Keinginan Lelaki vs. Perempuan part 4

Sunday, May 10, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog saya yang tidak seberapa rupanya. Huhu.. Sihat? Harap anda berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. Lama juga saya tidak mengemaskini blog ini. Itu pun hanya mengubah posisi widget, menambah link rakan seblogger, menukarkan lagu yang hendak dimainkan dalam blog, dan sebagainya. Saya memohon maaf diatas kesulitan yang telah dihadapi oleh saya. Begitu sibuk dengan urusan latihan industri sehingga tiada masa untuk mengemaskini web blog saya.

Keluarga bahagia

Untuk topik kali ini, kita akan membincangkan soal "KELUARGA". Keluarga ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat. Di Barat, keluarga didefinisikan sebagai satu kumpulan manusia yang mempunyai hubungan darah atau pertalian sah seperti perkahwinan dan pengambilan anak angkat. Banyak ahli antropologi berpendapat istilah "darah" perlu difahami secara metaforik kerana banyak masyarakat bukan Barat mempunyai konsep berkeluarga yang tidak bersandarkan "darah".

Berdasarkan antropologi dan sosiologi, fungsi utama sesebuah keluarga ialah untuk menambah bilangan anggota masyarakat sama ada dengan cara biologi atau sosial (iaitu perkahwinan). Oleh itu, seseorang akan merasai perubahan perasaan berkeluarga misalnya bagi anak-anak, keluarga bersifat orientasi, iaitu keluarga bertanggungjawab untuk meletak mereka kepada masyarakat melalui pendidikan dan sebagainya. Manakala bagi ibu bapa, keluarga bersifat prokreasi yang mana matlamat utama ialah menghasilkan, membudayakan dan mensosialkan zuriat. Walaubagaimanapun menghasilkan zuriat bukanlah tujuan utama sesebuah keluarga. Dalam masyarakat yang mempunyai pembahagian dalam pekerjaan, kehendak berkeluarga, dan hasil hubungan antara suami dan isteri, pembentukan isi rumah yang produktif dan ekonomi adalah amat penting.

Pada pandangan saya, masyarakat kini amat berbeza dari masyarakat terdahulu. Namun sejauh mana masyarakat kita sekarang ini lebih mementingkan kerjaya sedangkan anak-anaknya tidak diberi perhatian sewajarnya walaupun sudah memberikan mereka peluang untuk menuntut ilmu di sekolah-sekolah. Tetapi terdapat juga kekurangan seperti kurang kasih sayang ibu bapa menyebabkan masalah-masalah yang kini dilanda di negara kita seperti anak lari dari rumah, ponteng sekolah, terlibat dengan gejala sosial, dan sebagainya.

Bagaimana dengan pandangan anda pula? Kongsi bersama tidak kira yang belum berkeluarga, yang akan berkeluarga, dan yang sudah berkeluarga...

2 comments:

'AQILAH said...

keluarga memang penting...perangai anak2 semua terbentuk macam mana keluarga die bentuk.

em..memang xdinafikan, anak2 yg erlibat dalam gejla sosial ni sebab mereka kurang perhatian dari ibu bapa, dieorang buat macam tu, sebab nak puaskan diri sendiri dan jugak inging sedikit perhatian ibu bapa.

tapi..kite xboleh la salah kan ubu bapa 100 peratus. sebagai anak moden pandai fikir..lebih dari cerdik dari anak2 dulu, ka boleh fikir....mereka kerja sebab xnak anak2 atau keluarga idop susah...
bg mereka dgn anta anak2 dieorang pergi sek, da cukup untuk mengajar anak2 dieorang...

pucuk pangkal...pendidikan ibu bapa da bagi..pemikiran anak tu..berubah...andai satu masa dieorang pun sama gak.

tapi...ibu bapa pun xwajar gak kalau buar anak terkontang kanting sorang2...die perlukan guide...at least bagi sikit pun kire ok..

tapi..anak2 kene paham jugak tugas ibu bapa sekrang...jgn ayk nak salahkan dieorang bile anak2 ni terlibat dalam gejala sosial....

tuhan da beri akal, boleh fikir...mana baik..mana bruk.