Kopi Penyegar & Risikonya

Thursday, February 18, 2010

Sebenarnya tabiat minum kopi dalam kalangan muda-mudi semakin meningkat kebelakangan ini. Jika sebelum ini, minum kopi cukup sinonim bagi orang dewasa terutama di kawasan luar Bandar yang menjadikan kedai kopi tempat mereka bersantai selepas penat melakukan pelbagai kerja kampong, kini situasi yang sama turut dialami warga kota. Walau begitu rancaknya perkembangan industry minuman kopi di negara kita, namun kesan negative pengambilan kopi (yang sinonim dengan kafeina) terhadap kesihatan tubuh badan tidak dapat dinafikan. Namun bagaimanapun kesan pengambilan kafeina pada setiap individu berbeza. Anak kecil misalnya lebih sensitif kepada kafeina kerana mereka tidak terdedah kepada bahan itu berbanding orang dewasa.

Kesan Kafeina

Berbanding the (20 – 200mg), minuman coklat (10mg), minuman berkarbonat (30 – 75mg), kopi mengandungi paling banyak kandungan kafeina iaitu sebanyak 200 – 250mg. Kafeina adalah bahan bersifat diuretic (tindakan yang menyebabkan banyak air dikumuhkan). Sifat sebegini menyebabkan individu yang mengambil kafeina akan kerap membuang air kecil. Ada juga berpendapat meminum kopi lebih daripada tiga (3) cawan boleh meningkatkan risiko barah. Walaubagaimanapun setakat ini tiada kajian saintifik menyokong kenyataan ini. Apa yang pasti, kesan kafeina kepada kesihatan manusia bergantung kepada kekerapan dan jumlah pengambilan bahan tersebut. Antara lain implikasi pengambilan kafeina dalam kehidupan seharian seperti berikut:

Kesan pengambilan kafeina yang sedikit:
-    Mengganggu corak tidur.
-    Meningkatkan degupan jantung.
-    Meninggikan tekanan darah.
-    Tangan terketar-ketar perlahan.
-    Kurang selera makan.

Kesan pengambilan kafeina yang berlebihan:
-    Resah dan gelisah.
-    Sukar menumpukan perhatian.
-    Sakit kepala.
-    Sukar tidur.
-    Keliru.


Manfaat Kopi

Selepas minum kopi, daya intelektual individu tersebut akan meningkat dan sekiranya di tempat kerja, dia mampu meluahkan idea lebih baik, menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugas, teliti, kurang melakukan kesilapan seperti ketika menaip dan sebagainya. Selain itu, kajian terbaru mendapati tabiat minum minuman berkafeina juga ada faedahnya kerana ia boleh meningkatkan tekanan darah dan mengelakkan risiko kematian akibat serangan jantung, terutamanya warga emas.

Antara lain manfaat kerana:
-    Ada kajian menunjukkan kafeina boleh mengurangkan risiko penyakit Parkinson sehingga 80 peratus.
-    Kebanyakan penyelidik mendapati lebih banyak pengambilan kafeina, lebih baik untuk kesihatan kerana mampu merendahkan risiko kanser usus (25%), sirosis hati (80%) dan batu karang sebanyak (50%).
-    Mengandungi methlzentin; iaitu bahan yang digunakan dalam ubat asthma.

Melihat kepada kenyataan diatas, hakikatnya kesan kafeina ada kebaikan dan ada juga keburukkan. Walaupun tiada kajian saintifik yang mengesahkan, namun sebaik-baiknya sifat sederhana adalah lebih baik. Ini bukan sahaja khusus kepada pengambilan kafeina, bahkan dalam apa jua pengambilan makanan sekalipun. Setiap minuman atau makanan akan diperoleh manfaatnya jika diambil secara sederhana dan ingatlah, apa juga yang diambil secara berlebihan akan memudaratkan.



Tip kurangkan pengambilan kafeina

Bukan suatu yang mudah untuk mengelak atau mengurangkan minum kopi apatah lagi untuk berhenti terus daripada meminumnya. Jika selama ini anda sudah terbiasa minum empat hingga lima cawan kopi setiap hari, mungkin anda bagaikan tidak kena sahaja sepanjang hari andai terpaksa menghadkan kuantiti minuman tersebut. Aromanya yang begitu mengasyikkan itu sahaja sudah cukup membuatkan hati tidak keruan. Sebagai alternatif, anda boleh mencuba panduan mengurangkan pengambilan kafeina didalam kopi seperti berikut:
1.    Fokus kepada menikmatinya. Ini adalah taktik baik bagi mereka minum terlalu banyak kopi di tempat kerja. Daripada buat kopi menggunakan mesin pembuat kopi automatik, apa kata anda bancuh kopi dalam cawan kecil secara manual. Sewaktu membancuh, tumpukan pada aroma dan keadaannya yang cukup memikat ketika masih panas sebelum meminumnya.
2.    Sekiranya anda tidak dapat menghilangkan rasa ketagih, anda disarankan supaya membeli kopi yang mengandungi rendah kafeina. Lazimnya kopi berjenama (yang mahal) mempunyai kandungan yang rendah kafeina berbanding konvensional kopi.
3.    Akhir sekali, anda boleh menikmati sepenuhnya rasa kopi walaupun menggunakan kopi rendah kafeina dengan membancuhnya bersama kopi tanpa kafeina.

Info Kopi

Kopi adalah…
-    Produk yang paling banyak digunakan oleh penduduk dunia selepas minyak.
-    Dianggarkan sebanyak 1,400 juta cawan kopi diminum setiap hari di seluruh dunia.
-    Minuman kedua paling banyak diminum selepas air.
-    Pokok kopi mempunyai nilai hayat selama 50 hingga 70 tahun.
-    Sekiranya hidung anda tidak selesa selepas mencuba pelbagai minyak wangi, hidu sedikit kopi untuk menyegarkan kembali organ bau anda itu.
-    Bagi menghalang tanaman anda menjadi habuan serangga perosak seperti siput dan ulat, taburkan serbuk kopi di sekitar kawasan terlibat.


Ilusi dan Realiti

3 comments:

pudding pie said...

jarang minum kopi tapi sekali sekala tu
kalau minum terasa nikmat
hehehe =)

Firdausi said...

hehehe... samalah...
tapi.. kalau minum sekalipun, ada rasa efect taw kat kepala kita ni.
Tak tahu la kenapa, tiap kali fid minum lain jadinya.. =)

Anonymous said...

kopi memang menyegarkan