Pengumuman khas

Wednesday, July 29, 2009


Read more

Tiba dan Saat masanya

Tuesday, July 28, 2009


Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Setelah 7 bulan lebih Fid berada di Selayang (6 bulan Latihan Industri, 1 bulan cuti), tibalah masanya untuk Fid berpindah ke Politeknik Sultan Idris Shah pada 30hb Julai 2009 (Khamis) di Sabak Bernam yang terletak nun dihujung negeri Selangor berdekatan dengan Selat Melaka selama 2 semester lagi insyaAllah. Terdapat banyak peristiwa-peristiwa sepanjang Fid berada di Selayang dan ada satu peristiwa pahit yang Fid tidak dapat dilupakan sehinggalah kini. Hanya diri Fid sahaja yang tahu disebalik peristiwa itu.

Barang-barang sudahpun dikemas. Banyak la juga barang-barang yang hendak dipindahkan. Lagi-lagi semester ini dekat dengan bulan Ramadhan. Kejap sahaja masa berlalu. Nanti amat sibuklah berada disana dengan menghadiri kuliah, mesyuarat sana sini, merangka program, melaksanakan dan menguruskan program, menyertai program, dan sebagainya. Blog Fid ini juga akan tidak dikemaskinikan untuk beberapa tempoh yang lama. Bergantung kepada internet di PSIS.



InsyaAllah dalam tempoh itu juga Fid akan cuba mengumpulkan beberapa info-info yang boleh kita berkongsi bersama. Dan berkemungkinan besar akan wujud satu komuniti PSIS Blogger dimana hasil cadangan dari Saudara Dzulmajdi dan Saudara Adie berkaitan mewujudkan satu platform komuniti khas untuk para pelajar PSIS yang mempunyai blog mahupun website untuk menjadikan pusat sumber maklumat disamping menghubungkan lagi jaringan antara IPTA mahupun IPTS yang lain.

Nantikan kemunculan info-info terbaru buat tatapan anda semua dan teruskan membaca blog Ilusi dan Realiti. Jika ada sebarang pertanyaan atau apa jua yang ingin anda salurkan, hantarkan ke alamat email Fid yang terletak di Biografi Penulis. Klik disini.
Read more

Pengumuman kepada Pelajar PSIS yang akan menjalani Latihan Industri Sesi Julai 2009

Sunday, July 26, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Kepada semua pelajar Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam yang akan menjalani Latihan Industri Sesi Julai 2009 yang bermula pada 27hb. Julai ini, Fid mendoakan agar anda semua dapat berkhidmat dengan baik dan jayanya di mana jua anda berada. Tidak kira di sektor awam mahupun swasta. Tempuhilah dan timba pengalaman yang mencabar ini di alam pekerjaan. Mungkin ada dalam kalangan anda yang sudah pernah merasai alam pekerjaan dan mungkin juga yang tidak pernah merasai alam pekerjaan.

Ikuti segala peraturan yang telah disediakan oleh pihak syarikat/firma. Jaga adab dan tingkah laku anda semasa anda berada di pejabat, bertemu pelanggan, berada di luar (outstation), dan sebagainya. Yang duduk di rumah sewa, harap jaga diri anda sebaik-baiknya. Janganlah anda dijadikan nasi untuk dibancuh menjadi bubur.



Ambil peluang cerah ini untuk berbakti sepenuhnya agar mungkin di suatu masa nanti jika rezeki ada, maka anda dapat meneruskan pekerjaan di syarikat/firma tersebut selepas tamatnya pengajian anda di PSIS. Kuatkan semangat, tabahkan jiwa, tingkatkan kerohanian, cerdaskan minda. InsyaAllah anda akan berjaya. Selamat menempuhi alam pekerjaan anda sebagai pelatih Latihan Industri. Jagalah nama baik PSIS, bawa nama PSIS ke persada negara MALAYSIA. PSIS pasti boleh.

Disini Fid coretkan pantun 4 kerat buat anda.
Pergi ke tasik mencari memerang,
Bermandi-manda di tepi jeti,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Semoga berjaya menjalani Latihan Industri.



Nota penulis : Ingatilah pesan keluarga. Mereka mendoakan kejayaan kita didunia dan juga diakhirat. Pengorbanan mereka cukup besar. Oleh itu, jangan hampakan mereka. Berusahalah sehinggalah berjaya. Tanpa usaha, kegagalan pasti terasa.



Read more

Tirai Semester 5

Friday, July 24, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Detik 30hb Julai 2009, bermulalah era kembalinya ke tempat pengajian di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam. Labuhnya tirai semester 4 dengan jayanya tamat menjalani Latihan Industri selama 6 bulan. Mendaftarkan diri di PSIS pada tarikh tersebut, banyak perkara yang kini sedang bermain di minda Fid. Semester 5 ini perlu berusaha dengan lebih gigih lagi, cuba menaikkan prestasi yang dahulunya agak merosot, memberanikan diri untuk tampil kehadapan, menggunakan sepenuh pengalaman yang ada pada diri Fid dan bukannya untuk mencari pengalaman lagi.

Semester ini juga perlu memperbaiki subjek yang lemah, terutama sekali 1 subjek semester 3 yang perlu di ulang kembali. Kini fokus dengan penelitian, penyelidikan, kefahaman, dan penghasilan untuk bangkitkan kembali prestasi ini. Sejurus dengan itu, dengan semangat yang baru untuk memimpin organisasi. Dalam masa yang sama, menguruskan perjalanan organisasi ini sehabis mungkin. Didalam masa yang sama juga, menguruskan program-program yang dirangka dan dijalankan. Mungkin ada diantara kita ingin mengundurkan dirinya namun kita tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja. Ia perlu diteruskan, walau susah mana, kepenatan dirasa namun hasilnya pasti membawa hasilnya.



Didorong dengan pelbagai ujian yang Fid perlu tempuhi kemudian hari, disusuli dengan sifat kesabaran dan ketabahan, berganding bahu didalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Dahulunya Fid pernah melontarkan rasa ingin mengundurkan diri didalam blog ini, namun dengan nasihat dari rakan-rakan seperjuangan yang memahami akan diri Fid, Fid cuba tenangkan fikiran dengan mengambil masa yang sangat lama. Tempohnya memang lama, sehinggakan tidak lena untuk melabuhkan badan Fid berehat sejenak. Minda sering terganggu dahulu. Inikah ujian yang amat besar dihadapi oleh Fid?

Namun, untuk tirai Semester 5 ini mampu membawa perubahan yang besar dalam diri Fid, masih memperbaiki diri ini yang kurang dari orang lain. Dan mungkin juga ada yang lebih teruk dari Fid sendiri, namun dengan daya usaha untuk membawa kearah transfomasi pasti hasilnya dapat kita merasai. Namun jika usaha tidak seikhlas mana, pasti kecundang di muara sungai yang cetek alirannya.

Bila difikirkan balik, terasa diri Fid ini tidak layak. Walaupun ada segelintir orang yang tidak suka akan kata-kata dari Fid, namun sifat merendah diri sejak kecil lagi biasa menjadi rutin harian. Mungkin ada segelintir orang yang hanya peka terhadap luaran Fid yang menganggap tiada apa-apa masalah dalam diri Fid, namun dalaman ada disebaliknya. Semua orang tidak terkecuali sebenarnya. Ada juga ditimpa pelbagai bencana didalam dirinya. Hanya berbekalkan keimanan dan ketaqwaan sahaja yang mampu menahan diri dari perkara-perkara ini. Kezaliman dan kemungkaran cukup banyak disisi kita namun sejauh mana tahap kesedaran kita untuk kembali ke pangkal jalan yang lurus?

Terpaku dirinya melihat aku
likuan cabaran dan dugaanku
diharungi tanpa dituju.

Nota penulis :
Penulisan ini bukanlah semata-mata lakonan namun apa yang hendak disampaikan ini merupakan realiti penulis dalam dirinya. Fid harap ini bukanlah untuk menimbulkan syak mahupun menimbulkan apa-apa perasaan. Oleh itu, Fid memohon maaf sekiranya penulisan ini mengganggu pemikiran dan hati pembaca..

Wassalam....
Read more

Doa bagi mengeratkan lagi perhubungan

Thursday, July 23, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera Fid ucapkan kepada semua pembaca Ilusi dan Realiti. Disini Fid ingin berkongsi dengan anda sesuatu perkara yang boleh kita jadikan amalan. Ini adalah bingkisan doa buat pasangan anda yang belum mendirikan rumahtangga, yang akan mendirikan rumahtangga, yang sudah mendirikan rumahtangga. Tidak kira muda mahupun tua sama-sama kita mohon agar hubungan yang telah dicipta dapat mengeratkan lagi disamping mengukuhkan lagi keimanan didalam diri kita.


Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin.


Nota dari penulis : Jika ada kesilapan yang ada pada doa ini harap anda sebagai pembaca Fid minta untuk meninggalkan mesej, komen, pandangan, cadangan untuk kita sama-sama perbetulkan dan berkongsi ilmu. Fid didalam usaha memperbaiki diri Fid disamping cuba sampaikan pada rakan-rakan yang lain..
Read more

Dipimpin Atau Memimpin

Tuesday, July 21, 2009

Setiap individu yang berfikiran waras dan matang haruslah sentiasa bersedia dan kehadapan dalam isu-isu memilih pimpinan ini, mengenal seseorang pemimpin melaui sikap, kecenderungan dan kekuatan pemimpin itu haruslah menjadi salah satu resepi bagaimana seseorang individu menilai bakal pemimpin yang mereka inginkan.

Tidak kira siapapun, kita diberi Allah S.W.T kelebihan masing-masing, samada kita diberikan kuasa selaku pemimpin, kita harus adil kepada diri sendiri dan orang dibawah kita, samada kita selaku orang yang dipimpin kita punya hak untuk menjadi rakyat yang matang dan profesional dalam menilai pemimpin kita.

Samada DIPIMPIN atau MEMIMPIN semuanya harus kembali kepada ALLAH S.W.T, yang lebih MAHA BERKUASA kepada hambaNYA.



Ramuan Memilih Pemimpin

Ada yang mengatakan kita harus memilih pimpinan yang benar-benar mengikut ciri-ciri Muslim sejati dan “Perfect”, ada pula yang berpendapat seseorang pimpinan itu haruslah bijak pandai dalam pelajaran dan ada pula yang berpendapat pemimpin itu dipilih kerana hubungannya dengan rakyat bawahan serta macam-macam lagi kaedah yang begitu subjektif untuk kita membenarkan ia sebati dan sempurna bila diadun.

Bersikap adil pada kehendak sosial haruslah difikirkan dengan lebih terbuka dikalangan kita. Menjadi “Juri” merupakan salah satu pilihan yang harus dipilih oleh kita sebelum menjadi “Hakim” terhadap pimpinan yang bakal dipilih.

Keadaan masyarakat, suasana sosial, kehendak sekeliling haruslah diambil kira dalam menilai siapakah pimpinan yang bakal menerajui sesebuah oraganisasi itu.


Silap Memilih, Hancur Bersilih

Silap menilai untuk memilih pemimpin yang terbaik seringkali menjadi kesalahan utama buat kita. Kesannya cukup-cukup terasa bila anda berada disisi pimpinan. Inilah kesilapan yang benar-benar membuatkan sesebuah organisasi itu hancur bersilih ganti, bila “warisan” ini dikekalkan dan diturunkan ia tidak mampu menjanjikan sesuatu perubahan, malah ia “menjanjikan” satu keadaan yang amat kucar-kacir.

Kerana simpati dan menjaga dasar-dasar persahabatan yang ikatannya yang dikatakan lebih dari saudara, kita sanggup menggadai kepentingan sosial yang jauh lebih utama untuk difikirkan dan dek kerana kemahsyurannya, kita kehilangan dan seolah-olah buta melihat manusia lain yang jauh lebih berbakat dan dek kerana secubit jasa yang kita pernah terima, kita tertutup minda untuk menilai pimpinan yang kita pilih dengan lebih mendalam.

Ianya jadi beban, beban yang berat bagi mereka yang merasai. Tidak dinafikan ianya cukup-cukup susah dan kritikal untuk dinilai, namun ianya satu yang subjektif untuk kita kaji serta huraikan dengan lebih terperinci siapakah pimpinan yang bakal kita pilih dan ianya bukan objektif untuk terus kita tentukan.

Itu kelebihan perkara yang subjektif. Tidak perlu tepuk dada tanya selera. “ketuk hati dan akal, selera itu pelbagai-bagai”.


"Walk The Talk"

Penghayatan pada bicaranya dan bertindak mengikut bicaranya kemudian merubah bermula dengan dirinya sendiri. Siapapun kita bila menjadi pemimpin, kaedah ini haruslah dijadikan sandaran yang terbaik dalam melaksanakan “kerja” yang diberi.

Kita haruslah berani untuk menjadi seorang yang mampu melaksanakan perubahan didalam organisasi yang diceburi. Bekerja di atas dasar “tradisi” membuatkan organisasi berada di tampuk yang lama. Statik dan susah berubah.

Berubah merupakan kunci yang cukup-cukup penting dalam sesebuah kepimpinan, ia juga merupakan salah satu perkara yang harus diambil kira oleh mereka yang dipimpin untuk merubah pimpinan yang benar-benar berjaya. Memilih pemimpin adalah kerana prinsip, falsafah dan nilai yang mereka perjuangkan untuk rakyat. Kuasa adalah amanah dan kuasa adalah tanggungjawab.


Sejarah Satu Pengajaran

Sejarah mendidik kita untuk jauh menilai sesebuah kepimpinan itu dengan lebih matang dan terbuka. Walaupun hanya diperingkat bawahan, namun nilai dan pengajaran dalam sejarah kepimpinan harus diambil kira dan dihayati.

Sejarah membuktikan keberjayaan sesuatu bangsa dan negara itu bukanlah hadir semata-semata kerana kemajuan dan kemodenan semata-mata, namun sikap moral dan sosial sesebuah bangsa yang dipimpin oleh pemimpin yang benar-benar berprinsip teguh yang menjadikan negara itu maju dan berjaya.

Apabila Saidina Abu Bakar Al-Sidiq dipilih menggantikan tampuk pemerintahan Rasulullah S.A.W, Saidina Abu Bakar berucap di tengah-tengah rakyatnya . “Saya telah diangkat menjadi ketua saudara sekalian walaupun saya bukanlah orang yang terbaik di antara saudara. Sekiranya saya berbuat baik, berikanlah pertolongan kepada saya, dan sekiranya saya melakukan kesalahan, betulkanlah kesalahanku itu. Ikutlah saya selagi saya menuruti perintah Allah dan Rasulnya, dan sekiranya saya mengingkari (perintah) Allah dan Rasulnya, saudara sekalian tidaklah patut taat kepadaku lagi.”

Konsepnya cukup cantik dan sempurna. Rendah diri dan berpegang pada prinsip membuatkan pemimpin itu disegani rakyat dan disayangi, dek kerana keluhuran budi yang pemimpin itu miliki, negara yang asalnya “ARANG HITAM” bisa bertukar menjadi “BERLIAN MEWAH”.

Kita selusuri pula sejarah pemerintah-pemerintah yang digulingkan rakyat, semuanya kerana apa? Semuanya kerana kesalahan yang pemimpin itu sendiri tidak mampu selindungkan, dinaikkan hanya kerana kerana nama serta dilantik hanya kerana kemahsyuran, bukan pada prinsip, idea dan perjuangan demi rakyat.

Betapa hinanya Ferdinand Marcos di Filipina yang digulingkan melalui “kuasa rakyat” kerana kesilapannya menjadi pemimpin, beliau “diratah” rakyatnya kerana membencikan beliau dan inilah juga caranya Presiden Suharto terpaksa meletakkan jawatannya setelah dipaksa oleh protes popular rakyat Indonesia begitu juga kisah maharaja Syah di Iran yang dijatuhkan takhtanya akibat revolusi rakyat Iran, semuanya kerana apa?

Tanpa prinsip dan kebijakan bersosial, siapapun boleh jatuh. Kini kita sudah jauh dihadapan, warga muda haruslah memandang jauh kehadapan. Kualiti pemikiran kita yang benar-benar matang merupakan ukuran asas untuk kita menentukan dunia masa akan datang. Segala terletak di tangan kita dan di AKAL FIKIRAN kita. Tiada manusia yang sempurna, namun tidak salah mempelajari kesempurnaan. Sekadar sumbangan fikrah untuk dihayati dan didengari.


Sumber : Iluvislam
Read more

Peristiwa Israk dan Mikraj

Sunday, July 19, 2009


1. Sebelum Israk dan Mikraj


Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (’alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.


2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

  • Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :



  • Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  • Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
  • Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
  • Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  • Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
  • Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
  • Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  • Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  • Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
  • Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
  • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
  • Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
  • Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

  • Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
  • Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
  • Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
  • Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
  • Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
  • Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
  • Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
  • Langit Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
  • Langit Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
  • Langit Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud A.S kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. dibawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

4. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..



Sumber : Anythingphoto
Read more

Coretan terlintas di fikiran kembali

Thursday, July 16, 2009


Mula-mula salam perkenalan,
kemudian perkenalan dibalas dengan senyuman.
Bila sudah ada kenalan,
tercipta satu puisi persahabatan.
Bila persahabatan sudah berkekalan,
timbul sifat kepelikan.
Bila kepelikan sudah dirasa,
bermanja-manja la pula.
Bila sudah bermanja-manja,
wujud isihati cinta.
Bila sudah mengenal isihati cinta,
pantang larang wajib dijaga.
Bila pantang larang tidak mampu dijaga,
adakan satu perjumpaan dengan keluarga.
Bila keluarga berpuashati dengan kita,
laksanakanlah akad nikah.

Read more

Kisah-Kisah Motivasi

1. KISAH ORANG JEPUN DAN IKAN JERUNG

Masyarakat Jepun begitu menggemari ikan yang segar. Akan tetapi, bekalan ikan di lautan Jepun adalah terhad. Maka, para nelayan terpaksa menangkap ikan di kawasan laut dalam yang lebih jauh daripada daratan.Maka, semakin jauh ke laut dalam, semakin lama masa yang diambil untuk membawa balik ikan ke daratan. Syarikat perikanan ini mendapat satu jalan penyelesaian dengan menyediakan peti sejuk beku di dalam bot. Akan tetapi, masalah tetap muncul yang mana ikan menjadi tidak segar selepas beberapa hari di lautan. Orang jepun tidak menggemari ikan yang tidak segar! Maka, harga ikan sejuk beku ini dijual dengan harga yang lebih murah kerana permintaan yang rendah.

Syarikat ini tidak berputus asa untuk mencari penyelesaian dan akhirnya telah mengemukan idea dengan menyediakan tangki ikan! Teorinya begini, ikan hidup yang ditangkap akan terus dimasukkan ke dalam tangki ikan hidup-hidup! Maka, ikan tersebut di bawa balik ke daratan dalam keadaan hidup-hidup. Akan tetapi, masalah tetap timbul kerana walaupun ikan tersebut masih hidup, tetapi masyarakat jepun tidak dapat merasai kemanisan ikan yang segar. Hal ini adalah kerana ikan tersebut menjadi pasif yang menyebabkan daging ikan tidak segar.Maka, syarikat perikanan ini terus bertungkus-lumus memerah idea bagi menyelesaikan masalah ini.



Akhirnya timbul satu idea yang cukup bernas bagi mengatasi masalah yang timbul. Syarikat ini masih mengekalkan konsep yang sama iaitu menyimpan ikan di dalam tangki air yang ditambah dengan ikan jerung kecil di dalamnya! Walaupun terdapat ikan yang menjadi mangsa kepada ikan jerung ini, akan tetapi kebanyakan ikan masih lagi hidup apabila sampai ke daratan. Ikan yang dibawa balik mendapat permintaan yang tinggi kerana ikan ini masih segar dan isinya manis. Hal ini adalah kerana, ikan-ikan ini terpaksa berenang dengan aktif untuk mengelakkan diri daripada di makan oleh jerung tadi.

Ironinya cerita ini dengan kehidupan kita seharian adalah kita menganggap cabaran dan dugaan sebagai ikan jerung kecil yang menjadikan kita sentiasa bersedia, bertenaga dan aktif. Ikan jerung ini juga menjadikan kita lebih bijak, berusaha secara berterusan dan berdaya saing dalam kehidupan seharian. Jadi jika kita malas dan tidak berusaha, pastilah kita akan menjadi mangsa kepada jerung kecil ini bukan? Bersyukurlah kita kepada Allah kerana menganugerahkan kita " seekor ikan jerung kecil" dalam kehidupan kita seharian yang menjadikan kita lebih berusaha, berdaya saing dan menjadi lebih baik daripada semalam.

لَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ

'Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.' (Al-Ankabut:3)




2. KISAH PETANI DENGAN BIJI BUAH OREN

Terdapat seorang petani yang tinggal di kawasan kampung yang mengusahakan ladang buah oren.Petani ini terkenal dengan kejayaannya menghasilkan buah oren yang bermutu tinggi dan manis. Pada suatu hari, seorang jirannya datang untuk meminta biji buah oren tersebut. Maka, petani itu dengan senang hati memberikan biji buah oren tersebt kepada jirannya itu.

Jiran tersebut sangat gembira, lalu menceritakannya kepada jiran-jiran yang lain. Maka, sikap pemurah hati petani tersebut tersebar ke pelosok kampung.Maka, ramailah jiran-jiran yang lain datang untuk meminta biji buah oren tersebut. Petani tersebut memberikan biji benih tersebut dengan senang hati. Dalam masa yang sama, anak petani tersebut berasa kehairanan dengan sikap bapanya itu.

Maka, pada suatu hari dia pun bertanya kepada ayahnya,"Ayah tak risau ke kalau ayah bagi biji benih buah oren ini pada semua orang, nanti buah oren kita dah tak unik lagi?” tanya sang anak kepada ayahnya. Ayahnya menjawab, "Memahami sesuatu dalam hidup adalah sangat penting dalam kehidupan. Apa sahaja yang kita buat memberi kesan pada orang lain. Apa yang orang lain buat juga akan memberi kesan kepada kita." "Saya tak paham la ayah",kata anaknya dengan kehairanan. "Kita kena pastikan buah oren kita sentiasa berkualiti bukan? Angin akan membawa debunga dari buah oren yang matang dan menyebarkannya ke tempat lain. Sifat angin itu sendiri tidak memilih debunga apa yang dibawanya, maka angin akan membawa debunga biji oren kita dan debunga yang lain dan debunga tersebut akan......” sambung ayahnya.


Tiba-tiba anaknya mencelah "Saya dah faham ayah! Kesemua debunga ini akan bersenyawa secara bersilang yang mana, cepat atau lambat akan mempengaruhi buah oren kita kan?” kata anaknya dengan penuh bersemangat. "Jadi, untuk memastikan kualiti buah oren kita tetap terjaga, jiran-jiran kita yang lain juga perlu mempunyai buah oren yang berkualiti juga” kata ayahnya dengan senyuman terukir di bibir.

Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita berkongsi "biji benih" kita dengan orang lain? Apa yang terbaik yang kita berikan kepada orang lain insyaAllah, akan mendapat ganjaran yang jauh lebih baik daripada Allah swt.

الَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِن قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِّمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ ۚ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

'Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. ' (Al-Hasyr:9)


*Petikan daripada buku ”Life is an open secret: Think about it” by Zabrina A. Bakar


Sumber : www.iluvislam.com : Hasmilia
Read more

Lirik Minggu Ini


Far East - Khalifah

Abu Bakar As-Siddiq
Umar bin Al-Khattab
Usman Bin Affan
Ali Bin Abi Talib
Khalifah-khalifah dunia Islam

Khalifah pertama Abu Bakar As-Siddiq
Membenar kata nabi sahabat setia
Antara insan pertama memeluk Islam
Disegani pekerti mulia

c/o
Abu Bakar As-Siddiq
Umar bin Al-Khattab
Usman Bin Affan
Ali Bin Abi Talib
Khalifah-khalifah dunia Islam

Khalifah kedua Umar Bin Al-Khattab
Khalifah berani berjiwa mulia
Diberi gelaran Amirul Mukminin
Panglima agung orang mukmin

Khalifah ketiga Usman Bin Affan
Perjanjian Hudaibiyah tanda pengorbanan
Berani dan berbudi taat dan setia
Insan dermawan untuk agama

Khalifah keempat Ali Bin Abi Talib
Sepupu Rasulullah suami Fatimah
Kanak-kanak pertama yang memeluk Islam
Berilmu tinggi gagah dan berani


Read more

Ulangtahun Berblogging

Monday, July 13, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para blogger tidak kira usia dan dimana jua anda berada. Semoga anda senantiasa diberi pelindungan dan kesejahteraan oleh Allah s.w.t.

Fid memohon maaf terlebih dahulu kerana sudah lama tidak mengemaskini blog Fid. Fid baru-baru ini terlibat dengan Minggu Suai Kenal sesi Julai 2009 di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam sebagai Pembantu MSK (wakil Persatuan Ukhuwah). Keletihan juga menjaga dari pagi sehinggalah ke malam adik-adik baru ini. Tetapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan jayanya. Untuk lebih lanjut boleh klik disini.



Sedar tidak sedar rupa-rupanya sudah setahun Fid bertapak sebagai blogger. Bermula tidak silap Fid dalam pertengahan bulan Julai 2008 dimana Fid mula berjinak-jinak dengan dunia maya ini iaitu blog semasa senior Fid menjemput Fid ke dalam blog Pusat Islam PSIS. Kini blog tersebut tidak lagi digunapakai kerana sudah bina link blog baru iaitu Ukhuwah Society PSIS. Didalam masa setahun ini, pelbagai maklumat yang Fid terima disamping Fid mendalami lagi ilmu blog ini dengan bantuan dari rakan-rakan blogger yang lain. Fid teringin hendak menyertai Nuffnang apabila segalanya Fid selesai urusan dan menjalani setahun berblogging namun sudah terlewat Fid rasa kerana tidak lama lagi Fid akan sambung study lagi untuk semester 5 di PSIS penghujung Julai ini. Mungkin Fid akan menyertai Nuffnang selepas tamat pengajian di PSIS rasanya. Setahun lagi untuk meneruskan perjuangan ilmu di PSIS ini insyaAllah doakan Fid agar semuanya berjalan dengan lancar dan berjaya di menara gading ini.

Segala bentuk penulisan tidak kira secara langsung mahupun tidak langsung Fid memohon maaf dari hujung kaki ke hujung rambut sekiranya apa jua yang terdapat didalam blog Fid ini menimbulkan rasa tidak puas hati, iri hati, dendam, marah, sedih, dan pelbagai sifat negatif. Fid cuma ada sedikit kelebihan tetapi paling banyak kelemahan. Yang buruk itu datang dari kesilapan Fid sendiri dan yang baik itu datang dari Allah s.w.t. Apa Fid luahkan ini adakala berkait dengan pemikiran Ilusi Fid sendiri dan peristiwa-peristiwa yang sudah berlaku menjadikan ianya Realiti. Itulah dia Ilusi dan Realiti.

Fid ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi membaca blog Fid yang tidak seberapa ini namun menjadikan media perkongsian dengan anda disamping merapatkan lagi ikatan persahabatan antara blogger yang lain. Terima kasih yang sudi mengikuti blog Fid entri demi entri tanpa rasa jemu. Terima kasih juga kepada semua yang telah memberikan komen, pandangan, cadangan, mahupun semangat Fid yang dahulu Fid jatuh kerana perkara-perkara tertentu. Tanpa anda semua mungkin bagi Fid agak sukar untuk menyelesaikan masalah yang sering dihadapi oleh Fid. Fid harap anda teruskan berblogging dan kepada yang baru lagi anda jangan mudah putus asa okey..

Wassalam..
Read more

Pengalaman menyertai Minggu Sual Kenal Sesi Julai 2009

Sunday, July 12, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selama seminggu Fid berada disini sebagai pembantu MSK sesi Julai 2009. Ini sudah kali kedua Fid menyertai MSK yang pertama kalinya semasa MSK sesi Julai 2008. Terlibat dengan Pembantu MSK kerana ditawarkan oleh senior Fid iaitu saudara Ismail bin Zul Muhammad pada hari khamis sebelum Fid pulang ke PSIS. Pada hari itu juga diberi keputusan atas perbincangan mak Fid dan juga Saudara Ahmad Zulhilmi melalui Yahoo Messenger. Keputusan muktamad diberikan pada jam 11 malam tidak silap Fid lalu memberikan nama penuh beserta nombor kad pengenalan pada saudara Ismail. Segera Fid mengemas pakaian dan peralatan mandi sementara.

Alhamdulillah perjalanan ke PSIS lancar walaupun ada kelewatan sedikit untuk mengambil 2 orang rakan seperjuangan Fid iaitu Naqib dan Ahmad Zulhilmi di Perhentian KTM Sg. Buloh pada jam 9.30 pagi. Sepanjang perjalanan kami cerita tidak henti-henti dari bergelak ketawa hingga ke soal serius.



Singgah sementara di kampung Fid di Kampung Binjai Jaya Parit 17 Sg Panjang untuk ziarah datuk belah ibu Fid. Kemudian kami bertolak ke pekan Sg, Besar dimana perut masing-masing didalam keadaan kelaparan. Mana tidaknya, tidak sarapan dari rumah maka kami makan di pekan tersebut merangkap sarapan dengan makan tengahhari. Selepas makan di pekan, kami terus bertolak ke Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam. Setiba disana pada jam 2 petang, ada perubahan sedikit terhadap persekitaran PSIS. Air tasiknya yang cantik, papan tanda jalan yang baru, Pusat Islam yang sudah dinaiktaraf sistem pembesar suara. Namun fasiliti PSIS masih lagi terdapat kekurangan seperti wireless, Kamsis, dan sebagainya. Sejurus melihat keindahan alam PSIS, kami terus mendapatkan kunci asrama di Pejabat Asrama.

Kami dapat bilik A3 tingkat atas sekali. Betapa penatnya kami bertiga naik membawa barang-barang kami. Semput jadinya. Malam itu pula, ada perjumpaan dengan semua Pembantu MSK untuk dibahagikan tugas-tugas sepanjang MSK berlangsung. Kami diberi tugas untuk hari pendaftaran pelajar baru semester 1 (Ahad) sebagai Kawalan Trafik. Dapat juga lihat wajah-wajah walaupun mereka didalam kenderaan. Hehehe... Pelbagai reaksi antaranya gembira, sedih, pelik, dan penat. Mana tidaknya, PSIS terletak di pedalaman yang jauh berdekatan dengan Selat Melaka. Kemudian, selepas selesai tugas Fid sebagai Kawalan Trafik, Fid, Ahmad Zulhilmi, dan Naqib ditugaskan hanya di Pusat Islam. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan jayanya dari Ahad sehinggalah Khamis program terakhir adalah slot khas bertajuk "Madah Muqaddimah" dipimpin oleh Fid sendiri. InsyaAllah video-video yang sempat diambil ini akan di uploadkan di 4shared.com dan sendspace.com. Anda boleh muat turun video tersebut dibahagian bawah entri ini. Link sudah disediakan.

Sepanjang perjalanan MSK kali ini, ia amat menyeronokkan dengan telatah lucu mereka. Ada yang terjatuh didalam longkang, terlanggar pintu, kunci bilik tertinggal didalam bilik, dan banyak lagi. Tetapi, mereka adalah yang terbaik dengan rasa hormat mereka kepada senior-senior yang menjaga mereka selama seminggu.

Kami mengharap sangat agar mereka junior-junior baru ini tidak terperdaya dengan ajukan yang melalaikan oleh segelintir senior-senior yang akan daftar diri di PSIS pada 30 Julai nanti. kerana kami sudah pupuk mereka kearah jalan yang diredhai.

Akhir sekali, kami mendoakan agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran politeknik dan berjaya didalam hidup.

p/s: Kepada saudara Naqib dan juga kepada semua pelajar yang akan menjalani Latihan Industri sesi Julai 2009, semoga berjaya menempuhi pelbagai onak cabaran yang bakal anda lalui.

* Entri ini sekadar rumusan keseluruhan. Kalau hendak ceritakan, pasti para pembaca tidak sanggup membaca panjang menjela. Hehehe... Jangan marah.

* Makluman kepada anda semua bahawa tidak silap Fid hampir 1200 orang pelajar baru semester 1 yang mendaftar diri di PSIS, 1400 orang pelajar yang dapat tawaran ke PSIS, dan 1500 orang pelajar yang memohon pengajian di PSIS


Galeri Foto
- Telatah Kami [Klik disini]
- Pelajar semester 1 [Klik disini]

Video Clip (boleh dimuat turun)
- Perjalanan MSK Sesi Julai 2009
Klik disini [link 4shared] *preview & download only
Klik disini [link sendspace] *download only

- Kuliah Maghrib oleh Ustaz Khir
part 1, part 2, part 3 [link 4shared] *preview & download only
part 1, part 2, part 3 [link sendspace] *download only

- Slot Khas "Madah Muqaddimah"
Klik disini [link 4shared] *preview & download only
Klik disini [link sendspace] *download only
Read more

Bertugas di PSIS untuk Minggu Suai Kenal Sesi Julai 2009

Thursday, July 2, 2009


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Disini ingin Fid memberitahu kepada anda bahawa Fid akan terlibat didalam Minggu Suai Kenal Sesi Julai 2009 pada 5 hingga 10hb. Julai 2009. Fid akan bertolak kesana pada hari Sabtu 4hb Julai 2009 untuk daftar diri pada jam 4 petang. Sehubungan dengan itu, Fid tidak akan berada diruang maya bermaksud online sepanjang tempoh Minggu Suai Kenal berlangsung.

InsyaAllah Fid akan cuba masukkan beberapa gambar dan jalan penceritaan sepanjang Fid bertugas sebagai AJK Minggu Suai Kenal. Doakan agar perjalanan lancar dan sempurna.

*kepada sesiapa yang ingin meninggalkan mesej, anda boleh berbuat demikian di Ruangan Sembang atau klik disini



CINTA INI HATI INI

Kerinduan diriku bertambah lagi
Menantikan dirimu saat berjumpa lagi
Dimana sahaja kita berada
Hubungan ini tetap kita pegang jua.

Saat berbicara denganmu
Hati ini amat memahamimu
Jiwa mengikutimu
Perasaan menguasaimu.

Jika kehidupan kita sampai disini
Akan diriku mengingati akan dirimu
Melimpah-limpah mendoakan dirimu
Agar kita pasti diketemukan satu hari nanti
.

Hasil Nukilan oleh Firdausi pada 2 Julai 2009
Read more

Anime : Wangan Midnight



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Anime kali ini Fid ingin berkongsi dengan anda "Wangan Midnight". Cerita anime ini tidak silap Fid dikeluarkan pada tahun 2007. Bagi Fid, cerita ini seakan Initial D tetapi ia lebih kepada modifikasi dan kelajuan didalam dunia permotoran. Fid sudah tengok cerita ini dan ia memang menyeronokkan seakan Fid yang berada didalam penceritaan itu. Fid sudah sediakan link untuk muat turun. Terpulang kepada anda untuk sanggup atau tidak. Hehehe... Link ini diupload oleh Fid sendiri melalui sendspace.com

Sinopsis :

The story gets its roots from the actual street racing that occurs on Tokyo's Shuto Expressway, one stretch of which is known as the "Wangan" — literally meaning "bay side" although it is generally used to refer to the freeway — the longest, straightest road in the entire country. [3]. There is also road traffic to contend with, including a fair number of heavy trucks. Because of this, the action is inherently hazardous, and wrecks are common. Blown engines are also a frequent hazard, especially with the extremely high power engines.



One day, Akio Asakura, a high school student who is in his last year of study, is driving his Fairlady Z (Z31) when he challenges Tatsuya Shima, a doctor, in his black Porsche 911 Turbo (964), nicknamed the "BlackBird". With his friend in the passenger seat and two girls in the back, Akio attempts to win, but is defeated. Determined to become faster, he goes to the junkyard because his mechanic friend tells him he saw a wrecked Fairlady S30 just like Akio wanted. When he sees the damaged midnight blue Fairlady Z (S30) in the junkyard, he remembers seeing this car a few years ago with a nice girl in the passenger seat. Intrigued as to why such a classic Japanese performance vehicle is about to be junked, he convinces the junkyard owner to sell it to him. The junkyard owner was told by the previous owner to scrap the car because it is cursed. He soon finds that the car is unnaturally fast due to a tuned L28 engine, bored and stroked to 3.1 L and fitted with twin turbos. He also finds that the one of the car's previous owners shares his first and last name, and had died in a horrible crash on the Wangan. Every person who takes possession of the Z ends up spinning out of control and crashing, as if the car is rebelling against its driver. This gives the blue Z the nickname "The Devil Z". The manga follows Akio's various encounters with people on the Wangan, though the central plot revolves around his constant battle with the BlackBird for Wangan superiority.

Link download :

Wangan Midnight.part01.rar
Wangan Midnight.part02.rar
Wangan Midnight.part03.rar
Wangan Midnight.part04.rar
Wangan Midnight.part05.rar
Wangan Midnight.part06.rar
Wangan Midnight.part07.rar
Wangan Midnight.part08.rar
Wangan Midnight.part09.rar
Wangan Midnight.part10.rar
Wangan Midnight.part11.rar
Wangan Midnight.part12.rar
Wangan Midnight.part13.rar
Wangan Midnight.part14.rar
Wangan Midnight.part15.rar
Wangan Midnight.part16.rar
Wangan Midnight.part17.rar
Wangan Midnight.part18.rar
Wangan Midnight.part19.rar
Wangan Midnight.part20.rar
Wangan Midnight.part21.rar
Wangan Midnight.part22.rar
Wangan Midnight.part23.rar
Wangan Midnight.part24.rar
Wangan Midnight.part25.rar
Wangan Midnight.part26.rar
Wangan Midnight.part27.rar
Wangan Midnight.part28.rar
Wangan Midnight.part29.rar
Wangan Midnight.part30.rar
Wangan Midnight.part31.rar
Wangan Midnight.part32.rar
Wangan Midnight.part33.rar
Wangan Midnight.part34.rar
Wangan Midnight.part35.rar
Wangan Midnight.part36.rar
Wangan Midnight.part37.rar
Wangan Midnight.part38.rar
Wangan Midnight.part39.rar
Wangan Midnight.part40.rar
Wangan Midnight.part41.rar
Wangan Midnight.part42.rar
Wangan Midnight.part43.rar
Wangan Midnight.part44.rar
Wangan Midnight.part45.rar
Wangan Midnight.part46.rar
Wangan Midnight.part47.rar
Wangan Midnight.part48.rar
Wangan Midnight.part49.rar
Wangan Midnight.part50.rar
Wangan Midnight.part51.rar
Wangan Midnight.part52.rar
Wangan Midnight.part53.rar
Wangan Midnight.part54.rar
Wangan Midnight.part55.rar
Wangan Midnight.part56.rar
Wangan Midnight.part57.rar

*jikalau anda tidak nampak link tersebut di sendspace, refresh page anda tersebut dengan menekan butang F5 di papan kekunci anda.
Read more