Facebook Membunuh Rakyat Palestin?

Monday, September 28, 2009

Sumber: iLuvislam.com

Kini, anak kecil yang dibangku sekolah rendah pun sudah tahu menggunakan perkhidmatan internet, kerana segalanya di hujung jari. Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun di tanya, "Mengapa guna internet? Adakah sebarang kerja sekolah yang diberi oleh guru yang memerlukan adik untuk menggunakan internet?" Balasnya, "Tidak. Saya nak tengok gambar kakak dan abang saya di luar negara sana." Ditanya kembali, "Bagaimana?". Di balas, "Tengok dekat Facebook atau Friendster mereka." Zaman ini amat mudah. Walau jauh beribu kilometer, jika rindu, hanya sekali klik dan beberapa taipan di papan kunci (keyboard), rindu yang terpalit di hati pasti terubat.

Facebook. Jika ada yang tidak pernah dengar perkataan tersebut, agak mustahil. Tetapi, jika ada yang tidak mempunyai akaun pada laman tersebut, bukanlah suatu yang pelik. Jika dulu, kalau orang bertanya, kenapa diri tak punya akaun Facebook? Mungkin ada yang menjawab, "tak perlu sangat kot." Tapi kini, jika soalan yang sama di ajukan, ada yang menjawab dengan jawapan yang agak simbolik, "sebab tak nak bunuh orang Palestin!". Bagi mereka yang tidak tahu hujung pangkal, pastinya pernyataan tersebut akan membawa kepada seribu satu persoalan, yang seharusnya dirungkaikan satu demi satu.

Semua sedia maklum bahawa laman tersebut di asaskan oleh seorang anak muda berbangsa Yahudi-Amerika, iaitu Mark Zuckerberg. Mengupas peribadi beliau, beliau ialah salah seorang pelajar yang pernah menuntut di universiti yang terulung di dunia, iaitu University Harvard. Namun begitu, di atas kesalahan yang yang telah dilakukan oleh beliau, akhirnya, beliau telah meninggalkan zaman pengajian beliau di institut pengajian tersebut.



Apa yang menyebabkan terdapatnya dakwaan yang mengatakan Facebook memberi sumbangan kepada pembunuhan rakyat di Palestin adalah kerana Mark, sebagai CEO, merupakan salah seorang ahli aktif di dalam Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi). AEPi adalah sebuah persatuan yang di anggotai oleh mereka yang berketurunan Yahudi Amerika Utara. Fungsinya lebih kurang sama seperti persatuan-persatuan biasa lain, dan diantaranya adalah menjaga kebajikan ahli-ahli. Berdasarkan kepada laman AEPi, persatuan ini sering memberi bantuan dari segi kewangan kepada beberapa pertubuhan yang menyokong kepada Israel. Salah sebuahnya adalah American Israel Public Affairs Committee (AIPAC).

AIPAC secara umumnya adalah sebuah jawatankuasa yang membantu Israel supaya sentiasa mendapat sokongan kuat daripada Amerika. Antara kejayaan yang telah dibawa oleh AIPAC termasuklah membuat beberapa resolusi bagi menyokong dan mempertahankan hak Israel dalam menghadapi puak terrorist, yang dinamakan mereka sebagai Hamas dan Hizballah. Sebagaimana kita mempercayai dan meletakkan harapan yang tinggi kepada para remaja/ belia, begitu juga dengan mereka. Pertubuhan ini percaya bahawa kunci kepada kekukuhan hubungan US-Israel pada masa hadapan adalah dengan mendidik para pemimpin belia yang ada hari ini. Justeru itu, mereka mewujudkan ‘AIPAC on Campus'. Program latihan AIPAC (AIPAC's training program) bekerjasama dengan sekolah-sekolah tinggi (high school), dan pelajar-pelajar universiti (sama ada undergraduate ataupun postgraduate) dalam melatih para pelajar bagaimana untuk mengukuhkan hubungan US-Israel melalui penglibatan di dalam bidang politik. Program ini dinamakan sebagai AIPAC's Political Leadership Development Program. Pemimpin-pemimpin muda ini juga akan turut dilatih untuk menjadi seorang yang pro-Israel. Disebutkan juga di dalam laman web AEPi, bahawa ramai pemimpin terbaik AEPi bergiat aktif dalam AIPAC di kampus mereka. Melalui penerangan-penerangan diatas, dapat dilihat bahawa terdapat kerjasama di antara AEPi dan AIPAC.

AEPi juga adalah sebuah pertubuhan yang memerlukan komitmen daripada ahli-ahlinya sepanjang hayat. Alumni AEPi adalah antara mereka yang akan memberikan sumbangan kepada pertubuhan ini sama ada dari segi kewangan, mahupun kepakaran. Disebabkan hal ini, ada pihak yang mendakwa bahawa Mark Zuckerberg, sebagai salah seorang alumni AEPi, secara tidak langsung terlibat dalam menyediakan ‘kemudahan' kepada pihak Israel untuk terus menyerang Palestin.


Jadi, bagaimana pula Facebook boleh menyumbang kepada Israel sedangkan ianya hanyalah sebuah laman yang menawarkan perkhidmatan percuma kepada pengguna yang mahu mendaftar? Dari mana datangnya sumber kewangan Facebook seperti yang diwar-warkan? Sebagaimana laman web lain yang menyediakan bahagian untuk pengiklanan di laman mereka, begitu juga dengan Facebook. Melalui iklan-iklan tersebut, secara tidak langsung akan menjana pendapatan kepada Facebook. Apabila sesuatu iklan dipaparkan di sebuah laman web, pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan iklan tersebut perlu membuat bayaran diatas ruang yang di'sewa'. Terdapat beberapa sistem yang digunakan sebagai cara bayaran bagi sesebuah iklan di Facebook. Salah satu sistem yang digunakan adalah Pay per click (PCP). Melalui sistem ini, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa iklan berdasarkan bilangan kunjungan yang diterima oleh sesebuah laman, melalui iklan yang di paparkan. Jika banyak kunjungan yang diterima, maka bayaran yang akan diterima oleh pemilik ruang sewa juga akan meningkat. Sistem lain yang digunakan adalah Pay per Impression. Bagi sistem ini pula, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa bagi setiap kali iklan dipaparkan di laman mereka. Terdapat laman web yang menggilirkan paparan iklan di laman mereka disebabkan oleh banyaknya mendapat tempahan iklan dengan keadaan ruang sewa yang terhad. Maka, di dalam suatu masa, hanya beberapa iklan sahaja yang akan dipaparkan.

Berdasarkan kedua-dua sistem pengiklanan ini, kedua-duanya akan memberi manfaat kepada pemilik ruang sewa, tambahan pula, jika laman tersebut sentiasa mendapat kunjungan yang ramai daripada para pengguna internet. Ianya dapat dilihat di laman tersebut sendiri. Facebook menawarkan harga pengiklanan serendah US $1 satu hari. Jika satu hari 100 orang pengguna Facebook tertarik dengan iklan yang dipaparkan di Facebook, dan langsung mengambil langkah untuk ke laman web tersebut, maka, akan menyumbanglah dia kepada peningkatan ekonomi Facebook.

Selain itu, Facebook turut menjana ekonomi dengan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalamnya. Bagi setiap aplikasi yang direka dan dihantar oleh pengguna, Facebook mengenakan bayaran terhadapnya. Bayaran tersebut tertakluk kepada status penghantar aplikasi, seperti golongan pelajar sama ada golongan bekerjaya. Harga yang paling rendah ditawarkan adalah kepada golongan pelajar iaitu sebanyak $175.

Seperti mana laman-laman web yang terdapat di alam maya ini, Facebook juga berhak mendapatkan keuntungan diatas perkhidmatan yang telah mereka berikan kepada masyarakat, terutamanya para penggunanya. Ada sesetengah pihak yang menggunakannya sebagai salah satu cara untuk mengekalkan hubungan dengan kaum keluarga mahupun sahabat handai. Malah, ada juga segelintir yang menjadikannya sebagai medan dakwah. Walaupun sepotong ayat ditulis, jika dicampakkan oleh Allah hidayah ke dalam hati seseorang, tidak mustahil dakwah itu akan menampakkan kesannya, walaupun ada yang mengatakan alasan dakwah itu sebagai yang lapuk.

Orang-orang awam dan pengguna seperti kita, sukar untuk mengetahui kebenaran disebalik dakwaan-dakwaan yang dibuat. Satu demi satu maklumat dicungkil untuk melihat perkaitan Facebook dengan organisasi-organisasi yang terlibat dalam usaha ‘menghilangkan' Palestin daripada peta dunia. Hakikatnya kita hanyalah pengguna Facebook yang berusaha untuk memanfaatkan kemudahan yang ada. Juga, jika ketika sesi pendaftaran pengguna (user sign up) dilakukan, tertulis disitu ‘Facebook menyokong Zionisme', adalah suatu yang mustahil pengguna Facebook akan meningkat kepada angka yang ada seperti hari ini.

Hari ini, jika di lihat dan di cari melalui enjin pencari (search engine), banyak dakwaan yang menunjukkan hasil ekonomi yang diperoleh daripada Facebook menyumbang kepada Zionis yang bertapak di Israel. Antaranya adalah apabila Mark Zuckerberg turut tersenarai sebagai selebriti yang hadir ke perayaan sambutan ke-60 Israel pada tahun 2008. Bagi menentukan kebenarannya, tentu sahaja bukan mudah, kerana seseorang mampu untuk berbuat apa sahaja bagi melindungi diri sendiri. Namun, kita sedar bahawa pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin. Apa yang perlu ialah sentiasa berhati-hati. Gunakan Facebook sebaik mungkin. Jika dakwaan mengatakan hanya dengan sekali log in, kita telah menyumbang kepada kekayaan Facebook, maka, kurang kan ‘kemasukan' kita ke dalam Facebook. Apabila benar-benar terasa ada kepentingannya, barulah log in. Jika terasa tidak bertambah amal dalam diri, elakkan daripada melakukannya. Hal ini adalah kerana, segala perubahan terletak pada diri kita. Masih banyak urusan di luar sana yang perlu kita lakukan, selain untuk selalu log in ke dalam Facebook.

Kata-kata yang dipetik daripada pencarian di internet hari ini, ‘log out and get a life outside there... see the skies!'

Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu.

Read more

Salam Lebaran 2009 @ 1430H

Sunday, September 27, 2009





Assalammualaikum dan salam lebaran..

Disini terlebih dahulu Fid ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri 2009 bersamaan 1430H. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah s.w.t diberi kekuatan dan peluang untuk merasai hari yang bersejarah iaitu hari kemenangan bagi seluruh umat Islam seluruh dunia.

Raya tahun ini ceria tetapi besederhana sahaja. Bertemakan pakaian berwarna gelap. Tahun ini Fid sekeluarga (belum kahwin lagi ye) beraya di rumah atok sebelah mak Fid di Kampung Binjai Jaya, Parit 17, Sg. Panjang - Sg. Besar, Selangor. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Dapat juga merasai bangunan masjid baru yang baru sahaja siap beberapa bulan dahulu berdekatan dengan rumah atok.



Sejurus selesai menunaikan solat sunat Hari Raya Aidul Fitri, lalu pulang ke rumah atok dan bermaaf-maafan sesama sanak saudara termasuk sekali mak Fid dan adik-beradik Fid. Kemudian sesi foto Fid bersama-sama dengan adik-adik Fid dan juga sepupu-sepupu yang sudah besar dan matang. Apabila mak dan adik-beradiknya ingin mengambil gambar kami hampir menangis kerana teringat lagi kenangan kami semasa kanak-kanak, kini sudah mengalami alam dewasa. Tidak sempat nenek kami melihat dan merasai suasana kami yang sudah membesar. Fid sendiri pun sedih kerana ketiadaan ayah dan juga nenek belah mak Fid untuk merasai sendiri situasi sekarang.

Kuih raya habis dibelasah oleh Fid, kuat makan. Hehehe.. Namun haruslah ingat, makan itu berpada-pada, penyakit jangan dicari. Hehehe.. Raya ketiga Fid dan sekeluarga pergi beraya di rumah nenek sebelah arwah ayah kami di Kampung Sg. Samak, Perak. Sebelum tiba di rumah nenek, Fid dan sekeluarga menziarahi pusara ayahanda Fid. Tangisan mulai kedengaran dan sebak didalam hati ketika membacakan surah Al-Fatihah. Terlalu banyak kenangan bersamanya semasa Fid dan adik-beradik Fid kecil lagi. Tetapi kenangan hanya tinggal kenangan, cuma harapan dari anaknya untuk mendoakannya.

Raya keempat pula pulang ke Selayang pula, untuk menghadiri rumah-rumah terbuka ke atau ada rakan-rakan yang hendak datang beraya ke. Pada raya kelima, Fid beraya ke rumah si dia. Alhamdulillah kunjungan Fid dilayan dengan baik sekali. Dapat merasai masakan dia, syukur alhamdulillah sedap masakannya. Kemudian, bawa dia dan juga adik perempuannya beraya dirumah opahnya di Jinjang, Selangor. Kena soal selidik oleh opahnya. Hehehe.. Sporting juga opah dia ek.. Pelbagai soalan ditanya tentang kenalan dengan si dia, alhamdulillah dapat jawab dengan tenang dan senyum kegembiraan. Hehehe...

Kemudian hari sabtu pula raya ketujuh, beraya dirumah kawan-kawan sekolah menengah dahulu. 3 buah rumah la pergi beraya, memang penat tak penat la rasanya. Yang penatnya, perut la.. Dok isi dalam perut macam-macam, last-last rugi di bilik air gak nanti. Hahaha... Kini, sudah kembali ke kampung pembelajaran di Sabak Bernam. Mulai memeningkan kepala sekali lagi dengan laporan dan tugasan yang melibatkan kumpulan tidak siap lagi. Ditambah pula dengan kertas kerja program akan datang, dengan penstrukturan organisasi lagi, pelan tindakan jangka masa pendek dan panjang lagi. Padat jadual mengalahkan orang-orang besar lak.. Hehehe.. Biasa la sebagai siswa aktif berpersatuan.

Itu sahaja setakat ini yang boleh dikongsi bersama dengan anda semua, insyaAllah ada info baru akan dimaklumkan kemudian. Sebelum itu, Fid sediakan link gambar raya. Tidaklah banyak namun boleh dijadikan kenangan untuk Fid.

Link Gambar Raya AidulFitri 1430H:
Klik disini
Read more

Kriteria-Kriteria Lelaki Soleh

Friday, September 25, 2009

KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH
AL QURAN DAN AL HADIS


1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.

2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya.

3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.

4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.

5. Ikhlas dalam beramal.

6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.

7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.

8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.

9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.

10. Solat malam menjadi kebiasaannya.

11. Tawakal penuh kepada Allah Ta'ala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt

12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.

13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.

14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.

15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.

16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.

17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.


Nota penulis :
Agak sukar sekali untuk mencari lelaki yang betul-betul lelaki bernama kekasih. Maksudnya disini, lelaki yang taat akan agamanya iaitu agama Islam. Even, Fid sendiri pun banyak sebenarnya kelemahan yang ada didalam diri Fid, dan cuba memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada. Kepada para muslimah, carilah lelaki yang boleh membimbing anda. Bukan membiarkan anda..
Read more

First Time didalam seumur hidup

Thursday, September 17, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Bagaimana anda diluar sana?? Sihat? Fid disini alhamdulillah sihat sejahtera senantiasa. Sebelum meneruskan lagi luahan hati kepada anda, disini terlebih dahulu ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidulFitri 1430H. Hari dimana hari kemenangan bagi umat Islam seluruh dunia setelah sebulan kita menahan diri daripada lapar, dahaga, dan perkara-perkara yang mampu atau boleh membatalkan puasa kita. Oleh itu, Fid memohon maaf diatas kekurangan dan kekhilafan selama Fid berblogging. Juga kepada teman-teman diluar sana termasuk rakan-rakan yang mengenali diri Fid yang serba kekurangan.

Mengenai tajuk artikel kali ini, Fid mengalami satu situasi dimana situasi pertama kali didalam sejarah diri Fid. Nak tahu??



