Final dah dekat

Friday, October 24, 2008

Aduh... Final lagi sebulan lebih lagi ni.. Persediaan kita belum selesai sepenuhnya.. Tiap-tiap sem macam ni.. Sekarang dah sem 3, sem depan Latihan Industri.. Ada orang kata "Ala... final relax-relax dulu". Ada pula berpendapat "Baik ko mulakan cepat-cepat, kalau tak habis ko".. Entah la, kita pun dah pening mana satu ni... Macam ni la kita sem dulu... Tapi cuba dengan sedaya upaya, berusaha gigih ni.. Sem 4 adalah Latihan Industri. Dapat lak kat MPS Selayang dekat dengan rumah kita.. Dalam 20minit macam tu la sampai ke destinasi sana. Kita ditempatkan dibawah Jabatan Teknologi Maklumat. Aik?? Kita pun pelik. Sebab kursus kita Diploma Kejuruteraan Elektronik Komputer.. "Kejuruteraan" tapi berada di Jabatan IT nanti masa wat Latihan Industri.. Apa-apa pun kita kena wat bersungguh-sungguh.. Macam kita wat program kat Politeknik.. "Wat program biar bersungguh-sungguh".. Sampai sekarang masih berada di tepi telinga kita.. Doakan kejayaan kita semasa wat final dan juga Latihan Industri akan datang ok..

0 comments: