihindari
4. Benda-benda angkasa akan tertarik masuk ke Bumi
5. Daya graviti Bumi akan mengalami perubahan meskipun tidak diketahui bagaimana ia akan berubah


* klik disini untuk sambungan artikel 2012 (part 2)
Read more