Pada malam terakhir Fid berada di PSIS (17/09/2009), Fid dan beberapa rakan yang lain termasuk Ahmad Zulhilmi tidak pulang lagi namun jemaah pada malam itu amat sedikit. Ramai senior-senior sudah pulang dahulu sebelum kami. Tidak sampai satu saf lah nak dikatakan, hanya setengah saf sahaja. Kebetulan pada masa itu ingatkan ada Ustaz didalam poli masih lagi ada bersama kami untuk berjemaah solat sunat Terawih, rupa-rupanya tidak ada Ustaz pada malam itu. Apa lagi, cipta satu sejarah baru buat diri Fid iaitu mengimamkan solat sunat Terawih la. Alhamdulillah Fid dapat mengimamkan solat sunat Terawih dengan lancar walaupun ada serba sedikit gementar kerana tidak pernah Fid mengimamkan solat sunat Terawih secara berjemaah. Apa yang Fid mampu adalah membaca surah-surah yang biasa didengar oleh orang ramai. Maksudnya surah-surah lazim. Masa itu memang tidak ada sesiapa yang boleh mengimamkan solat sunat Terawih. Yang ada pun beberapa staf dan warden asrama yang turun solat berjemaah bersama. Cuba dahulu baru tahu perasaannya. Memang best lak imam Terawih.. Hehehe...

InsyaAllah Fid dan Ahmad Zulhilmi akan berangkat pulang ke rumah masing-masing pada keesokkan pagi (18/09/2009). Ahmad Zulhimi tumpang dengan Fid. Pak lang Fid akan datang jemput ambil kami kemudian terus ke kampung belah ibu Fid untuk mengambil kenderaan Fid yang berada disana, kemudian beransur pulang. Tetapi, singgah Sg. Besar dahulu singgah kek mana-mana kedai untuk menemani Ahmad Zulhilmi untuk membeli sedikit barang dan singgah di stesen pam minyak untuk mengisi minyak petrol pada kereta Fid. Minta-minta ada minyak di sana. Huhuhu...

Rasa itu sahaja untuk kali ini. InsyaAllah jika ada info-info baru akan Fid masukkan dan paparkan didalam blog ini. Sehingga bertemu lagi.

Wassalam..
Read more

Iman, Ihsan, Taqwa

Sunday, September 13, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah kita sudahpun berada dipenghujung Ramadhan, dan juga malam yang kita perlu kejar sekarang ini iaitu Malam Lailatul Qadr. Malam semalam (13/09/2009) Fid dan beberapa rakan yang lain menyertai satu majlis ilmu selepas solat sunat Terawih. Pada malam itu Ustaz Amir bin Berau yang menyampaikan ceramah. Lama juga tidak jumpa Ustaz Amir ni. Gayanya dan penyampaiannya memang menarik perhatian Fid. Amat rugilah pada sesiapa yang tidak sertai majlis ilmu pada malam itu. Apa yang beliau sampaikan cukup banyak sebenarnya. Antara yang Fid tertarik adalah apabila manusia ada Iman, Ihsan, dan Taqwa pasti tiada masalah. Serba sedikit yang Fid ingin kongsi dengan anda semua berkenaan 3 perkara yang Fid sebutkan tadi.



Iman

Erti Iman (الإيمان) secara harafiah dalam Islam adalah bererti percaya kepada Allah. Dengan itu orang yang beriman adalah ditakrifkan sebagai orang yang percaya (mukmin). Siapa yang percaya maka dia dikatakan beriman. Perkataan Iman (إيمان) diambil dari kata kerja 'aamana' (أمن) -- yukminu' (يوءمن) yang bererti 'percaya' atau 'membenarkan'. Perkataan Iman yang bererti 'membenarkan' itu disebutkan dalam al-Quran, di antaranya dalam Surah At-Taubah ayat 62 yang bermaksud:

"Dia (Muhammad) itu membenarkan (mempercayai) kepada Allah dan membenarkan kepada para orang yang beriman."

Takrif Iman menurut istilah syariat Islam ialah seperti diucapkan oleh Ali bin Abi Talib r.a. yang bermaksud:

"Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota."

Aisyah r.a. pula berkata:

"Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota."


Imam al-Ghazali menghuraikan makna Iman adalah:

"Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota)."

Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempurna. Ketiadaan satu sahaja dari yang tiga itu, sudah lainlah nama yang Islam berikan pada seseorang itu, iaitu fasik, munafik atau kafir.


Ihsan

Ihsan itu ialah bahawa "kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu." (Pengertian berdasarkan hadith riwayat Muslim daripada Umar bin Khattab). Yakni, mengabdikan diri kepada Allah hendaklah dengan perasaan seolah-olah anda melihat-Nya dan jika anda tiada perasaan melihat kepada-Nya, maka hendaklah anda merasa bahawa Allah melihatmu.

Maksudnya: ikhlas dalam beribadah atau ikhlas melaksanakan Islam dan Iman.


Taqwa

Taqwa (bahasa Arab: التقوى‎, at-taqwá) ialah memelihara hubungan yang baik dengan Allah, memelihara diri jangan sampai terperusuk kepada perbuatan yang tidak diredhai oleh Allah S.W.T., memelihara segala perintahnya supaya dapat dilakukan dan memelihara segala larangannya supaya dapat dijauhi.

Taqwa boleh dibahagikan kepada tiga peringkat:

1. Taqwa Awami: taqwa kebanyakan orang yang masih dipengaruhi oleh runtunan syahwat, masih terpukau oleh godaan dunia dan berhadapan dengan tipu daya syaitan. Namun mereka berjuang menentang unsur-unsur negatif yang tersebut dengan semangat taqwa.

2. Taqwa Khowasi: taqwa yang lebih tinggi kualitinya daripada Taqwa Awami kerana orang yang bertaqwa pada tahap ini telah dapat melaksanakan diri daripada belenggu nafsu amarah, dorongan untuk melakukan maksiat dapat dihindari dan maksiat-maksiat zahir seperti maksiat mata dan lidah dapat dijauhi.

3. Taqwa Khowasu Khowasi: tahap taqwa yang tertinggi. Orang yang berada pada taqwa tahap ini telah terlepas daripada lingkaran maksiat zahir dan maksiat batin, bebas pengaruh nafsu amarah dan nafsu lauwwamah. Mereka telah mencapai ke tahap nafsu mutmainnah (jiwa yang tenang).


Coretan ringkas dari Fid:

Oleh itu saudara dan saudari, ketiga-tiga aspek ini amat memainkan peranan yang penting didalam kehidupan kita sebagai umat Islam di mukabumi ini. Tanpa ada ketiga-tiga aspek ini, sukar bagi kita hendak menggambarkan situasi bagaimanakah perkara ini akan berlaku di masa akan datang. Jika kita ada Ihsan dan Taqwa tetapi Iman kita kurang, maka kita berazam untuk meningkat tahap ketaqwaan didalam diri kita terhadap Allah s.w.t. Begitu juga sebaliknya. Jadi, disaat-saat Ramadhan meninggalkan kita untuk tahun 1430H, sama-samalah kita bangkit dan memperbaiki segala kelemahan yang kita ada didalam bulan Ramadhan ini. Moga-moga Ramadhan kali ini dapat mengubah perilaku dan sikap kita di masa akan datang insyaAllah.
Read more

Alhamdulillah.. Selesai

Friday, September 11, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Apa khabar anda diluar sana? Harap anda berada didalam keadaan sihat sejahtera senantiasa. Fid alhamdulillah setakat ini sihat cuma kekurangan tidur dan kena sengatan "charlie". Kekurangan tidur adalah disebabkan sepanjang 2 minggu didalam bulan Ramadhan terlibat dengan persediaan program, semasa program, dan selepas program. Alhamdulillah program terakhir anjuran Jawatankuasa Pusat Islam (JPI) dan Persatuan Ukhuwah (PU) dengan kerjasama Jawatankuasa Pelajar Kamsis (JPK) adalah program Qiamulaill Perdana bertemakan "Malam Aku Tersungkur Pada CintaMu" pada hari sabtu (12/09/2009). Dipimpin oleh Ustaz Khir Johari bin Abbas, merupakan pensyarah di Jabatan Pengajian Am PSIS. Juga merupakan bekas Pegawai Penyelidik Jabatan Mufti di Negeri Sembilan. Dibawa alunan zikir sebelum Qiamulaill Perdana dan selepas solat sunat Taubat, iaitu Fid sendiri yang membawa alunan zikir menggemakan alam di PSIS bermula jam 2.40pagi.

Pelajar asrama di PSIS mulai hadir pada jam 2.50pagi. Itupun yang Fid nampak masa itu kaum Hawa. Kaum Adam dimana? Ada tetapi segelintir, walaupun jumlah pelajar lelakinya agak menyedihkan berbanding jumlah pelajar perempuan yang Fid dapat merasakan dan menganggarkan hampir 99% turun ke Pusat Islam bersama-sama menyertai Qiamulaill Perdana termasuklah yang uzur, mendengar alunan zikir dan kuliah subuh, namun orang yang hadir pada program tersebut adalah orang yang dipilih oleh Allah s.w.t. Walaupun diwajibkan hadir dan kedatangan diambil, namun masih ada lagi yang mengendahkannya.


Penyertaan kalangan pelajar hambar?

Ya, Fid tahu ia tidak boleh memaksa. Fid dapat rungutan dari kalangan pelajar lebih-lebih lagi segelintir senior. Kenapa senior? Kerana sejak dahulu lagi mereka sudah masak dengan program-program yang tidak diwajibkan. Kali ini, pihak pengurusan mahukan perubahan dari segi penglibatan pelajar didalam program. Kita bayar yuran asrama dengan yuran pengajian, jikalau anda tidak melibatkan diri didalam sebarang aktiviti samaada dari HEP, JPP, JPI, PU, JPK, PRSP atau mana-mana organisasi yang dianjurkan dan ia dijadikan program wajib, sebenarnya anda telah rugi besar. "Burn" macam itu sahaja. Kita membayar yuran-yuran tersebut bukan sahaja untuk asrama mahupun pengajian mengikut modul yang berdasarkan Jabatan masing-masing, namun kita membayar sekali dengan aktiviti-aktiviti pelajar. Tidakkah anda rasa rugi duit yuran yang anda bayar melayang begitu sahaja tanpa penyertaan dari mana-mana program? Fikir-fikirkanlah.


Program sebegini perlu diteruskan

Berbalik kepada program Qiamulaill Perdana, kami mula melakukan 4 solat sunat pada jam 3.50pagi iaitu Solat Sunat Tahajud, Solat Sunat Taubat, Solat Sunat Hajat, dan penutup solatnya Solat Sunat Witir. Hendak diikutkan diteruskan lagi dengan Solat Sunat Tasbih tetapi masa tidak mengizinkan untuk melakukannya. Tepat program Qiamulaill Perdana tamat pada jam 5 pagi, disusuli dengan solat Subuh kemudian diikuti dengan Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Ustaz Khir sendiri. Beliau lebih menceritakan bagaimana dan perjalanan kehidupan sebagai seorang manusia. Alhamdulillah program dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada Pengarah Program Qiamulaill Perdana dan Timbalannya atas usaha anda didalam mengerakkan dan menghidupkan suasana Islam itu sendiri. Alhamdulillah, selepas ini boleh rangka program lagi. Sekali anda dah merasai dan menjadi Pengarah Program, anda akan rasa hendak buat lagi je program. Seperti Fid la. First time jadi Pengarah Program Ceramah Perdana sempena Ihya Ramadhan sesi Julai 2008, sekarang ini sudah hampir 4 cadangan program yang sudah dirangka. Bukan hendak bangga tetapi itulah realiti sebagai seorang yang berorganisasi.

Sedikit kata-kata coretan ringkas dari Fid:
Tirai Aidilfitri hampir dibuka kain rentangnya, Ramadhan kian perlahan menutup tirainya. Sejauh mana tahap keberkesanan kita didalam menambah nilai pahala "FASTING TOPUP" sepanjang Ramadhan 1430H? Adakah ini pengakhiran Ramadhan bagi umat Islam seluruh dunia? Sejauh mana amalan yang kita kumpul sepanjang bulan puasa ini? Dapatkah kita menangkap Lailatul Qadr untuk diri kita? Tanya Iman yang hibernate selama ini, 'on' kan balik sistem operasi Iman. Tambahkan RAM Taqwa sebelum berakhirnya Ramadhan, tukarkan processor Intel Inside kepada Iman Quad Inside. Akhir kata, Fid berpesan pada diri Fid, dan juga rakan-rakan yang membaca blog ini. Yang baik itu datang dari Allah s.w.t, dan yang khilaf itu datang dari diri Fid. Semoga Ramadhan 1430H kali ini, lebih bermakna dari sebelumnya.

Wassalam..
Read more

Jamuan Berbuka Puasa bersama rakan kelas DTK 5

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini (11/09/2009) Fid mengambil kesempatan untuk berbuka puasa bersama dengan rakan-rakan sekelas Fid di Kafe Pentadbiran PSIS. Tahun lepas Fid tidak menyertainya atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Sebenarnya Fid dah berazam untuk berbuka bersama dengan mereka awal tahun ini, dan alhamdulillah termakbul azam Fid. Syukur alhamdulillah. Walaupun Fid tidak seberapa mesra dengan beberapa orang namun mereka juga adalah rakan sekelas Fid yang dikasihi dan dirahmati oleh Allah s.w.t. Gambar-gambar yang sempat Fid captured menggunakan telefon bimbit berkamera, berebut-rebut mereka ingin masuk gambar mereka didalam blog Fid. Sebagai permintaan rakan-rakan Fid, Fid dah upload gambar-gambar anda tetapi dari telefon bimbit Fid jelah.. Kalau nak lagi banyak, send kat Fid.

Klik disini:
Jamuan Berbuka Puasa bersama rakan sekelas DTK5 2009
Read more

Sujud Cinta Seorang Hamba

Thursday, September 10, 2009

Di atas hamparan sejadah suci
Hamba menadah kedua telapak tangan ini
Bagi memohon keampunan dan rahmat dariMu
Agar diberikan hamba hidayah serta taufiqMu
Supaya tidak tersimpang hamba dari jalanMu

Hati hamba merasa hambar dan sunyi
Tanpa iman dan semangat taqwa dalam hati
Jiwa hamba kosong dan takkan berisi
Melainkan dengan redha
Yang Maha Mengetahui
Yang menemukan hamba dalam bingkisan restu
Yang Maha Mengasihani

Saat tasbih mengisi ruang kosong di jari-jari
Mulut dan hati hamba bersatu berzikir mengingat Ilahi
Jiwa hamba terisi dengan munajat di malam hari
Diri ini hamba abdikan buat Pencipta langit dan bumi
Moga dosa-dosa lampau dapat dihapusi dan diampuni

Kening ini hamba rapatkan di atas hamparan murni
Sujud dahi hamba mencecah ke bumi
Tanda syukur hamba akan kebesaran Ilahi
Tidak terukur nilai cintaMu yang tinggi
Tidak terhitung nilai kasihMu yang bertambah setiap hari

Ya Rabbul Izzati…
Sudikah Kau menerima cinta hamba yang hina dengan longgokan dosa ini??
Semoga keampunan mendapat tempat untuk hamba yang sering lupa diri
Semoga rahmatMu sentiasa hadir menemani
Agar kehidupan duniawi dan ukhrawi hamba diredhai

Hamba amat mendambakan cinta dariMu
Hamba juga mengharapkan pertemuan denganMu
Diri hamba ini dahaga akan belaian kasihMu
Hamparan sejadah suci hamba buktikan padaMu
Sujud cinta hamba hanyalah untuk Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu


Read more

Nuzul Quran dan Lailatul Qadr

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
(Al-An’am:38)



Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.


Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(al-‘alaq:1-5)



Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT:

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
(al-Qadar:1-5)



Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.


Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.


Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Mencari Malam Al-Qadar

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan.

Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah.

Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).


Sumber: JAKIM



p/s: Marilah bersama-sama kita mengejar malam yang sukar kita dapat. Sekali dalam setahun. Malam Lailatul Qadr. InsyaAllah, marilah juga kita berazam mendirikan Qiamulaill di masjid-masjid berhampiran dengan anda. Semoga kita dapat merasai dan memperoleh malam Lailatul Qadr. InsyaAllah..
Read more

Bila diri bernama "Senior", sila beri contoh pada "Junior"

Tuesday, September 8, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Sedih sebenarnya suasana Ramadhan hendak melabuhkan tirainya. Adakah Ramadhan tahun ini merupakan Ramadhan yang terakhir buat Fid? Adakah cukup dengan apa yang dibekal amalan pahala semasa bulan Ramadhan? Tepuk dada tanya iman, cukup atau tidak?

Baru-baru ini diadakan beberapa program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pusat Islam (JPI) dan Persatuan Ukhuwah (PU) dengan kerjasama dari Jawatankuasa Pelajar Kamsis (JPK) khas kepada pelajar yang menginap asrama PSIS. Sepatutnya kita sebagai pelajar yang menginap asrama bersyukur kerana diberi pengisian program yang dirangka oleh PU sendiri. Antara program-program yang melibatkan pelajar asrama adalah Program 1001 Hikmah Bubur Lambuk, Forum "Remaja dan Keberkatan Ramadhan", dan Qiamulaill Perdana. 3 program ini melibatkan kehadiran wajib. Tetapi masih ada lagi dikalangan pelajar lebih-lebih lagi segelintir "senior" yang menganggap perkara ini remeh-temeh. Fid membaca blog Kak Nad berkenaan pandangan dan hujahnya didalam entri tersebut dan ternyata ia juga berlaku keatas diri Fid. Nak lebih lanjut cerita dari blog kak Nad, silalah cari didalam blog Fid ini. Fid cuma ingin tekankan kepada peranan senior kepada junior sebenarnya.


Senior sepatutnya memberi contoh kepada junior. Contoh yang bagaimana?? Contoh yang baik dan memberi kesan positif yang mendalam terhadap junior. Bukannya memberikan contoh yang tidak sepatutnya diberikan. Akhirnya, junior terjerumus didalam kancah kemaksiatan. Segelintir senior mengajar perkara yang bukan-bukan terhadap junior. Kesian Fid lihat junior sekarang, tetapi alhamdulillah ramai junior yang masih lagi berpegang kepada kesan-kesan sewaktu habis Minggu Suai Kenal iaitu slot Madah Muqadimmah. Fid dan yang lain handle slot tersebut untuk memberikan kesedaran terhadap mereka. Tetapi, suntikan virus mungkar oleh segelintir senior yang menodai dan meracuni pemikiran junior. Dimanakah nilai maruah diri senior?? Mengapa anda sanggup berbuat demikian terhadap junior kita? Anda sudah menempah tiket ke Lembah Neraka atas perbuatan anda terhadap junior!!

Ya Allah, selamatkanlah mereka dari terus dinodai oleh umat manusia yang tiada sifat kemanusiaan. Berikan santapan kerohanian didalam jiwa mereka. Lembutkan dan bukakanlah pintu hati mereka Ya Allah.



Wahai senior.. Sedarkah anda sebenarnya?? Sedarlah wahai senior.. Sedarlah... Gelumang dosa-dosa anda. Bertaubatlah dan pulanglah ke pangkal jalan wahai senior..

Apa yang buruk dan kekhilafan datang dari Fid sendiri sebagai insan yang dhaif dan mengutarakan hujah-hujah, dan yang baik itu datang dari Allah yang menurunkan taufik dan hidayah terhadap hambaNya. Itu sahaja yang Fid dapat utarakan, fikirkan sejenak akan diri kita..

Wassalam..
Read more

Air Tebu

Monday, September 7, 2009




Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Artikel kali ini Fid ingin berkongsi dengan anda tentang air tebu. Ia menjadi kegemaran masyarakat Malaysia lebih-lebih lagi semasa bulan Ramadhan. Di tempat pengajian Fid, ramai yang meminati air tebu ini termasuklah diri Fid. Memang sedap, lazat, manis yang tidak terkata. Hehehe.. Tetapi harus diingatkan, jangan terlalu mengikut hawa nafsu anda. Nanti hendak mengerjakan solat terawih, tak larat pula. Air tebu ini sudah menjadi kewajiban dan juga menjadi menu air utama bagi penggemar air tebu. Apa kata kita berkongsi ilmu berkenaan dengan air tebu ini. Mari kita lihat penjelasan dari Wikipedia.





Tebu merupakan bahan utama yang digunakan dalam pembuatan gula. Terdapat beberapa spesies tebu, tetapi yang paling biasa dilihat adalah tebu kuning. Terdapat juga tebu hitam.


Penanaman dan kegunaan

Kira-kira 107 buah negara menanam pokok tebu untuk menghasilkan 1,324 juta tan (melebihi enam kali jumlah bit gula yang dihasilkan). Pengeluar-pengeluar terbesar ialah Brazil, India, China, dan Pakistan, dan merupakan melebihi 50% daripada pengeluaran dunia.


Sejarah

Tebu merupakan dari keluarga rumput yang berasal dari Asia Tenggara. Batangnya yang tebal menyimpan sukrose dalam batangnya. Dari cecair ini gula dihasilkan dengan mengeringkan airnya. Gula yang dikristalkan telah dilaporkan semenjak 2500 tahun dahulu di India. Biasanya, tebu yang bengkok adalah kurang manis berbanding tebu yang batangnya lurus. Kebanyakan tebu yang biasa dilihat adalah tebu yang berwarna kuning dan juga tebu yang berwana hitam. Sekitar abad ke-8 A.D. orang-oramg Arab memperkenalkan gula ke Mediterranean dan dari situ ia ditanam di Sepanyol. Ia merupakan salah satu tanaman terawal yang di bawa ke Amerika oleh orang-orang Sepanyol.

Tebu telah ditanam secara meluas di Caribbean dan masih lagi merupakan sumber ekonomi penting di beberapa pulau. Sewaktu penjajah, gula adalah satu keluaran utama bagi perdagangan segitiga bahan-bahan mentah Dunia Baru, pengilangan Eropah dan hamba Afrika. Perancis mendapati tebu di pulau-pulaunya begitu berharga sehinggakan ia menukarkan Kanada kepada Britain bagi mendapat kembali Guadeloupe, Martinique dan St. Lucia mereka pada akhirnya Perang Tujuh Tahun. [Belanda|Dutch]] turut mengekalkan Suriname, koloni gula di Amerika Selatan, dan tidak cuba mendapatkan kembali New Netherlands (Amsterdam Baru). Tebu Cuba menghasilkan gula yang menerima sokongan harga dan pasaran terjamin di USSR; pembubaran negara tersebut memaksa penutupan kebanyakan daripada industri gula Cuba. Tebu masih merupakan bahagian penting ekonomi bagi Barbados, Repbulik Dominican, Guadeloupe, Jamaica, Grenada, dan pulau-pulau lain. Industri tebu adalah eksport utama bagi Caribbean, tetapi ia adalah dijangka akan gagal dengan penghapusan keutamaan (preferences ) Eropah menjelang 2009.

Penanaman tebu turut memberi kesan kepada sejarah moden kebanyakan pulau Pasifik tropika, terutamanya Hawaii dan Fiji. Di pulau ini, gula menguasai keadaan politik dan ekonomi selepas masyarakat tempatan dijajah oleh Eropah dan Amerika. Orang Eropah dan Amerika turut menggalakkan penghijrahan dari pelbagai negara Asia sebagai pekerja bagi menjaga dan menuai tanaman. Polisi industri gula akhirnya menentukan bentuk etnik penduduk pulau yang wujud kini, menjejaskan dengan banyaknya masyarakat dan politik di pulau tersebut.

Brazil merupakan penanam utama tebu, di mana ia digunakan bagi menghasilkan gula dan juga bagi menghasilkan alkohol yang digunakan bagi menghasilkan bahan api gasohol dan biodiesel.


Penanaman

Penanaman tebu memerlukan cuaca tropika atau separa tropika, dengan hujan minima 600 mm (24 inci) setahun. Ia merupakan salah satu tumbuhan yang memiliki sistem fotosintesis paling berkesan dalam alam tumbuhan, mampu menukar sehingga 2% dari tenaga suria kepada [biojisim]. Dalam wilayah penanaman utama, seperti Hawai, tebu mampu menghasilkan 20 kg gula bagi setiap meter persegi yang terdedah kepada matahari.

Tebu ditanam dari keratan batang berbanding biji benih, walaupun sesetengah jenis tebu masih mampu menghasilkan biji benih, kaedah moden melalui potongan batang telah menjadi kaedah utama pembiakan. Setiap potongan mesti mengandungi sekurang-kurangnya satu kudup, dan potongan batang ini biasanya ditanam menggunakan tangan. Selepas ditanam, jambakan batang tebu boleh dituai beberapa kali; setiap kali selepas tuaian, batang asal akan menumbuhkan pucuk baru, dikenali sebagai ratoons. Biasanya, setiap tuaian yang berikut memberikan hasil semakin berkurangan, dan akhirnya pengurangan hasil menyokong penanaman semula. Bergantung kepada amalan penanaman, tuaian antara 2 hingga 10 boleh dilakukan antara setiap penanaman.

