Tirai 2008 dilabuhkan. Tirai 2009 dinaikkan

Wednesday, December 31, 2008

Selamat Menyambut Tahun Baru 2009

Adakah anda sudah bersedia menghadapi pelbagai dugaan menimpa tahun 2009?? Sama-sama kita mohon agar perjalanan 2009 berjalan dengan lancarnya.
Read more

IMAN CERMIN KEPERIBADIAN SETIAP INSAN

ALLAH SWT hanya akan menilai apa yang diperbuat dan dilakukan seseorang sebagai balasan dan bekalan pada hari kemudian kelak.

Sehubungan itu,orang tidak akan menilai lagi apa yang terpendam dalam hati seseorang. Sebaliknya, apa yang dizahir dan dilahirkan melelui anggota tubuh badan yang juga cerminan apa yang tersemat dalam hati itulah yang akan menjadi neraca penilaian.

Oleh itu , amalan tidak beretika dan tidak bermoral yang semakin berleluasa dalam masyarakat adalah isyarat hati yang ketandusan nilai kerohanian yang luhur dan jauh daripada prinsip ajaran Islam sebenar.

Pernah berlaku satu peristiwa seperti diriwayatkan oleh Sal bin Sa’ad yang berkata: “Ada seorang lelaki yang lalu melewati hadapan Rasulullah SAW lalu melewati hadapan Rasulullah SAW, lalu Baginda bertanya kepada sahabat yang duduk di sebela Baginda: Apakah pendapatmu mengenai orang ini?



Maka sahabat itu pun berkata: "Dia adalah seorang lelaki dari kalangan terhormat. Demi Allah! Orang ini sangat layak untuk dinikahi jika dia datang melamar, diberi syafaat jika dia meminta syafaat".

Rasulullah pun diam seketika. Kemudian, datang pula seorang lelaki melewati hadapan Baginda. Baginda kembali bertanya: "Apakah pendapatmu tertang orang ini pula?"

Lantas sahabat itu pun berkata: "Wahai Rasulullah! Dia ini adalah dari kalangan orang fakir miskin. Dia ini sememangnya layak ditolak jika datang melamar, tidak layak diberi syafaat jika dia meminta dan juga tidak layak diberi perhatian jika dia berbicara".

Maka Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Orang ini (yang kedua) jauh lebih baik daripada orang yang pertama tadi.”

Jelas daripada kisah yang dipaparkan di atas bahawa nilai dan taraf seseorang manusia bukannya diukur daripada kebesaran rupa lahiriyahnya. Begitu juga bukannya daripada kekayaannya, kemuliaan nasab keturunannya, keterampilannya yang menarik dan kemasyhuran atau ketinggian pangkatnya di kalangan manusia ramai.

Sebaliknya, neraca piawaian sebenarnya di sisi Allah SWT ialah sepohon iman yang bertapak kukuh di dasar hatinya dan buah amal yang dihasilkan oleh pepohon iman yang dibajai dengan keikhlasan. Begitu juga dengan ketakwaan dan ketundukan yang penuh tulus ke hadrat Allah SWT.

Tidakkah Allah SWT berfirman dalam surah al-Hujurat, ayat 13 yang bermaksud: “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi kamu ialah orang yang lebih takwanya antara kamu (bukan yang lebih keturunannya atau bangsanya)."
Read more

6 bulan bermula

Sunday, December 28, 2008


Lama gak ye tidak kemaskini blog ini. Dah nak dekat 2bulan la tak kemaskini. Jadi berkesempatan ini kita nak kemaskini la blog ni. Mesti para pembaca rindu akan nukilan kita. Hahaha... Gurau je. Sebelum itu, selamat menyambut Awal Muharram 1430H. Azam yang baru kita kecapi sesungguhnya. Bermulanya 12hb Januari 2009 kita pergi menjalani latihan industri di Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Doakan kesejahteraan dan kelancaran kita semasa menjalani practical nanti. 6bulan kita menjalaninya.. Apa-apa pun, kita tetap mengemaskinikan blog ini dengan info-info manfaat dari kita buat anda.
Read more