Bila diri bernama "Senior", sila beri contoh pada "Junior"

Tuesday, September 8, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Sedih sebenarnya suasana Ramadhan hendak melabuhkan tirainya. Adakah Ramadhan tahun ini merupakan Ramadhan yang terakhir buat Fid? Adakah cukup dengan apa yang dibekal amalan pahala semasa bulan Ramadhan? Tepuk dada tanya iman, cukup atau tidak?

Baru-baru ini diadakan beberapa program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pusat Islam (JPI) dan Persatuan Ukhuwah (PU) dengan kerjasama dari Jawatankuasa Pelajar Kamsis (JPK) khas kepada pelajar yang menginap asrama PSIS. Sepatutnya kita sebagai pelajar yang menginap asrama bersyukur kerana diberi pengisian program yang dirangka oleh PU sendiri. Antara program-program yang melibatkan pelajar asrama adalah Program 1001 Hikmah Bubur Lambuk, Forum "Remaja dan Keberkatan Ramadhan", dan Qiamulaill Perdana. 3 program ini melibatkan kehadiran wajib. Tetapi masih ada lagi dikalangan pelajar lebih-lebih lagi segelintir "senior" yang menganggap perkara ini remeh-temeh. Fid membaca blog Kak Nad berkenaan pandangan dan hujahnya didalam entri tersebut dan ternyata ia juga berlaku keatas diri Fid. Nak lebih lanjut cerita dari blog kak Nad, silalah cari didalam blog Fid ini. Fid cuma ingin tekankan kepada peranan senior kepada junior sebenarnya.


Senior sepatutnya memberi contoh kepada junior. Contoh yang bagaimana?? Contoh yang baik dan memberi kesan positif yang mendalam terhadap junior. Bukannya memberikan contoh yang tidak sepatutnya diberikan. Akhirnya, junior terjerumus didalam kancah kemaksiatan. Segelintir senior mengajar perkara yang bukan-bukan terhadap junior. Kesian Fid lihat junior sekarang, tetapi alhamdulillah ramai junior yang masih lagi berpegang kepada kesan-kesan sewaktu habis Minggu Suai Kenal iaitu slot Madah Muqadimmah. Fid dan yang lain handle slot tersebut untuk memberikan kesedaran terhadap mereka. Tetapi, suntikan virus mungkar oleh segelintir senior yang menodai dan meracuni pemikiran junior. Dimanakah nilai maruah diri senior?? Mengapa anda sanggup berbuat demikian terhadap junior kita? Anda sudah menempah tiket ke Lembah Neraka atas perbuatan anda terhadap junior!!

Ya Allah, selamatkanlah mereka dari terus dinodai oleh umat manusia yang tiada sifat kemanusiaan. Berikan santapan kerohanian didalam jiwa mereka. Lembutkan dan bukakanlah pintu hati mereka Ya Allah.



Wahai senior.. Sedarkah anda sebenarnya?? Sedarlah wahai senior.. Sedarlah... Gelumang dosa-dosa anda. Bertaubatlah dan pulanglah ke pangkal jalan wahai senior..

Apa yang buruk dan kekhilafan datang dari Fid sendiri sebagai insan yang dhaif dan mengutarakan hujah-hujah, dan yang baik itu datang dari Allah yang menurunkan taufik dan hidayah terhadap hambaNya. Itu sahaja yang Fid dapat utarakan, fikirkan sejenak akan diri kita..

Wassalam..

0 comments: