Trip to Sg. Klah, Sungkai, Perak (episod 1)

Saturday, October 24, 2009


Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Pada sabtu dan ahad yang lepas (10 & 11 Oktober 2009) diadakan satu program ke Felda Sg. Klah, Perak. Program tersebut dinamakan “Titian Ukhwah Kemesraan” juga merupakan program anak angkat bagi anjuran Kelab Kejuruteraan Elektrik (KKE) Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam.

Seramai 30 orang (antara pensyarah yang menyertainya adalah En. Zul fahmi, En. Shahrizan, Cik Norlie, dan Cik Wan Izma) termasuk Fid berkumpul di perkarangan susur gajah berhampiran Pusat Islam, PSIS pada jam 4 pagi. Kami menunggu bas PSIS hampir 1jam lebih juga la, namun kami sabar menunggu. Setiba bas di tempat kami menunggu, kami bertolak dari PSIS pada jam 5.30 pagi. Singgah sebentar di Simpang Empat, Hutan Melintang untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah. Sejurus selesai solat, kami menyambung perjalanan ke sana. Kami didalam kesejukkan tahap melampau la katakan, menyelubungi baju sweater, ada yang memakai berlapis-lapis baju, dan sebagainya. Sejuk-sejuk pun, kami tertidur dengan penuh kelenaan sepanjang jalan kecuali pemandu bas la. Kami tersedar secara mengejut apabila melalui jalan yang tidak rata dan berbatu-bata. Ingatkan sudah nak sampai, rupanya pemandu bas mengikut jalan altenatif. Memang betul-betul adventure perjalanan kami ini. Kemudian, kami tiba disana pada jam 8 pagi. Kesejukkan melanda sehinggakan ingin tidak tahan untuk …….. maka dengan pantasnya turun mencari tandas sejurus bas berhenti sampai destinasi. Hehehe…




Di kalangan pensyarah yang terlibat dalam program, tapi mana seorang lagi??

Kami turun dari bas, keluarkan barang-barang kami dari bas. Ingatkan bas poli akan tinggal bersama untuk satu hari, tetapi pemandu bas ada urusan penting maka bas tersebut pulang ke PSIS. Huhuu.. Terbatas juga lah kerana dengan adanya bas, kami boleh pergi kemana sahaja. Kami membuat persiapan pentas didewan untuk pembukaan majlis dan beberapa persediaan seperti menyusun kerusi, ada yang membuat teks Pengerusi Majlis, dan sebagainya.



Proses persediaan giat dijalankan

Selepas kami selesai membuat persiapan, "mama rock" kami membawa bersiar-siar terus ke kandang kambing dibawah Projek KAMUDA. Dalam perjalanan kesana, pelbagai telatah dan saling mengenal persekitaran Felda Sg. Klah ini. Ada yang tidak kenal asam keping, maka disitulah kami mengenal rupa asam keping yang rupabentuk bagaimana. Huhu..



Antara gambar yang sempat diambil semasa dalam perjalanan ke kandang kambing Projek KAMUDA

Sewaktu kami hampir tiba disana, dari jauh kami sudah kambing bersahutan kedengaran. Tahu-tahu je kami hendak datang melawat ke sana ek. Hehe.. Sebelum ini, Fid hanya dapat lihat kambing secara LIVE hanya depan kaca televisyen dan dari pandangan jauh di Zoo Negara. Tapi kali ini, dalam pengalaman seumur hidup secara LIVE depan mata. Rezeki Fid dapat melihat sendiri kambing walaupun di kampung Fid hanya ayam kampung dan lembu sahaja dilihatnya. Disitu kami sempat bergambar dengan kambing, ada yang mencuba memegang anak kambing, ada yang kena jilat oleh kambing. Hehehe..



Di kandang kambing Projek KAMUDA, Felda Sg. Klah


*nantikan sambungan episod ke-2

1 comments:

.::izan karmila::. said...

jp ag,, ley r jadi pengembale kambing,,
hahahahahha..