Aura Final

Saturday, November 22, 2008

Salam

Setelah sudah lama tidak mengupdate blog, ambik masa sikit la nak update blog. Bukannya sudah tiada idea atau persoalan yang ingin ditimbulkan.. Memang banyak sebenarnya nak dimuatturunkan idea-idea baru tapi sejak kebelakangan ini sibuk dengan preparation final sampai tidak ada masa nak update blog.

Jadi akan ada latest update selepas final.. Lagi banyak nak dikongsi sebenarnya.. Tapi sabar-sabar ok. Nantikan kemunculan idea baru selepas final..

InsyaAllah kertas final saya bermula pada 3/12/2008 sehingga 15/13/2008.. 4 kertas final tapi lama habis sebab ada gap lak.. Tak pe... Doakan saya ok.. Juga saya hendak mengucap semoga berjaya dalam final exam.
Read more

Alkisah Selayangku Sayang

Saturday, November 8, 2008

Assalamualaikum

Alhamdulillah dapat gak balik ke kampung halamanku Selayang.. Lama xbalik ni... Dh sebulan rasanya... Rindu masakan mak... Balik tu hari Khamis petang.. Jumaat xda kelas Instrumen kan... So ambik kesempatan balik la... nk relax dari tension2... Blk poli blk tension blk... hehehehe... Kebetulan lak mak minta uruskan takaful adik2 saya di KL.. Pg2 jumaat noh g KL bwk mak g sana... Kejap je urusannya... pastu blk la... Pastu cite la kt mak mcm ne saya di poli.... ok ke x... bleh bwk ke x... saya pun cakap la bleh... final pun dah dekat... mak pesan siap2 final wat elok2. Minta2 jgn kantoi tu je.. saya pun wat sebaik yang mungkin... Terima ape jua keputusan sekalipn... Yang penting kita dah usaha.... So, dh lama xupdating blog ni... Tu yg nk update ni... Update pn last minute nk blk poli... Sempat la gak sebelum ku mulai sibuk utk psediaan final. Doa2kan kemudahan final bg saya k...
Read more

Kamar-Kamar Syurga

Tuesday, November 4, 2008

Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi kepada kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.

"Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?" tanya para sahabat. "Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya."

"Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang solat Isya' dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap." Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya
Read more

Kepentingan Meniliti Sumber Ilmu

Monday, November 3, 2008


books on shelf


Sudah menjadi satu kebiasaan dalam masyarakat kita pada hari ini, menyebar sebarang berita atau riwayat berunsur Islamik tanpa mengambil kira sumber bahan itu diperoleh. Bahan-bahan ini sesetengahnya, jika diteliti dengan baik, hanyalah satu kisah rekaan yang jelas tiada asas dalam agama Islam. Kecenderungan ni sebenarnya dipengaruhi oleh keghairahan untuk berkongsi bahan-bahan yang kononnya berunsur Islamik.

Perkara ini merupakan satu fenomena yang amat mengancam kesucian Islam itu sendiri. Kerana kisah-kisah ini sebenarnya telah mengotori kesucian agama Islam yang setiap sumbernya, yakni Al Quran dan As-Sunnah, dipelihara melalui rangkaian sanad yang bersambung terus kepada Rasulullah, wakil Allah di muka bumi. Kisah-kisah yang sering menjadi pilihan untuk disebarkan sudah tentulah kisah-kisah alam ghaib. Lebih menarik, apabila disertakan dengan kata-kata Allah sebagaimana kisah ini:



Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya
lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

Menarik, bukan? Sebuah riwayat yang menceritakan perihal manusia sebelum dibangkitkan ke muka bumi. Tapi, bagaimanakah kisah ini sampai ke pengetahuan manusia? Siapakah yang meriwayatkannya? Jika diteliti, tiada sebarang dalil Al-Quran mahupun As-Sunnah bagi menyokong kisah ini. Kisah ini tidak lain hanyalah sebuah rekaan, yang dicipta bagi memesongkan akidah umat Islam. Bukankah kanak-kanak kecil bermain-main dalam taman Syurga itu merupakan budaya dalam agama Kristian? Firman Allah,

"Maka tidak ada Yang lebih zalim daripada orang Yang berdusta terhadap Allah atau Yang mendustakan ayat-ayatNya. orang-orang itu akan mendapat bahagian mereka (di dunia) dari apa Yang telah tersurat (bagi mereka)" (Al A’raf 7:37)

Kisah-kisah seperti ini, tidak ada kebaikannya untuk disebarkan kepada khalayak umum. Dan sepatutnya, sumber kisah ini diperoleh terlebih dahulu sebelum disebarkan. Lupakah kita bagaimana ulamak-ulamak dahulu begitu berhati-hati dalam meriwayatkan hadis? Ulamak terdahulu tidak menerima bulat-bulat sebarang kisah atau riwayat yang berunsur Islamik walaupun dari sudut akalnya betul, tetapi jka sumbernya salah, maka riwayat itu akan ditolak. Para ulama sepakat mengatakan tidak harus dijadikan sebagai hujah bagi menyabitkan sesuatu, sebab ia tersenarai di dalam kategori “Muhdathat” atau perkara baru yang diada-adakan. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud,

"Adapun sesudah itu, maka sesungguhnya perkataan yang paling benar adalah Kitab Allah (al-Quran), dan petunjuk yang paling mulia lagi utama (selepas al-Quran) adalah petunjuk Muhammad (s.a.w.), sementara itu perkara yang paling jahat ialah sesuatu yang diada-adakan . (Ingat) setiap perkara yang diada-adakan itu adalah sesat, dan tiap-tiap kesesatan itu (pasti dihumban) ke dalam neraka."
[hadis riwayat Muslim daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu ‘anhu]

Kerana itulah kita sepatutnya bersikap lebih berhati-hati dalam menyebarkan kisah seperti ini. Pahala yang dicari, namun dosa yang diperoleh. Kisah-kisah seperti penciptaan dunia, penciptaan malaikat, syaitan dan manusia, sering berlegar di kalangan masyarakat, tanpa dijelaskan asal kisah tersebut. Lebih teruk, apabila disertakan juga firman Allah, tanpa dinyatakan Hadis Qudsi atau ayat Al-Quran di mana firman itu diperoleh. Bukankah firman itu wahyu? Siapakah penulis ini yang mengetahui kata-kata Allah tanpa merujuk kepada Al-Quran dan Hadis? Firman Allah,

"Dan Sesungguhnya syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan Yang benar, sedang mereka menyangka Bahawa mereka orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk."
(Az-Zukhruf 43:37)


Begitu juga dengan kisah para wali. Kita selalu ghairah menceritakan perihal wali ini dan wali itu terbang ke sana ke mari. Untuk apakah diceritakan semua ini dengan berlebihan? Kenapakah kita terlalu mendedahkan masyarakat dengan definisi yang salah mengenai karomah? Jika kita bertanya kepada anggota masyarakat mengenai karomah, sudah tentu mereka cenderung menjawab tentang kebolehan untuk terbang, solat di air dan sebagainya.

Adakah karomah itu sekadar ini sahaja? Sudah lupakah kita dengan kisah ulamak-ulamak muktabar? Imam Syafi’e, Imam Malik, Imam Nawawi, contohnya, tidak pernah kedengaran kisah mereka terbang, tetapi, karomah yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka jauh lebih hebat dari terbang. Karomah apa? Karomah akal yang hebat. Allah mengurniakan mereka akal yang hebat bagi membolehkan mereka mengarang kitab muktabar yang menjadi panduan umat zaman-berzaman. Kenapa karomah seperti ini tidak dihighlightkan dalam penulisan?

Sudah sampai masanya bagi kita, menilai semula kesahihan kisah-kisah yang kita baca. Zaman ini teknologi sudah hebat, dan kita boleh bertanya kepada ulamak yang berada beribu-ribu kilometer jauhnya dari rumah kita dalam masa yang singkat. Oleh itu, bertanyalah dahulu kepada para alim ulamak, kerana sesungguhnya ulamak itulah pewaris para nabi, yang meneruskan usaha para anbiya’, berusaha mengeluarkan manusia dari kegelapan kejahilan. Firman Allah,

"..oleh itu Bertanyalah kamu (Wahai golongan musyrik) kepada orang-orang Yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl 16:43)

Sebelum menyebar sesuatu perkara, seseorang itu perlu melakukan beberapa perkara berikut:
• Mengesahkan kesahihan perkara tersebut di sisi syarak dengan ilmu nya yang sahih.
• Jika tidak mampu, bertanya kepada orang yang lebih tahu.
• Jika masih tidak mampu, wajib berdiam diri dari menyebarkan berita yang tidak sahih.

Abdulullah Ibn Mubarak pernah menyebut:
"Isnad itu sebahagian dari agama. Jika tidak ada isnad maka orang akan berkata sesuka hatinya".

Wallahua’lam

Read more