Perjalanan bermula disini

Wednesday, May 13, 2009


Hai, saya Uzumaki Naruto

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua para pembaca blog. Apa khabar anda sekarang ini? Harap anda dalam keadaan sihat wal-afiat senantiasa. Untuk topik kali ini hanya ingin berkongsi dengan anda bagaimana saya berminat untuk menulis blog dan dari mana bermulanya saya bertapak meminati blog.

Alkisah.....

Hehehe... Dahulunya saya bermula dari friendster's blog pada bulan Julai 2008.. Dari situ saya mulakan dengan perlahan-lahan memaparkan catatan personal saya di sana. Diberi nama blog "Akira Yamaguchi" bertemakan "Bermulanya disini". Nama tersebut datang dari salah satu aplikasi mengenai nama-nama Jepun lalu apabila ternampak nama ini lalu saya menggunakannya. Entah kenapa bunyi macam sedap je. Ingat lagi url friendster's blog saya. www.akirayamaguchi.friendster.com namun ianya sudah ditutup oleh saya.

Dipelantar Blogger pula saya dijemput oleh senior saya Saudara Suhaimi untuk menguruskan web blog Pusat Islam PSIS. Beliau meminta email saya dan rakan-rakan seperjuangan Majlis Tertinggi Jawatankuasa Pusat Islam PSIS untuk dijemput menggunakan web tersebut.

Pedang kita kuat sampai jadikan tongkat

Senang untuk memberitahu pengumuman-pengumuman atau apa jua info-info yang ingin dimasukkan namun terkubur juga web itu. Dan dari situlah saya membawa era yang baru menulis blog menggunakan Blogger. Pada mulanya memang zero tidak tahu apa-apa mengenai Blogger namun dengan daya usaha bersama dengan rakan saya belajar mentrasformasi blog saya. Dahulunya menggunakan nama blog "Shinodafid" bertemakan "Catatan Nukilan". Pelbagai saya masukkan info-info sehingga satu hari saya dikuarantinkan akan info-info blog saya yang lebih ditujukan kepada orang lain sedangkan diri saya tidak memikirkan hati seseorang. Agak sukar sekali hendak membuat blog untuk menjaga hati orang lain. Hampir 1 bulan saya tidak sentuh blog saya akan dikuarantin. Namun dengan sokongan rakan-rakan saya akhirnya sambung dengan semangat yang baru yang diberikan nama blog saya sendiri "Firdausi" bertemakan "Antara Cetusan dan Inspirasi". Mungkin ada diantara kita yang memikirkan saya lebih meniru tema namun ada perkara yang kita perlu tiru dan ada perkara juga yang kita tidak perlu tiru.

Pelbagai info-info yang saya masukkan disamping mempelajari dan berkongsi ilmu dengan rakan-rakan lain tidak kira ahli Blogger mahupun orang luar. Pelbagai dugaan, cabaran, suka, duka, dan sebagainya namun kita hendaklah mengharungi bersama. Alhamdulillah, blog saya disambut dengan baik sekali walaupun ada komen dan pandangan dari pihak tertentu yang tidak setuju akan blog saya namun kita hendaklah menerima agar kita cuba memperbaiki kelemahan yang ada pada kita.

Walaupun ianya di Alam Maya namun kita boleh juga mempelajari, memahami, berkongsi perkara-perkara positif yang mampu mengubah kita di masa akan datang. Jadi, itu sahaja perkara yang ingin saya kongsi bersama dengan anda. InsyaAllah, paparan yang lebih panas dan padat akan saya terbitkan.

Wassalam...

0 comments: