Aku tidak boleh berkata lagiHanya mampu mendiamkan diriMaafkan daku kerana sebeginiDidalam mencari erti ukhuwah yang sejati.Namun ku akuiKekurangan yang dihadapiMembuatkan diri ini tidak selesa lagiBersama-sama dalam mencari makna hakiki.TetapiMasih tertanya-tanya akan diriku iniPerlukah daku berterusan sebeginiYang dibelenggu nafsu duniawi.PastiPertemuan iniMampu untuk daku tangisi.Dan perpisahan iniSuatu nilai yang bermakna untuk diselamiAkan perasaan yang terbuku dihatiDan akhirnya kiniDaku sedih untuk dilalui.
Nota kaki: Coretan ini terkenangkan akan ukhuwah yang pernah dibina, namun ada kalanya dirosakkannya. Agak mudah kita menyakiti hati dan perasaan orang lain, tetapi betapa sukarnya untuk menyembuhkan dan mengembalikan hati dan perasaan orang yang sudah disakiti.
2 comments:
pimpinlah wanita dgn sebaik mungkin.
wanita berasl dr tulg rusuk yang bengkok jika dipaksa akan patah..
jika dibiarkan akan terus membengkok jd pimpinlah dengan bijak sana agar tidak tersasar dari landasan yang sebenar-benarnye..
protect wanita dgn sebaik mungkin sesungguhnya sebaik2 hiasan di dunia adalah wanita solehah..
emmmm................
Post a Comment