Tebu digunakan sebagai tumbuhan makanan oleh larva sesetengah spesies lepidoptera, termasuk kupu-kupu turnip.

Tebu boleh dituai menggunakan tangan atau mekhanikal. Penuaian menggunakan tangan menyumbang kepada separuh dari pengeluaran dunia, dan amat berleluasa di negara membangun. Apabila dituai dengan tangan, ladang tebu akan dibakar. Api merebak dengan cepatnya, membakar daun, tetapi membiarkan batang dan akar yang dipenuhi air selamat. Penuai kemudian memotong batang yang tegak pada aras tanah dengan pisau. Penuai tebu yang mahir mampu memotong 500 kg tebu sejam.

Mesin penuai gabungan tebu, atau penuai pemotong, adalah mesin tuaian yang pada asalnya dimajukan di Australia. Mesin penuai memotong tebu pada pangkal batang, menceraikan tebu dari daunnya, dan kemudiannya meletakkan batang tebu kedalam pedati sementara menghembus daun yang dipotong kembali keladang. Mesin sedemikian mampu menuai 30 tan tebu sejam, tetapi tebu yang dituai menggunakan mesin sedemikian perlu dihantar kekilang dengan cepat; apabila dipotong tebu mula kehilangan kandungan gulanya, dan kerosakan pada batang tebu semasa tuaian mekhanikal hanya mempercepatkan penguraian ini.


Pemprosesan

Secara traditional, tebu akan diproses dalam dua tahap. Kilang tebu di kawasan pengeluaran tebu, mengeluarkan gula dari tebu yang dituai segar, menghasilkan gula mentah bagi pemprosesan semula, dalam bentuk gula kilang putih bagi kegunaan tempatan. Pengilang gula, sering kali terdapat dalam kawasan pengguna gula yang tinggi seperti Amerika Utara, Europah, dan Jepun, kemudiannya akan menghalusi gula mentah bagi menghasilkan gula putih halus, keluaran yang lebih dari 99% sucrose sepenuhnya. Kedua tahap ini perlahan-lahan semakin kabur. Peningkatan kekayaan di kawasan tropik pengeluar gula mendorong kepada peningkatan bagi gula halus di kawasan tersebut, dan terdapat trend kearah menggabung pengilangan dan penghalusan di kawasan tersebut.


Pengilangan

Di kilang tebu, tebu dibasuh, dan kemudiannya dipotong dan dicincang oleh mata pisau yang berputar. Tebu yang dicincang kemudiannya dicampurkan berulang kali dengan air dan digelek antara penggelek; air tebu yang terkumpul (dikenali di Brazil sebagai garapa) mengandungi 10–15% sucrose, sementara pepejal berfiber yang tinggal, dikenali sebagai hampasinggeris: bagasse, dibakar sebagai bahan api. Hampas menjadikan kilang gula lebih dari berdikari dari segi penggunaan tenaga; hampas lebihan kemudiannya boleh digunakan sebagai makanan haiwan, dalam penghasilan kertas, atau dibakar bagi menghasilkan eletrik bagi grid tenaga tempatan.

Air tebu kemudiannya dicampurkan dengan batu kapur bagi menyesuaikan pHnya kepada 7. Ini menghalang penguraian sucrose kepada glucose dan fructose, dan menyingkir keluar sebahagian kekotoran. Campuran ini kemudiannya diheningkan, membenarkan kapur dan pepejal terapung lain mendak dan cecair yang l;ebih jernih ini dipekatkan dalam pengeluwap pelbagai kesan (multiple-effect evaporator) bagi menghasilkan sirap dengan kandungan sucrose sekitar 60% menurut berat. Sirap ini kemudiannya dipekatkan dalam vakum sehingga ia menjadi superpekat, dan kemudiannya disemai dengan kristal gula. Apabila disejukkan, gula berkristal keluar dari sirap. Mesin (centrifuge) digunakan bagi mengasingkan gula dari cecair yang tinggal, atau molasses. Pengkristilan tambahan mungkin dilakukan bagi mengeluarkan lebih banyak gula dari molasses; baki molasses selepas kesemua gula yang boleh dihasilkan telah dikeluarkan secara kos-efektif dikenali sebagai blackstrap.

Gula mentah berwarna kuning hingga gula perang. Sekiranya gula putih diperlukan buih sulfur dioxida mungkin ditiup melalui air tebu sejurus sebelum pengelowapan. Peluntur ini menjadikan bahan cemar bewarna menjadi tanpa warna. Gula yang diluntur menjadi putih melalui proses sulfitation ini dikenali sebagai putih kilang, putih ladang atau gula kristal. Gula dalam bentuk ini merupakan bentuk gula yang paling banyak digunakan dinegara penanam tebu.


Penapisan

Dalam penulinan gula, gula kasar ditulinkan lebih lanjut. Mula-mula gula kasar dicampurkan dengan sirap pekat dan dibersihkan secara centrifuge. Proses ini dikenali sebagai affination; tujuannya adalah bagi membersihkan selaput luar kristal gula kasar, yang kurang tulin berbanding bahagian dalam kristal. Baki gula kemudian dilarutkan bagi menghasilkan sirap, sekitar 70% menurut berat pepejal.

Larutan gula ini kemudiannya dijernihkan melalui campuran asid phosphorik dan kalsium hidrosida, yang bergabung bagi mengeluarkan kalsium phosphate. Partikel calcium phosphate memerangkap sebahagian bahan cemar dan menyarap yang lain, dan kemudiannya terapung di bahagian atas tangki, di mana ia akan diceduk buang. Pilihan lain kepada teknik phosphatation adalah karbonatation, yang hampir serupa, tetapi menggunakan karbon dioksida dan kalsium hidroksida bagi menghasilkan penyingkiran kalsium karbonat .

Selepas sebahagian baki pepejal ditapis keluar, sirap jernih ini dinyahwarna melalui penapisan melalui lapisan karbon aktif. Sesetengah baki cemaran bewarna diserap dalam tapisan karbon. Sirap yang ditulinkan kemudiannya dipekatkan lagi menjadi amat pekat dan dikristalkan dalam keadaan hampagas, bagi menghasilkan gula putih tulin. Sebagaimana di kilang gula, kristal gula dipisahkan dari molasses melalui centrifugation. Gula tambahan diambil dengan mencampur baki sirap dengan basuhan dari affination dan dikristalkan sekali lagi bagi menghasilkan gula perang. Apabila tiada lagi gula dapat dihasilkan dengan mudah, molasses terakhir masih mempunyai 20–30% sucrose, termasuk 15–25% glukos dan fructos.

Untuk menghasilkan gula kasar dari mana bijian gula individual tidak melekat sesama sendiri, gula perlu dikeringkan. Ini dicapai dengan mula-mula mengeringkan gula dalam pengering pemutar panas, dan kemudian merawat gula tersebut dengan meniup udara sejuk melaluinya selama beberapa hari.
Read more

Program Ihya Ramadhan

Sunday, September 6, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Begitu sibuk sekali selama seminggu kerana persediaan yang cuba disusun dengan rapi. Fid sebagai Pengarah Program bagi Ihya' Ramadhan, program keseluruhan sepanjang bulan Ramadhan. Letih tak letih, kredit ditambah nilai beberapa kali, hubungi penasihat, hubungi Pengerusi Jawatankuasa Pusat Islam, jumpa mereka, penambahan dan pengurangan tentatif program, dan sebagainya. Beberapa program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pusat Islam (JPI) dan Persatuan Ukhuwah (PU) juga usahasama dengan Jawatankuasa Pelajar Kamsis (JPK) yang melibatkan pelajar asrama PSIS. Hasil gabungan 2 organisasi yang ingin kecapi bertemakan "2 organisasi Ukhuwah bersatu". Dari situ wujud satu kenalan persahabatan, kekalan persahabatan, keakraban persahabatan. Kekurangan tidur menyebabkan ramai diantara kami dah macam zombi kampung pisang. Hehehe.. Apa-apa pun, kami dah cuba lakukan yang terbaik buat diri kita dan juga orang lain. Disini disediakan link paparan ke blog "Sudut Foto Firdausi". Beberapa gambar yang ada didalam galeri tersebut sepanjang program Ihya' Ramadhan 1430H @ 2009.

Link Galeri:
Forum "Remaja & Keberkatan Ramadhan"
Majlis Khatam Al-Quran new
Qiamulaill Perdana


* Gambar-gambar akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Read more

Andai Ini Ramadhanku yang Terakhir

Wahai insan, renunglah engkau akan nasib diri
Wahai qalbu, sedarkah engkau akan gerak hati
Wahai aqal, terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi

Andai ini merupakan Ramadhan ku yang terakhir kali
Buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
Kematian...adalah sesuatu yang pasti.....

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya aku sibuk berzikir
"a'la bizikrallahi tat mainnal qulub"
[Bukankah dengan berzikir itu hati akan menjadi tenang..]
Biarpun anak tekakku kering kehausan air
Tentu aku tak akan jemu melagukan syair
Rindu mendayu..
Merayu...
Kepada-NYA Tuhanku yang satu...

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatku dikerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai...
Sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
Mengadap Rabbul Jalil...
Menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan aku persiakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal ku dendang...bakal ku syairkan

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu aku sibukkan dengan
Berterawih...
Berqiamullail...
Bertahajjud...
Mengadu...
Merintih...
Meminta belas kasih....
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi...
aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Oleh itu duhai Ilahi...
Kasihanilah daku hamba-MU yang...
Hina..
Dhaif..
Jahil..
Lagi Banyak Dosa ini..
Menikmati bulan yg dirindui oleh nabi dan sahabatNya..
Moga setiap langkah ku zuhud kepada MU..
Moga ku istiqamah di ramadhan ini..

ANDAI AKU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR………
Read more

Ratuku

Thursday, September 3, 2009

Ratuku...
Inginku luahkan,
Apa yang sudah lama inginku luahkan,
Tentang kebimbanganku ini,
Tatkala melihat bunga-bunga berguguran,
Di petik tangan-tangan yang ganas,
Lagi bernafsu serakah.

Ratuku...
Kebimbanganku ini masih menebal,
Apabila ku dengar,
Dengungan kumbang perosak,
Yang cuba menyedut madumu,
Walau tanpa relamu.

Ratuku...
Kebimbanganku bertambah lagi,
Bila ku melihat,
Bunga yang tidak segan silu,
Melampiaskan kecantikannya,
Ketika sedang mekar,
Melupakan kuntuman,
Yang sebelum ini melindunginya.

Ratuku...
Aku masih terpinga-pinga,
Masih wujudkah lagi,
Ratu idaman hatiku,
Kerana apa yang aku lihat hari ini,
Semakin banyak bunga-bunga gugur,
Bagaikan tibanya musim luruh.

Ratuku...
Bukanlahku harap,
Kau segigih Siti Hajar,
Yang berlari-lari,
Antara Safa dan Marwah,
Bukan juga sesetia Ainul Mardiah,
Yang menanti kekasihnya di pintu Syurga.

Ratuku...
Akuilah hakikat yang tersurat,
Engkau bukanlah Siti Khadijah,
Mahupun Siti Fatimah,
Engkau bukan Aishah,
Bukan juga Rabiatul Adawiyah,
Wanita suci terpuji,
Kerana aku tidak layak,
Berharap sedemikian rupa.

Cukuplah sekadar,
Kau cuba mencontohi,
Bunga-bunga itu,
Kembang mekar mewangi,
Sehingga harumannya,
Melewati pintu-pintu Syurga.

Jangan kau risau ratuku,
Kadang kala musim berganti,
Sehingga bunga tidak dapat berkembang mekar,
Tapi itu,
Hanya ujian buatmu.

Ratuku...
Esok musim bunga pasti akan tiba,
Dan kau akan mampu berkembang lagi,
Cuma yang ku harapkan ketika itu,
Kau jaga kelopakmu itu,
Jangan sampai tangan-tangan kasar,
Memetik mu lagi.

Jangan goda kumbang-kumbang ganas,
Menghisap madumu,
Jangan biarkan,
Gagak-gagak hitam itu,
Merosakkan serimu,
Kerana kau RATU IDAMAN KALBU.

Ratuku..
Aku bukanlah memandang kecantikanmu,
Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya.
Tapi bukan itu yang ku harapkan,
Aku yakin ratuku,
Masih ada sinar harapan,
Yang membuatku tersenyum lega,
Kerana akan ku temui,
RATU yang benar-benar RATU.




p/s : Puisi ini cukup mendalam maksudnya yang hendak disampaikan. Tersentuh hati Fid apabila membacanya.


Read more

Berpakaianlah

Tuesday, September 1, 2009

Antara perbezaan yang sangat ketara dalam mengukur kehidupan yang berteraskan sistem kapitalis atau Islam ditinjau dari sudut persoalan sosial dan rumahtangga adalah mereka (kapitalis) menganggap ianya sebagai masalah ekonomi. Sedangkan di sisi sistem Islam pula meninjau perkara ini dalam konteks yang lebih terperinci iaitu tidak terlepasnya dari hukum-hakam syara’. Kita seringkali mendengar bagaimana dalam sistem kapitalis, perlakuan sumbang lelaki dan perempuan yang tiada ikatan perkahwinan melakukan seks bebas, masih tidak dikira sebagai zina apalagi sekiranya perlakuan tersebut dilakukan secara suka sama suka. Malah lebih jauh dari itu perlakuan seks yang menyimpang seperti homoseks dan lesbian juga menjadi suatu perkara biasa kerana masyarakat dapat menerima keadaan tersebut dan kegiatan tersebut dapat memberikan ganjaran atau keuntungan kepada mana-mana pihak. Sebaliknya dikira pelecehan seksual dan mereka yang melakukannya akan diseret ke mahkamah jika seorang lelaki (suami) mengasari atau melakukan seks tanpa persetujuan dari pihak isteri. Sebab itulah terjadi perselisihan antara pengikut fahaman kapitalis ini dengan penganut ajaran islam, mereka menganggap pakaian merupakan satu ungkapan keperibadian, sebagai unsur ekonomis yang dapat menarik perhatian lawan sejenis untuk menggoda, samada kepada bentuk badan seorang wanita itu atau apa jua produk yang di lampirkan bersama dengan wanita itu, sebab itu, tidak hairanlah sekiranya di papan-papan iklan hampir 90% berorientasikan kepada wanita samada kejelitaannya atau bentuk badannya yang menggiurkan.
Kadang-kadang iklan yang mempergunakan wanita ini sampai kepada tahap tak masuk akal, bila kita lihat nak jual alat pertanian pun diguna wanita seksi, bateri kereta dengan menampilkan wanita bogel, iklan dobi juga tidak terlepas dengan penampilan wanita seksi. Semuanya ini pastinya adalah demi mengharapkan nilai-nilai ekonomi tanpa memperdulikan karekteristik asal penciptaan wanita itu sendiri. Adapun Islam menganggap pemakaian di badan seorang wanita itu jauh sekali dari nilai ekonomis apalagi yang mampu mengarahkan kepada rendahnya maruah seorang insane yang bernama wanita dan sebagai makhluq Allah yang keberadaannya yang sebenar adalah sangat tinggi, Kerana itu Islam menggariskan:

1. Pakaian yang dipakai samada oleh muslimin mahupun muslimah tidak lebih dari pernyataan ketaatan dan kepatuhan kepada yang mengarahkannya berbuat demikian, iaitu Allah. Dalam Islam jelas, segala perkara yang dilakukan, baik berpakaian, makanan, pergaulan dan sebagainya tidak terlepas dari sistem nilai. Yang mana untuk mendapatkan nilai-nilai tersebut tidak lepas dari ibadah. Sebab itulah dalam berpakaian pun kita dikehendaki mengikut apa yang telah diperintahkan oleh Allah swt. Pun begitu Islam tidaklah terlalu rigid untuk menetapkan nilai pakaian, corak, jenis kain dan sebagainya. Bahkan terpulang kepada kebudayaan dan adab sopan masing-masing umat, asalkan tidak terkeluar dari peraturan yang telah ditetapkan oleh syara’

2. Islam menetapkan, tahap kemuliaan seseorang itu bergantung terus kepada sejauh mana nilai ketaqwaan seseorang itu tanpa sedikitpun melihat kepada aspek berpakaian, kekayaan mahupun kemiskinannya. Harus di ingat, penetapan syara’ berkenaan cara berpakaian itu adalah semata-mata mahukan kemuliaan hambanya berkekalan dan sesuai dengan nilai keinsanan.



Sebagaimana firman Allah dalam surah At-Thin:

“sesungguhnya kami jadikan kamu sebagai sebaik-baik kejadian”

Namun sebaliknya... tidak mengikut cara berpakain yang telah ditetapkan oleh syara’ menyebabkan kemuliaan yang telah diberikan itu ditukar menjadi kehinaan.
Alangkah indahnya sekiranya aturan Allah ini di ikuti tanpa ada rasa kesangsian yang akan menyebabkan kemurkaan Allah swt. Lebih dari itu bukankah tersangat indah andai dalam berpakaian pun kita sentiasa mendapat keredhaan Allah swt. Selebihnya terpulanglah kepada diri pembaca masing-masing untuk samada mengabdikan diri kepada Allah melalui berpakaian ataupun mencari kebencian Allah. (nauzubillahi min zalik) Sekiranya kita mengaku beriman dan ingin mengabdikan diri kepada Allah swt, sedangkan dari segi berpakaian masih lagi mengikut telunjuk kapitalis iaitu sebagai unsur penarik kearah perlakuan maksiat samada diri sendiri mahupun orang lain ataupun untuk mempamerkan nilai ekonomis dari pemakaian anda, percayalah...kita belum lagi termasuk sebagai hamba Allah yang mentaati perintahNya, lebih menyedihkan kita sebenarnya telahpun diperhambakan oleh nilai-nilai kemodenan yang sengaja diprolemirkan oleh yahudi dan nasrani atau lebih tepat sebagai mangsa peradaban bahkan sebagai rakan sekutu syaitan yang ikut sama menyesatkan kaum keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan seluruh umat. Saya pasti kita semua tidak ingin tergolong dalam golongan ini kan? Maka...inilah saatnya seorang muslim dan muslimah sejati tidak akan berpakaian yang boleh menampakkan bentuk badannya walaupun dilapisan kulitnya telah dibaluti dengan pakaian. Jangan jadikan perempuan lain sebagai mangsa syahwat dari lawan sejenis yang sebenarnya bermula dari anda.
Read more

Ramadhan Sia-Sia Tanpa Fokus

Sepertimana yang telah kita ketahui, bulan Ramadhan ada kelebihannya yang tersendiri yang tidak dapat di dalam bulan-bulan lain disamping tuntutan melaksanakan ibadah berpuasa yang menjadi trademark bulan Ramadhan. Kelebihan yang ada merupakan salah satu daripada banyak-banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita diantaranya, Allah menjadikan setiap bulan-bulan Islam itu ada kelebihan dan ceritanya yang tersendiri. Bagi bulan Ramadhan, ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain yang dilakukan akan mendapat ganjaran pahala berganda. Ianya juga menjadi titik tolak kepada keberjayaan seseorang dalam mencapai pangkat 'muttaqin' sebagaimana yang disebutkan di dalam firman Allah s.w.t :

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."
(Surah Al-Baqarah, ayat ke-183).

Ya! Taqwa menjadi kayu ukur kepada pencapaian seseorang itu sebagai hamba Allah. Tanpa taqwa , hidup seribu tahun pun ia tetap tidak berguna. Maka apakah kunci taqwa? Salah satu jawapan yang boleh saya kongsi ialah 'fokus'.



Sebenarnya setiap ibadah yang dilakukan samaada di dalam bulan Ramadhan mahupun diluar bulan Ramadhan perlu kepada fokus. Ibaratnya seperti pertandingan menembak. Mata yang memerhati objek itu tidak boleh hilang fokusnya. Sekiranya si penembak gagal mengawal matanya serta anggotanya supaya sentiasa di dalam keadaan fokus, maka objek yang ditembak pasti tidak mengena. Maknanya di sini, fokus boleh diterjemahkan dengan beberapa maksud. Diantaranya ialah khusyu' dan kata kuncinya ialah sebagaimana sabda Nabi s.a.w:

"Engkau beribadah seolah-olah engkau melihat Allah, maka sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, sesungguhnya Allah melihat kamu."

Di awal surah Al-Mukminun, ada menyatakan bahawa fokus itu merupakan salah satu kunci yang membawa kepada kejayaan.

"Berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyu' di dalam solatnya."

Jika kita lihat, semasa bulan Ramadhan, antara ibadah-ibadah utama yang dituntut untuk dilaksanakan ialah berterawih, membaca Al-Quran dan bersedekah. Maka, yang dikatakan pahala amalan akan digandakan ketika bulan Ramadhan adalah bergantung kepada kualiti dan kuantitinya. Kalau terawih kuantiti rakaatnya banyak akan tetapi fokusnya sedikit , maka ganjarannya berdasarkan apa yang dilaksanakan. Apatah lagi, kalau tiada fokus langsung, maka ibadah tersebut menjadi sia-sia. Saya kadang-kadang terfikir, apakah matlamat kita sebenarnya? Kalau kita kata, kita inginkan keampunan, maka keampunan itu tidak akan diperolehi tanpa fokus.

Contohnya, fokus kita hilang ketika berpuasa atau ketika menunaikan solat terawih. Kita mengisi waktu puasa kita dengan perkara sia-sia bahkan lebih teruk lagi kita tuliskan di buku catatan amalan puasa kita dengan perkara-perkara dosa. Sedangkan, jika keampunan adalah matlamat kita, maka fokuslah kearahnya. Manakala solat yang tidak khusyuk itu sebenarnya tidak lebih hanya menyakitkan pinggang kita dan melenguhkan sendi-sendi kaki yang menahan bebanan berat badan. Maka solat kita musnah tanpa sebarang kesan akibat tiada fokus atau kekhusyukan.

Mungkin ada diantara kita, pernah melalui situasi ini, maka beristighfarlah. Saya yakin, syaitan pasti menyukainya. Diantara janji syaitan ialah mereka ingin melihat manusia berada di dalam keadaan faqir. Iaitu faqir pahala manakala sebaliknya mereka berjanji untuk menjadikan kita orang yang kaya dengan dosa. Bulan Ramadhan adalah bulan jihad. Orang kata syaitan tidak ada, tapi kita tahu nafsu masih ada dan takkan melepaskan kita kecuali maut telah tiba. Dan disitulah peranan jihad.

Jihad juga memerlukan fokus kerana jihad tidak terjadi andai tiada ujian dan cabaran. Maka, nafsu adalah cabaran utama bagi orang yang berpuasa. Contoh fokus di dalam jihad ialah, tidak membiarkan minda kita dikuasai kehendak nafsu yang mengurangkan atau menghilangkan pahala puasa ketika kita menurut kehendaknya yang tidak pernah puas. Puasa adalah perisai. Maka fokus adalah perlu bagi memperolehi puasa yang bermakna. Kalau hampir 14 jam kita menahan lapar dalam sehari, janganlah dengan sekelip mata di waktu berbuka, kita menjadi gelojoh. Sebaiknya berbukalah dengan cara sederhana supaya fokus kita berterusan tanpa gangguan nafsu yang sentiasa menggoda. Oleh sebab itu perut yang lapar dapat menajamkan fikiran manakala perut yang kenyang adalah sebaliknya.

Pengalaman berbuka puasa di dalam bulan Ramadhan adakalanya tidak membawa erti apa-apa jika tidak bersederhana. Natijahnya apabila tiba waktu menunaikan solat terawih, kita gagal memberi fokus melainkan hanya merelakan anggota digerak-gerakkan penuh paksa.

Allah s.w.t berfirman :

"Celakalah bagi orang-orang yang sembahyang, iaitu orang-orang yang lalai di dalam sembahyang mereka."
(Surah Al-Ma'uun : ayat ke-4 & 5)


Akhir kata, saya menyedari hal ini kerana adakalanya atau sering saja kita hilang fokus ketika bersolat begitu juga keadaannya ketika berpuasa. Sebenarnya tazkirah pada malam ini, adalah untuk kita bersama lebih-lebih lagi diri saya. Maka, istighfar dan taubatlah sebagai jalan penghapus dosa. Iaitu dosa di atas fokus yang hilang dan dosa maksiat yang telah dilakukan. Ingatlah bahawa bulan Ramadhan juga adalah bulan taubat dan pengampunan.

"Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala, niscaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."
(HR Bukhari, no. 1901; Muslim, no. 760).

Maka, fokus menjadi aset menuju taqwa. Ramadhan yang dilalui akan menjadi sia-sia tanpa fokus. Bersama jadikan madrasah Ramadhan sebagai momentum perubahan.


p/s: Ia merupakan schedule post..
Read more