Kisah Berkat Di Sebalik Membaca Bismillah

Sunday, February 28, 2010

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu senantiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu senantiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan senantiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejak, “Asyik Bismillah, Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah”. Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah s.w.t. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata: “Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu”.

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, “Simpan duit ini”. Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, disamping itu suaminya melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, “Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan”. Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, “Bismillahirrahmanirrahiim.” Ketika itu Allah s.w.t. menghantar malaikat Jibrail A.S untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Ilusi dan Realiti
Read more

Menghayati Maulidur Rasul

Thursday, February 25, 2010

Melalui catatan sejarah, kita sedia maklum bahawa sebelum kedatangan syiar Islam, masyarakat pada masa itu hidup dalam kejahilan dan kegelapan. Kehidupan yang dikuasai oleh hawa nafsu menyebabkan kemungkaran, kezaliman dan kemaksiatan yang berleluasa. Orang kaya memeras yang miskin, yang gagah menindas yang lemah dan undang-undang pula hanya mengikut hawa nafsu dan bukannya berdasarkan wahyu sehingga manusia bercelaru dan hilang pedoman.

Dalam keadaan hidup yang penuh kejahilan itu, Rasulullah s.a.w. telah diutus oleh Allah s.w.t untuk membawa ajaran agama Islam yang benar. Rasulullah s.a.w. adalah manusia pilihan yang diutus oleh Allah s.w.t bukan setakat untuk membawa dan memimpin kaumnya iaitu kaum Quraisy ke jalan yang lurus dan diredhai Allah, bahkan untuk seluruh umat manusia yang membawa rahmat kepada sekalian alam.

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul yang diadakan setiap tahun, marilah kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesabaran baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam di seluruh pelusuk dunia.

Sesungguhnya perjuangan baginda dalam menyebarkan agama Islam telah menempuh pelbagai cabaran dan dugaan antaranya penghinaan, ejekan, cemuhan, bantahan, penyiksaan, penindasan, kezaliman dan sebagainya. Namun baginda tetap tabah dan sabar menghadapinya walaupun setelah berbelas tahun lamanya. Baginda tidak pernah jemu dalam menyebarkan agama Islam jauh sekali untuk berputus asa. Bukan itu sahaja, bahkan apa yang menimpa dirinya turut dirasai oleh para sahabat dan pengikut baginda.

Sesungguhnya kecintaan, kepercayaan, pembelaan, dan kesetiaan para sahabat dan pengikut baginda amat mengkagumkan kita. Semua itu adalah kerana mereka sangat saying dan kasih kepada Rasulullah s.a.w. sehingga sanggup berkorban nyawa dan harta pada jalan Allah. Oleh itu, sudah sepatutnya kita turut mencontohi kecintaan dan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi sebagaimana yang ditunjukkan oleh para sahabat. Mengasihani baginda bukan sekadar ucapan di mulut sahaja tetapi buktikan ia dengan mentaati ajaran yang dibawa oleh baginda, berselawat ke atas dirinya serta kita teruskan perjuangan baginda dengan menyebarkan dakwah Islamiah serta kita teruskan perjuangan baginda dengan menyebarkan dakwah Islamiah serta memeliharanya dari sebarang cubaan atau ancaman yang hendak melemahkan kesatuan dan akidah umat Islam.

Akhirnya marilah kita senantiasa mengingati jasa serta pengorbanan Rasulullah s.a.w. dengan mentaati ajaran Islam yang dibawa oleh baginda. Kita perbanyakkan selawat dan menjaga syiarnya.

Ilusi dan Realiti
Read more

Kopi Penyegar & Risikonya

Thursday, February 18, 2010

Sebenarnya tabiat minum kopi dalam kalangan muda-mudi semakin meningkat kebelakangan ini. Jika sebelum ini, minum kopi cukup sinonim bagi orang dewasa terutama di kawasan luar Bandar yang menjadikan kedai kopi tempat mereka bersantai selepas penat melakukan pelbagai kerja kampong, kini situasi yang sama turut dialami warga kota. Walau begitu rancaknya perkembangan industry minuman kopi di negara kita, namun kesan negative pengambilan kopi (yang sinonim dengan kafeina) terhadap kesihatan tubuh badan tidak dapat dinafikan. Namun bagaimanapun kesan pengambilan kafeina pada setiap individu berbeza. Anak kecil misalnya lebih sensitif kepada kafeina kerana mereka tidak terdedah kepada bahan itu berbanding orang dewasa.

Kesan Kafeina

Berbanding the (20 – 200mg), minuman coklat (10mg), minuman berkarbonat (30 – 75mg), kopi mengandungi paling banyak kandungan kafeina iaitu sebanyak 200 – 250mg. Kafeina adalah bahan bersifat diuretic (tindakan yang menyebabkan banyak air dikumuhkan). Sifat sebegini menyebabkan individu yang mengambil kafeina akan kerap membuang air kecil. Ada juga berpendapat meminum kopi lebih daripada tiga (3) cawan boleh meningkatkan risiko barah. Walaubagaimanapun setakat ini tiada kajian saintifik menyokong kenyataan ini. Apa yang pasti, kesan kafeina kepada kesihatan manusia bergantung kepada kekerapan dan jumlah pengambilan bahan tersebut. Antara lain implikasi pengambilan kafeina dalam kehidupan seharian seperti berikut:

Kesan pengambilan kafeina yang sedikit:
-    Mengganggu corak tidur.
-    Meningkatkan degupan jantung.
-    Meninggikan tekanan darah.
-    Tangan terketar-ketar perlahan.
-    Kurang selera makan.

Kesan pengambilan kafeina yang berlebihan:
-    Resah dan gelisah.
-    Sukar menumpukan perhatian.
-    Sakit kepala.
-    Sukar tidur.
-    Keliru.


Manfaat Kopi

Selepas minum kopi, daya intelektual individu tersebut akan meningkat dan sekiranya di tempat kerja, dia mampu meluahkan idea lebih baik, menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugas, teliti, kurang melakukan kesilapan seperti ketika menaip dan sebagainya. Selain itu, kajian terbaru mendapati tabiat minum minuman berkafeina juga ada faedahnya kerana ia boleh meningkatkan tekanan darah dan mengelakkan risiko kematian akibat serangan jantung, terutamanya warga emas.

Antara lain manfaat kerana:
-    Ada kajian menunjukkan kafeina boleh mengurangkan risiko penyakit Parkinson sehingga 80 peratus.
-    Kebanyakan penyelidik mendapati lebih banyak pengambilan kafeina, lebih baik untuk kesihatan kerana mampu merendahkan risiko kanser usus (25%), sirosis hati (80%) dan batu karang sebanyak (50%).
-    Mengandungi methlzentin; iaitu bahan yang digunakan dalam ubat asthma.

Melihat kepada kenyataan diatas, hakikatnya kesan kafeina ada kebaikan dan ada juga keburukkan. Walaupun tiada kajian saintifik yang mengesahkan, namun sebaik-baiknya sifat sederhana adalah lebih baik. Ini bukan sahaja khusus kepada pengambilan kafeina, bahkan dalam apa jua pengambilan makanan sekalipun. Setiap minuman atau makanan akan diperoleh manfaatnya jika diambil secara sederhana dan ingatlah, apa juga yang diambil secara berlebihan akan memudaratkan.



Tip kurangkan pengambilan kafeina

Bukan suatu yang mudah untuk mengelak atau mengurangkan minum kopi apatah lagi untuk berhenti terus daripada meminumnya. Jika selama ini anda sudah terbiasa minum empat hingga lima cawan kopi setiap hari, mungkin anda bagaikan tidak kena sahaja sepanjang hari andai terpaksa menghadkan kuantiti minuman tersebut. Aromanya yang begitu mengasyikkan itu sahaja sudah cukup membuatkan hati tidak keruan. Sebagai alternatif, anda boleh mencuba panduan mengurangkan pengambilan kafeina didalam kopi seperti berikut:
1.    Fokus kepada menikmatinya. Ini adalah taktik baik bagi mereka minum terlalu banyak kopi di tempat kerja. Daripada buat kopi menggunakan mesin pembuat kopi automatik, apa kata anda bancuh kopi dalam cawan kecil secara manual. Sewaktu membancuh, tumpukan pada aroma dan keadaannya yang cukup memikat ketika masih panas sebelum meminumnya.
2.    Sekiranya anda tidak dapat menghilangkan rasa ketagih, anda disarankan supaya membeli kopi yang mengandungi rendah kafeina. Lazimnya kopi berjenama (yang mahal) mempunyai kandungan yang rendah kafeina berbanding konvensional kopi.
3.    Akhir sekali, anda boleh menikmati sepenuhnya rasa kopi walaupun menggunakan kopi rendah kafeina dengan membancuhnya bersama kopi tanpa kafeina.

Info Kopi

Kopi adalah…
-    Produk yang paling banyak digunakan oleh penduduk dunia selepas minyak.
-    Dianggarkan sebanyak 1,400 juta cawan kopi diminum setiap hari di seluruh dunia.
-    Minuman kedua paling banyak diminum selepas air.
-    Pokok kopi mempunyai nilai hayat selama 50 hingga 70 tahun.
-    Sekiranya hidung anda tidak selesa selepas mencuba pelbagai minyak wangi, hidu sedikit kopi untuk menyegarkan kembali organ bau anda itu.
-    Bagi menghalang tanaman anda menjadi habuan serangga perosak seperti siput dan ulat, taburkan serbuk kopi di sekitar kawasan terlibat.


Ilusi dan Realiti
Read more

Motivations of Life

Friday, February 12, 2010

The most difficult person to FACE  in life is yourself.

A GRATEFUL heart is the cure for loneliness.

Do not judge the FUTURE by the past.

Never stop reaching for the GOAL in front.

Hold on to your BELIEF, then you will overcome difficulties.

TRIVIALITIES can accumulate to an important episode.

Kind DEEDS can bring good returns.

DREAM is our motivation in life.

WISDOM is to understand that the world is ever-changing.

SINCERITY is a natural spring of water.

Danger brings us TRUE friends.

SMILE is the first step of a new life.

So, go on with your life with a new spirit. Everyday is a new day.
Read more

Isu Topup Kredit di PSIS

Wednesday, February 3, 2010

Tambah nilai kredit masa panggilan atau orang moden panggil Topup Kredit merupakan satu platform dimana sekiranya seseorang itu mempunyai kredit masa berbual yang sedikit ataupun tamat tempoh panggilan, maka individu tersebut menambah nilai kredit pada telefon bimbitnya. Tidak kiralah Maxis, Celcom, Digi, atau apa jua nama sekalipun pasti setiap dari kita hendak menambah nilai kredit.

Ia sudah menjadi asas keperluan didalam masyarakat moden sekarang. Kredit didalam telefon bimbit kita sekarang ini pelbagai cara. Dengan adanya SMS, membuat panggilan keluar teman/keluarga, video call, MMS, Internet, dan sebagainya juga menggunakan kredit mengikut jumlah caj penggunaannya. Tetapi, apa yang ingin aku bincangkan sekarang ini adalah isu mungkin sudah lama tetapi tidak dihangatkan, lalu isu ini kembali mengganas apabila terdapat rungutan berkaitan isu Topup Kredit di PSIS.

Mungkin senior-senior sudah tahu dan masak dengan perkara ini, dikenakan tambahan 30sen bagi setiap tambah nilai yang kita inginkan. Contohnya, aku ingin tambah nilai didalam Prabayar Maxis sebanyak RM30, maka caj tambahan 30sen dikenakan. Bagi pandangan aku la, ada wajarnya dan ada tidak wajarnya tambahan 30sen dikenakan.

Wajar:
  • Bukan kerana mengaut keuntungan tetapi sebagai plan B untuk jangka masa panjang iaitu dengan cara membeli dengan lebih banyak dari pihak tertentu untuk dijualkan kepada pelajar-pelajar supaya tidak mudah habis kot.
  • Melalui penambahan 30sen itu, boleh sahaja diaplikasikan dalam bentuk yang lebih canggih. Contohnya, pihak tertentu berusaha untuk membina satu booth khas untuk Tambah Nilai melalui ONLINE.
  • Mengajar kita untuk menguruskan kewangan pelajar itu sendiri, supaya tidak terlalu boros hanya semata-mata pada kredit prabayarnya itu bertujuan yang tidak berfaedah seperti 24jam membuat panggilan yang tiada tujuan.

Tidak Wajar:
  • Mungkin ada bebanan terhadap segelintir pelajar yang tidak mampu untuk menambah nilai kredit pada telefon bimbitnya.
  • Mungkin pihak A ini membeli dengan syarikat tertentu dengan kadar bayaran yang rendah, kemudian dikenakan bayaran subcaj yang tinggi pada pelajar IPT.


Bagi aku, ia tidak menjadi satu masalah sebenarnya. Kena pandai-pandai berjimat la. Sudah lama aku berada di IPT ini, namun kali pertama bagi aku la pelajar junior tidak tahu la semester berapa merungut dan timbulkan isu ini (tidak tahu la ke peringkat Pentadbiran mahupun Asrama. Atau di media cetak) sehinggakan pihak yang menjual ini terpaksa tutup. Kami yang senior-senior ini sukar la hendak mendapatkan perkhidmatan tersebut. 30sen subcaj itu rata-rata pelajar senior tidak menjadi masalah. Jadi, aku memerlukan pandangan dari anda semua baik di peringkat IPTA mahupun IPTS juga dari Blogger-Blogger yang lain bersama-sama kita berkongsi pandangan. Nyatakan pandangan dan sebab yang munasabah anda di ruangkan komen artikel ini "Wajarkah subcaj dikenakan?"
Sekian, itu sahaja yang dapat aku sampaikan isu ini. Apa yang silap itu datang dari diri aku sendiri sebagai pendengar, pemerhati, dan hujah aku. Semoga pandangan dari anda mampu membuka mata mereka ini termasuklah diri aku.
Read more