Kurangkan penggunaan RAM semasa minimized

Sunday, May 17, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Agak lama juga saya tidak memaparkan tips-tips teknologi pada blog saya. Kali ini saya akan memaparkan tips seterusnya berkenaan Mozilla Firefox. Ramai yang inginkan penggunaan RAM yang seminima yang mungkin untuk browser anda lebih-lebih lagi yang menggunakan Mozilla Firefox. Pada asalnya ianya menggunakan RAM yang agak tinggi semasa minimized. Jika anda rajin cuba lihat perubahan proses pada task manager anda semasa maximized dan sewaktu minimized. Seperti berubah naik dan turunnya kurang. Namun ada caranya untuk membuatkan sewaktu minimized ianya menggunakan RAM yang sangat kurang.

Caranya :

1) taip about:config pada address bar.

2) Right click pada mana-mana dan pilih New > Boolean.

3) Masukkan nama config.trim_on_minimize , kemudian masukkan nilai True.

4) Restart browser anda.

Anda cuba sendiri.. Sekiranya ada bug atau apa jua sila tinggalkan komen disini.

0 comments: