Adakah itu Salah??

Friday, October 31, 2008

Ni ha nak habaq sikit ha.. Adalah hamba Allah ni.. Baca blog ana. Baca punya baca punya baca, hamba Allah ni hantar mesej
kat ana.. Dia komen pasal blog ana. Kata dia blog ana hanya semata-mata untuk mem"promote"kan diri ana. Kata dia. Ana
pun pelik la. Ada ke ana promote diri ana?? Katanya lagi melampau-lampau lah ape lah. Lebih-lebih lagi dia cakap ana
cerita masalah diri.. Untuk pengetahuan buat pembaca sekalian, ana tak pernah post tentang masalah ana. Seingat ana la,
ana post pasal kegembiraan dapat Latihan Industri, pastu wireless, Nasihat, petikan dari iluvislam.com, pastu baru-baru
ini pasal hasil pemerhatian. Itu je.. Agaknya hamba Allah itu terasa kot. Tapi blog ana tak sehebat blog rakan seperjuangan
ana. Cuba anda buka blog sahabat ana www.rmartz.blogspot.com, www.abuyasuhaimi.blogspot.com, www.faizaljohari.blogspot.com
cuba tengok blog mereka. Lagi hebat dan lagi pedas dari blog ana. Kalau nak ikutkan hati, nak je hamba Allah itu buktikan.
Cuba baca elok-elok. Bagi ana la kan, blog ana bukan semata-mata nak syok sendiri malah bertukar pendapat, cadangan,
mahupun belajar. Ana dah state kan terang-terang kat blog bahagian bawah sekali.. Kenapa nak ungkitkan blog ana. Blog ana
hanya sekadar berkongsi ilmu dakwah. Bukannya nak promote diri melampau... Fikir-fikirkanlah wahai pembaca.


"Siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya." Terpulang kepada pembaca untuk menerima atau menolak. Yang buruk itu memang
dari ana sendiri dan yang baik itu datang dari Tuhan Yang Maha Esa. Apa-apa pun selamat membaca.


Wassalam...
Read more

Risalah lawan Cinta

Monday, October 27, 2008

‘Sayang’?

Saya terkejut apabila membaca beberapa mesej daripada handphone rakan saya itu. Dan kelihatan muka si rakan itu merah padam. Mungkin kerana tidak menemui apa yang dia kehendaki daripada handphone saya.

Hal ini berlaku apabila dia meminta untuk ‘melihat-lihat’ handphone saya dan saya pun mengenakan syarat untuk ‘melihat-lihat’ juga handphone kepunyaannya. Dan inilah yang terjadi.

Rakan saya itu merupakan ketua Badan Nuqaba’ di universiti. Sangat berpengaruh dan gemar memberi tazkirah. Tetapi rupanya hanyut juga dengan mainan nafsu.

“Ah, ana bercinta secara islamik.”

“Islamik sangatkah kalau sampai ada ‘sayang-sayang’? Islamikkah kalau menaikkah nafsu? Dan itukah yang Islam benarkan untuk telefon berjam-jam dan bermesej ‘sayang-sayang’?” Soal saya kembali. Dan dia diam membisu.

Entahlah. Saya sendiri tidak dapat memikirkan mana yang betul-betul baik dan mana yang salah. Sebetulnya ini bukan kes pertama yang saya temui. Dulu saya pernah ditegur kerana bercinta oleh seorang orang kuat dalam Badan Nuqaba’.

Tetapi pada suatu hari saya terlihat pula orang yang menegur saya itu keluar berdua-duaan dengan perempuan. Yang pasti bukan adik atau saudaranya kerana saya kenal juga dengan dia.

“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?” (Al-Baqarah: 44)

Janganlah sorokkan keburukan sendiri dengan cara menunjukkan yang anda orang yang betul-betul faham akan agama.

Adakah istilah ‘Cinta Islamik’?

cinta dakwahDulu saya juga pernah menggunakan istilah ini. Menyukai seseorang tetapi hanya sms sahaja menjadi penghubung. Tidak pernah call langsung dan tidak pula terkeluar perkataan ‘sayang’ atau yang menaikkan nafsu. Semua saya cuba kawal seboleh mungkin.

Tetapi betulkah cinta seperti itu yang saya hendakkan? Saya berfikir balik kerana walaupun sekadar sms sahaja sudah mampu menyebabkan saya sedikit lalai, dan cerita yang ini anda boleh baca di entri saya ‘Ibadah Itu Cinta’.

Saya tidak menafikan memang fitrah manusia itu menginginkan sesuatu untuk mendorongnya daripada orang yang berlainan jantina daripadanya. Tetapi perlulah dengan cara yang terkawal.

Kalau sudah masuk sampai fasa ingin ada perkataan ‘sayang’ daripadanya, saya sarankan dua perkara. Pertama, kahwin dan yang kedua tinggalkan sahaja. Ini kerana jika fasa ‘sayang’ itu terlalu lama berlaku sebelum kahwin, ini mungkin akan menyebabkan satu perasaan pelik datang. Jemu.

Saya tidaklah tahu hormon jenis apa yang dirembeskan keluar atau bahagian saraf yang mana akan bertindak balas apabila menerima ransangan dan menyebabkan perasaan jemu dan bosan itu berlaku. Tetapi itulah yang berlaku kepada beberapa orang rakan saya yang bercinta.

Mungkin dalam dua tahun boleh bertahan. Tetapi kalau sudah masuk tahun keempat, ramai yang sudah mula terpisah. Jawapan mereka, “Dah tiada jodoh, nak buat macam mana.”

Nasib baik ada seorang yang berani tanpa malu menjawab, “Dah jemu sangat.”

Berbalik kepada persoalan betulkah ada istilah ‘Cinta Islamik’. Pandangan saya, ada bagi orang yang betul-betul menjaga pergaulan. Menetapi kehendak syariat. Cumanya memang fitrah manusia pula menginginkan sesuatu yang lebih daripada apa yang telah dia dapat. Dan dari situlah timbulnya merengek-rengek kepada pasangannya untuk memberikan lebih daripada sebelumnya.

Jadi, bolehkah berlaku ‘Cinta Islamik’ sebelum pernikahan jika begitu? Kemudian pandangan saya tertumpu pula ‘Cinta Islamik boleh berlaku selepas pernikahan’. Cuma ini sekadar pendapat saya dan ia masih lagi boleh dipertikaikan oleh anda jika mahu.

Jangan burukkan nama institusi jemaah

Hal ini saya kira memang berlaku dan menyerang mana-mana institusi jemaah mahasiswa. Bercinta dalam jemaah? Satu lagi idea pelik yang cuba dimurnikan. Maaf, cinta yang dimaksudkan adalah cinta antara pasangan berlainan jenis.

Mereka katakan kepada saya, “Inilah cinta islamik. Kami bercinta kerana dakwah. Nanti sudah kahwin bolehlah meneruskan jalan perjuangan ini.”

Tetapi bila saya datang ke biliknya, dia pula sedang menelefon pasangannya. Dan akibatnya saya terpaksa menunggu sehingga tamat gayutan perbualan tersebut.

Lelaki dan wanita yang baik bukanlah yang bersembunyi di sebalik kosmetik kata murni berbau Islam seperti itu. Kalau sudah salah janganlah disembunyikan lagi.

Memang setiap manusia ada ego tersendiri. Mereka akan menyangka apa yang mereka buat adalah betul. Dan kerana itu perlunya kawan untuk menasihatkan. Tetapi kalau nasihat kawan sendiri mereka cuba sangkal, apa lagi yang boleh saya buat.

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (Al-Baqarah: 42)

Saya tertarik dengan seorang rakan saya yang memang betul-betul berminat menjadikan seorang akhawat dalam jemaahnya sebagai isteri. Dan dia meminta tolong daripada naqibnya yang merupakan seorang ustaz untuk menguruskannya.

Harapnya tiada ‘sayang-sayang’ yang hadir sebelum pernikahannya. Dan yang ada hanyalah kerjasama dalam jemaah seperti dahulu juga. Seperti sebelum dia menyatakan hasratnya.

Ada seorang lagi rakan saya yang sedang bertunang dan bakal berkahwin dalam bulan Disember tahun ini. Hendak dikatakan kemaruk itu tidak nampak sedikit pun. Tiada pun sms ‘tanya khabar’ lagikan pula hendak telefon. Dia harap jika sudah berkahwin nanti, barulah rasa-rasa ingin bertanya khabar itu baru datang. Dan barulah cinta berputik pada masa itu.

Alangkah seringnya

Mentergesai kenikmatan tanpa ikatan

Membuat detik-detik depan terasa hambar

Belajarlah dari ahli puasa

Ada dua kebahagiaan baginya

Saat berbuka

Dan saat Allah menyapa lembut memberikan pahala

Inilah puasa panjang syahwatku

Kekuatan pada menahan

Dan rasa nikmat itu bakal kurasa

Diwaktu buka yang penuh kejutan


Salim A.Fillah(Buku: Nikmatnya berpacaran selepas pernikahan)

dipetik dari laman web www.iluvislam.com
Read more

Kembali busy wireless

Sejak student balik ke kampung halaman masing2 baru2 ni line wireless bkn main laju... Memang puas hati la walaupun diberi masa 30minit dan leh login kembali pada masa yang sama.... Macam2 la aku edit blog, check friendster, myspace, blog kwn2... Chatting pn sempat gak... hehehehehe... Tapi bila hari ni student blk dari bercuti peh..... Hampeh... Slow dh kembali dh... Pastu lak kena tunggu 30minit untuk login lak... Pas ni esok lusa mau la 2jam.... Adeh.... Nk cari maklumat dlm internet pn payah klau dia wat mcm ni..... Pihak poli xkan xleh kot wat mcm dlu login pakai username sendiri... xkesah la kena byr wat prepaid sebulan skali ke... At least laju n xmbebankan...
Read more

Final dah dekat

Friday, October 24, 2008

Aduh... Final lagi sebulan lebih lagi ni.. Persediaan kita belum selesai sepenuhnya.. Tiap-tiap sem macam ni.. Sekarang dah sem 3, sem depan Latihan Industri.. Ada orang kata "Ala... final relax-relax dulu". Ada pula berpendapat "Baik ko mulakan cepat-cepat, kalau tak habis ko".. Entah la, kita pun dah pening mana satu ni... Macam ni la kita sem dulu... Tapi cuba dengan sedaya upaya, berusaha gigih ni.. Sem 4 adalah Latihan Industri. Dapat lak kat MPS Selayang dekat dengan rumah kita.. Dalam 20minit macam tu la sampai ke destinasi sana. Kita ditempatkan dibawah Jabatan Teknologi Maklumat. Aik?? Kita pun pelik. Sebab kursus kita Diploma Kejuruteraan Elektronik Komputer.. "Kejuruteraan" tapi berada di Jabatan IT nanti masa wat Latihan Industri.. Apa-apa pun kita kena wat bersungguh-sungguh.. Macam kita wat program kat Politeknik.. "Wat program biar bersungguh-sungguh".. Sampai sekarang masih berada di tepi telinga kita.. Doakan kejayaan kita semasa wat final dan juga Latihan Industri akan datang ok..
Read more

Alhamdulillah...

Setelah ape yg aku harapkan, akhirnya dpt gak tmpt latihan industri semester dpn di MPS Selayang… Yg kt Sepang tu aku reject la.. Bknnya ape.. MPS Selayang lg dekat dgn umah aku.. 20minit leh sampai… So, aku dpt tahu sbb mak aku contact aku smlm katanya dia dpt surat dr MPS Selayang untuk aku.. MPS Selayang dh fax kn ke poli.. Jd pg td ni aku g wat confirm.. So… MPS Selayang la aku pilih…
Read more

Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan padamalam aku sebelum di Israqkan……..”

  1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatulmaut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, makamalaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DANKEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
  2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amatmenyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
  3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni olehsyaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkandengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
  4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuatdaripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkanrantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANGKHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
  5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali diamendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglahpahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga iamerasa puas.
  6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yangsedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akandiusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYAsambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
  7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelitadi sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, makadatanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalumengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.
  8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapimereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFATSILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalumenyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara merekadengannya.
  9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,makasegeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalumenabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: “SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAINWALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”

Read more